Archive | June, 2008

Gita Terbang Ke Tanah Suci

30 Jun

Oleh AQMAR ALLADAD

LENGGOK dan fizikalnya bagaikan seorang anak kecil yang sungguh comel. Namun tidak terduga, di sebalik sifat yang jelas sekali pada pandangan visual, kotak fikirannya cukup bijak serta tutur katanya juga membayangkan dirinya seorang yang cukup berpengalaman.

Gita Gutawa baru berusia 15 tahun, tetapi tidak pemikirannya.

Kebijaksanaannya menyusun ayat saat memberikan jawapan terhadap semua persoalan yang diajukan buatnya terserlah, malah cukup mengagumkan apabila jawapan yang diberikannya dengan penuh yakin.

Begitu teguh terhadap pendiriannya selama ini.

Inilah keistimewaan anak gadis remaja karyawan muzik tersohor Indonesia, Erwin Gutawa. Tuah sentiasa mendatangi dirinya selepas menceburkan diri dalam dunia seni.

Hasil kerja kerasnya juga perlu dijadikan contoh kepada anak muda zaman kini kerana Gita akan terbang ke Tanah Suci, Mekah untuk mengerjakan umrah menjelang 2 Julai ini ditemani oleh neneknya serta rombongan peserta yang lain.

Biar usianya masih remaja, dia sudah mampu menggunakan pendapatannya sendiri untuk mengerjakan umrah.

Gita menjelaskan, dia sudah bersedia untuk ke Mekah, malah persiapan turut telah lengkap dari segi pakaian yang ingin dibawa mahupun doa-doa ketika menunaikan ibadat itu.

“Saya memang tidak sabar untuk ke Mekah bersama nenek. Tujuannya bukan apa tetapi ingin bersyukur ke hadrat Ilahi kerana perjuangan saya selama ini berjaya.

“Kita tidak boleh leka dengan apa yang dicapai dalam kehidupan selama ini, perlu diucap syukur kepada Maha Esa,” tegasnya.

Ditebak persoalan adakah dia sudah mempelajari serba sedikit tentang apa yang penting bagi menunaikan umrah, Gita menegaskan, disebabkan dirinya telah mendapat pendidikan di sekolah agama iaitu Sekolah Al-Izhar Pondok Labu, justeru membuatkan dirinya tiada masalah dari segi bacaan doa dan sebagainya.

“Saya belajar di sekolah agama, jadi pendedahan agama sudah sebati dalam diri ini tambah pula walaupun minat saya dan keluarga dalam muzik memang mendalam tetapi mereka juga tidak sesekali melupakan kepentingan ajaran agama buat diri saya,” jelasnya sambil tersenyum manis.

Dalam pada itu ibu Gita, Lulu Gutawa,44, yang amat berbangga dengan tahap pencapaian anak sulungnya itu mencelah, “Gita yang mengajak neneknya menunaikan umrah, jadi neneknya tidak menolak pelawaan dan niat baik Gita itu.”

Menyentuh pula mengenai posisi dirinya sebagai seorang penyanyi, Gita ternyata serba boleh dan langsung tidak memilih genre lagu yang akan dipersembahkan olehnya.


ALBUM kedua Gita bakal menyuntik karya seni Erwin Gutawa.

Ini kerana Gita pernah mempunyai album lagu single nasyid sempena bulan Ramadan tahun lalu.

Katanya, tidak salah bagi dirinya untuk mencuba pelbagai jenis lagu dan langsung tidak malu dengan pembaharuan yang dilakukan.

“Bagi menghasilkan album lagu single nasyid itu, saya suka sekali dan tidak peduli apa orang cakap, yang pentingnya saya dapat pelbagai pengalaman istimewa. Ia tidak terhad terhadap satu konsep sahaja,” ungkapnya.

Meletakkan pelajaran sebagai apa yang paling utama, sejak peringkat awal persekolahan lagi, Gita seringkali mendapat anugerah Juara Terbaik Ujian Nasional atau di Malaysia, ia boleh diibaratkan sebagai anugerah pelajar terbaik.

Beritahunya yang mempunyai berat badan sebanyak 45 kilogram, tumpuan dalam kelas amat penting selain membuat ulang kaji di rumah.

Walaupun jadual seninya amat ketat tetapi Gita memastikan pelajaran di sekolah perlu didahului.

“Ibu akan menghantar saya memasuki kelas tambahan dua bulan sebelum menjalani ujian di sekolah. Itulah salah satu faktor kejayaan saya sehingga ini,” jelasnya.

Terima bunga setiap minggu Bakat terpendam Gita mula jelas terserlah sejak berusia lapan tahun lagi setelah dihantar ke kelas muzik dan vokal.

Ia diakui sendiri oleh ibunya. Dan mungkin juga pendedahan muzik dalam diri Gita juga disebabkan oleh ayahnya.

“Gita suka menyanyi, jemput sahaja dia selepas kelas vokal sudah pasti dia akan masuk dalam kereta dan terus menyanyi sehingga tiba di rumah,” ujar Lulu sambil tergelak mengingatkan kembali zaman kecil anaknya itu.

Dalam pada itu, Gita mengakui yang dia juga gemar menyanyi di dalam bilik air.

“Enak sekali bunyinya menyanyi dalam bilik air,” katanya dengan ketawa kecil.

Sementara sudah bergelar penyanyi popular, sudah tentu Gita mempunyai ramai peminat yang pelbagai ragam.

Jelas Gita, memang kadang-kadang dia ada menerima jambangan bunga yang dihantar ke rumahnya oleh pada setiap minggu oleh seorang peminat misteri.


GITA belum bersedia untuk jatuh cinta.

Menurut Gita, dia menerima apa sahaja yang dihadiahkan oleh para peminatnya, termasuk surat semata-mata atas hubungan seorang penyanyi dan peminatnya.

Menyentuh pula soal cinta, Gita yang mempunyai pendiriannya tersendiri langsung tidak memikirkan mahu mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang.

Beritahunya lagi, dia belum bersedia lagi untuk jatuh cinta kerana umurnya masih terlalu muda, serta banyak lagi perkara yang perlu diberikan tumpuan khususnya pendidikan dan kerjaya muzik yang sudah sekian lama diminatinya itu.

“Oh! Tidak mungkin untuk bercinta semuanya itu tiada masa hanya kawan-kawan biasa sahaja dan mereka baik dengan saya malah sentiasa memberi sokongan,” tambahnya.

Muncul dengan album kedua Kemunculan Gita dengan album debutnya yang mengunakan judul namanya sendiri, Gita Gutawa ternyata membuahkan hasil.

Hadir dengan konsep pop klasik, Gita terus sahaja meraih populariti luar biasa. Mungkin konsep yang dibawa Gita lain daripada yang lain dan paling menarik perhatian ramai, vokalnya yang bernada cukup tinggi.

Tambahan pula, Gita jarang dikaitkan dengan gosip yang boleh menjatuhkan maruah dirinya.

Disebabkan kejayaannya menerusi album tersebut dengan jualan di pasaran di Indonesia mencecah 400,000 unit, maka Gita tidak sabar untuk menghasilkan album keduanya pula.

Anak sulung dari dua beradik ini memberitahu, album keduanya masih dalam proses perbincangan dan banyak lagi yang perlu dirancang untuk memastikan albumnya kali ini berjaya diterima seperti album pertama.

“Kita masih mencari material album kedua dan bapa saya juga akan terlibat dalam pembikinannya,” ujar Gita yang datang ke Malaysia untuk beberapa hari sahaja.

Kehadirannya kali ini bagi konsert Cornetto Love Sparks bersama Dafi, Mawi dan Mila yang bertujuan untuk menghargai cinta, muzik dan persahabatan yang berlangsung di Padang Merbok, pada Sabtu lepas.

Kosmo

Fizow, Fahrin Macam Adik Beradik

30 Jun

KL, 30 JUN 2008: Sekarang Murai Batu tengok banyak betul kemunculan artis baru. Macam cendawan tumbuh melata lepas hujan. Apapun, sindrom ini bukanlah sesuatu yang tidak menyihatkan malah Murai Batu bangga sangat tengok ada budaya pelapis atau pengganti dalam industri kita.

Cakap pasal artis baru ni, Murai Batu perhatikan banyak juga wajah artis baru ada persamaan dengan artis senior. Contohnya, Farawahida sekali pandang macam Nurul, Khai pula macam Yusry KRU dan Zahnita seriras Dato’ Siti. Tak kisahlah itu semua sebab masing-masing pun ada kelebihan tersendiri.

Ini pula cerita baru tentang seorang artis baru lelaki yang semakin glamour. Semuanya selepas dia menang tempat kedua pertandingan Hero Remaja 2007. Alah tentu ada yang perasan dengan Fizow yang seksi dan sasa tu kan?

Sedang Murai Batu membelek foto terbaru Fizow di pejabat, tup-tup ada terselit pula beberapa foto Fizow dengan pelakon kacak dan sensasi, Fahrin Ahmad. Bila Murai Batu perhatikan, mereka macam adik-beradik pun ada. Dah tu, pangkal nama pun sama iaitu F!

Murai Batu difahamkan, antara foto itu, ia diambil ketika Fizow dan Fahrin sama-sama berlakon dalam drama Elite untuk siaran Astro. Tapi, dalam drama itu mereka bukan ngam sebaliknya terpaksa jadi musuh. Wah rival gitu!

Apapun, Fizow pun dah popular sejak jadi pelakon. Fotonya juga banyak menghiasi majalah hiburan. Difahamkan, sekarang Fizow sedang sibuk shooting drama Ku Curi Cintaku dan Dendam. Dengar kata, drama Dendam juga akan menggantikan drama lakonan Fahrin yang tengah meletup kat TV3, Vice Versa.


MURAI BATU: Sekarang ramai tengah minat seorang lagi aktor kacak Remy Ishak yang membintangi drama Sindarela. Remy dulu pernah berlakon Anak Halal dan filem pendek Comolot.


Murai

Terpikat Suara Maskulin Diddy

30 Jun

LABEL: F-Tersix Records
JUDUL: Diddy
ARTIS: Diddy
GENRE: Pop Kreatif
PENGULAS: Elly

Saya selalu mengatakan kepada Diddy bahawa dia selalu mengingatkan saya terhadap Aris Ariwatan iaitu penyanyi lelaki solo senior yang cukup maskulin vokalnya apabila mendendangkan lagu, Lamunan Terhenti.

Pada saya, bintang Akademi Fantasia Musim Keempat (AF4) yang dipimpin Ramli Sarip sebagai pengetua ini memiliki iras wajah, bentuk badan serta ketinggian yang hampir lebih kurang sama dengan Aris.

Dari sudut tone suara pula, adakalanya ia kedengaran seperti Anuar Zain. Lebih-lebih lagi apabila dia membawakan lagu yang memiliki elemen R & B. Namun lontaran vokal Diddy yang lebih besar serta lebih dalam itu membuatkan dia mampu menonjolkan keupayaan vokalnya yang tersendiri.

Cuma dia perlukan sedikit masa lagi untuk lebih banyak bermain dengan groove serta lenggok suaranya sendiri supaya tidak kedengaran terlalu keras sebagaimana yang dilontarkannya di dalam album ini.

Seandainya lebih banyak groove serta lenggok suara yang diselitkan, mungkin vokalnya akan dapat dikeluarkan dengan lebih lunak atau pun lebih gemersik lagi. Sungguhpun begitu, Diddy bagi saya seorang penyanyi solo lelaki yang mempunyai potensi cukup besar untuk pergi dengan lebih jauh lagi dalam industri ini.

Dia mempunyai pakej yang lengkap. Tinggi, memiliki wajah yang tampan, mampu menyanyi dengan baik serta memiliki aura lelaki yang cukup kuat serta mengesankan sekali.

Sekurang-kurangnya, kehadiran Diddy mampu memeriahkan lagi kelompok penyanyi solo lelaki baru yang macho dan sedia sedia ada seperti Mawi, Faizal Tahir, Fiq, Haziq, Yazer, Felix, Akbar serta Alif Azfar.

Terus kepada album ini. Percaya atau tidak, saya lebih suka kebanyakan lagu Diddy yang dimuatkan dalam trek ke-6 hingga ke-10? Sebab ia lebih menarik, happening serta memberikan kepuasan. Malah, saya dapat merasa jiwa Diddy yang sebenar apabila mendengar kelima-lima trek terakhiri. Terutama sekali menerusi lagu Saat ciptaan Zain dan lirik hasil nukilan Bash (adakah Bash ini Badrul Hisham?).

Lagu ini yang tenang dan perlahan ini membuai dengan cukup mempesonakan apabila ia hanya diiringi petikan grand piano Mac Chew sebagai muzik latar. Vokal Diddy pula tidak lebih dan tidak kurang serta jelas sekali.


Puja
ciptaan Audi Mok dan lirik Bash memiliki karektor Faizal Tahir terutama pada elemen rock ‘n’ roll yang disertakan di dalam komposisinya. Namun, Diddy juga mampu menyampaikan lagu ini dengan baik sekali.

Genggam yang dihasilkan Audi Mok bersama Imran sebagai penulis lirik juga adalah sebuah lagu yang tidak boleh anda diketepikan. Lagu yang memiliki elemen pop rock ini mempunyai impaknya yang tersendiri terutama pada bahagian strings. Ia mencantikkan lagu komposisi tersebut.

Satu lagi lagu yang saya rasa cukup menarik di dalam album ini ialah Sana karya anggota dan penyanyi Ruffedge, Azad Azaddin. Jarang kita dapat lagu pop yang memiliki komposisi yang cool seperti ini. Walaupun adakalanya saya sedikit terganggu dengan pemilihan beberapa patah perkataan dalam verse tertentu, saya tetap suka penyampaian Diddy.

Cuma saya rasa Diddy perlu lebih attitude untuk menyampaikan lagu ini dengan lebih berkesan terutama dari sudut emosi serta pitching tertentu. Apapun, you go Diddy!


Murai

Jelitawan Hitam Manis

30 Jun

Oleh SUBASHINI RAJANDRA subashini.rajandra@kosmo.com.my

Less is more mungkin bersesuaian dengan pendirian jurusolek profesional, Vanita yang berasa kagum dengan kejelitaan warna kulit gelap.

PERNAH dengar ungkapan Benjamin Banneker yang berbunyi The colour of the skin is in no way connected with strength of the mind or intellectual powers. Ia sebenarnya membawa maksud bahawa warna kulit tidak mempunyai perkaitan langsung dengan kekuatan minda atau kebijaksanaan seseorang.

Pemilik ungkapan emas itu adalah seorang warga Afrika Amerika yang tersohor dengan kepintarannya dalam bidang matematik, astronomi dan penerbitan. Namun, bukan dia yang didedahkan kali ini. Sebaliknya, kata-kata yang dipetik tadi menjelaskan kebenaran bahawa kadangkala manusia tercicir dari dunia realiti.

Sedar atau tidak, ramai yang menggangap dirinya tidak cantik hanya kerana warna kulit yang gelap. Ia bagaikan keistimewaan yang terlindung dek kerana stereotaip itu.

Kita semua tahu pada zaman sekarang, pentas peragaan antarabangsa dikuasai oleh model dan peragawati berkulit hitam seperti supermodel Naomi Campbell, Alek Wek, Iman dan ramai lagi. Tidak kurang hebat juga kewibawaan yang ditampilkan oleh calon Presiden Amerika Syarikat dari parti Demokrat, Barack Obama yang bijak dan mempunyai kacukan orang kulit hitam di sebelah bapa.

“Ramai wanita, tidak kira agama dan bangsa, sering merungut kerana berkulit hitam. Mereka tidak menyedari bahawa jenis kulit itu sukar untuk diperolehi walaupun berjemur berhari-hari di bawah matahari seperti orang putih.”

“Dalam kebanyakan sesi penggambaran dan peragaan fesyen saya, saya teruja menggunakan model yang berkulit gelap dalam dan luar negara kerana peralihan diri ke atas mereka dari segi mekap dan seleksi busana nampak lebih kuat dan penuh glamor,” jelas Vanita Krishnamurthy dengan ghairah sewaktu melakukan transformasi ke atas tiga orang gadis biasa.

Setiap seorang model ini dikenali secara tidak sengaja dan melalui pengalaman ‘hitam’ disebabkan oleh warna kulit kecuali Diana Priya Sankar, 27, seorang pensyarah dan guru tuisyen serta hamil dua bulan. Dua yang lain ialah Helen Doreena Varunamegam, 23, seorang penghibur, penyanyi dan pelakon teater serta Kamini Rajendran, 21, pelajar kolej.

Hanya kerana berkulit gelap, Helen yang mempunyai senyuman yang menawan dilayan secara tidak adil semasa menyertai sebuah pertandingan ratu cantik pada tahun 2005. “Saya berasa kecil hati disingkir bukan kerana dinilai berdasarkan kepada kepintaran minda atau bakat tetapi diskriminasi terhadap warna kulit gelap,” ujarnya jengkel.

Seleksi berus dan warna yang sesuai mampu menyerlahkan kecantikan wajah semula jadi.

Kamini pula masih muda dan mentah tetapi tidak ketinggalan merasai dirinya menjadi bahan jenaka di kalangan rakan sekolah dahulu. “Tapi apabila saya diperkenalkan kepada Malaysia Institute of Arts oleh seorang kawan, mereka menghargai warna kulit saya. Tidak berapa lama kemudian, saya terpilih untuk menjadi model Piala Seri Endon 2005,” kata gadis ini.

Vanita yang merupakan seorang jurusolek profesional dan Pengarah Artist Space Professional sejak tahun 2003, percaya bahawa setiap gadis adalah cantik dalam warna kulit asli. Cuma mereka perlu menambahkan ‘seri’ di bahagian tertentu dalam amaun mekap secukupnya. Tidak perlu melakukan rawatan pencerahan atau mengaplikasikan banyak krim asas muka seperti ‘hantu putih’.

“Semua orang mahu jadi cerah! Mereka gagal menghargai kecantikan kurniaan Tuhan. Dengan seleksi berus dan warna yang sesuai, saya mampu menyerlahkan kecantikan wajah semula jadi,” ungkap Vanita yang menyangkal tanggapan mitos bahawa mereka yang berkulit gelap tidak boleh memakai warna terang seperti hijau, biru, merah dan kuning.

VANITA (tengah) bersama gadis-gadis biasa yang diubah menjadi model profesional dengan keajaiban teknik mekap.

Kalau sebut hijau sahaja, ada berpuluh-puluh jenis ton hijau yang digunakan dalam dunia solekan, jelas Vanita lagi. “Pertama, kenali dulu kumpulan warna sama ada yang suam atau sejuk. Kalau pakai baju warna sejuk seperti biru, kita kena selaraskan dengan gincu almost pink, pemerah pipi almost pink. Sudah tentu nampak seperti badut jika dioles gincu merah.”

Dengan pengalaman menyolek diri sejak berusia tujuh tahun memandangkan Vanita adalah seorang penari Bharatha Natyam, Odissi dan kontemporari selain tarian asli Melayu serta Mak Yong, dia menyarankan wanita supaya menyimpan kit mekap asas.

Kit mekap ini harus seimbang dengan warna-warna semula jadi, rona suam dan sejuk. Kecuali untuk sesi penggambaran fashion statement, warna asas ini banyak membantu dalam solekan seharian. Seperkara lagi ialah mereka harus melabur sekali dalam seumur hidup dengan pembelian berus muka yang sesuai.

Berus yang betul akan memberi ‘hasil’ yang dikehendaki. “Ia tidak merugikan kerana anda dapat menjimat amaun mekap yang digunakan pada setiap pengaplikasian. Umpamanya, untuk krim, saya syor gunakan berus sintetik manakala berus bulu untuk sapuan jenis serbuk,” ujarnya yang mempunyai kira-kira 100 jenis berus khas di bawah labelnya.

Vanita belajar di Cosmoprof International Singapore, sebelum memperoleh gelaran Master-Make Up Artist dari Studio Make Up Academy Hollywood dan Fashion Stylists Fred Segal Beauty Los Angeles di Amerika Syarikat pada tahun 2005.

Selama enam bulan, dia melanjutkan jurusan kosmetik dan mekap di Make Up Academy in Sunset Gower Studios, Hollywood serta menimba latihan dan pengalaman yang tidak ternilai dalam bidang mekap prostetik, kesan khas, mekap berkala, karakter serta rekaan fesyen.

Pendirian tegas Vanita terhadap keunikan warna kulit turut disokong oleh pemenang Oscar Gwyneth Paltrow yang pernah menyatakan: “Kecantikan, bagi saya ialah keselesaan yang dirasai pada kulit sendiri῅”

Diana amat bertuah, ujar Vanita yang memuji warna kulitnya yang bersamaan dengan lebah madu. Malah, Diana yang belajar di Australia, kerap menerima pujian sebegitu dan tidak pernah disindir seperti dua model yang lain.

Helen yang merupakan jurucakap rasmi bagi Artist Space Professional dan juga produk jenama mekap La Femme yang pertama kali berada di Malaysia menerusi Vanita, memiliki wajah eksotik dengan warna rambut keperang-perangan. Jika anda melayari laman web rasmi Vanita, pasti muka Helen menghiasi laman dari pelbagai sudut kamera.

RUPA sebelum wajah-wajah ini dihiasi solekan Artist Space Professional. Dari kiri: Helen, Kamini dan Diana.

“Kamini pula masih muda lagi dan sebab itu dia ada jerawat. Tapi lepas sembur krim asas muka dengan air brush, ia tidak kelihatan dengan jelas. Saya juga gunakan rona krim asas yang hampir sama warna dengan kulitnya,” ujar Vanita yang tidak bersetuju dengan peraturan jurusolek lain iaitu menggunakan krim asas muka yang cerah satu rona daripada warna kulit.

Vanita yang dilatih oleh pakar kecantikan seperti Eve Pearl, Joanne Gair, Billy B dan Nally dari Los Angeles and New York, kerap dijemput untuk membuat mekap bagi filem, komersial atau iklan TV dan majalah, pertandingan ratu cantik dan majlis perkahwinan. Sebelum ini, khidmatnya pernah digunakan oleh penyanyi rock terkenal tanah air, Amy Search dan Fasha Sandha untuk drama Kehangatan Lantana.

Jika anda teringin menghadiri kelas anjuran Artist Space Professional atau menempah khidmat solekannya, sila layari laman web http://www.artistspace.com.my untuk maklumat lanjut atau hubungi Vanita di 019-250 7856.

Kosmo

Gita Terbang Ke Tanah Suci

30 Jun

Oleh AQMAR ALLADAD

LENGGOK dan fizikalnya bagaikan seorang anak kecil yang sungguh comel. Namun tidak terduga, di sebalik sifat yang jelas sekali pada pandangan visual, kotak fikirannya cukup bijak serta tutur katanya juga membayangkan dirinya seorang yang cukup berpengalaman.

Gita Gutawa baru berusia 15 tahun, tetapi tidak pemikirannya.

Kebijaksanaannya menyusun ayat saat memberikan jawapan terhadap semua persoalan yang diajukan buatnya terserlah, malah cukup mengagumkan apabila jawapan yang diberikannya dengan penuh yakin.

Begitu teguh terhadap pendiriannya selama ini.

Inilah keistimewaan anak gadis remaja karyawan muzik tersohor Indonesia, Erwin Gutawa. Tuah sentiasa mendatangi dirinya selepas menceburkan diri dalam dunia seni.

Hasil kerja kerasnya juga perlu dijadikan contoh kepada anak muda zaman kini kerana Gita akan terbang ke Tanah Suci, Mekah untuk mengerjakan umrah menjelang 2 Julai ini ditemani oleh neneknya serta rombongan peserta yang lain.

Biar usianya masih remaja, dia sudah mampu menggunakan pendapatannya sendiri untuk mengerjakan umrah.

Gita menjelaskan, dia sudah bersedia untuk ke Mekah, malah persiapan turut telah lengkap dari segi pakaian yang ingin dibawa mahupun doa-doa ketika menunaikan ibadat itu.

“Saya memang tidak sabar untuk ke Mekah bersama nenek. Tujuannya bukan apa tetapi ingin bersyukur ke hadrat Ilahi kerana perjuangan saya selama ini berjaya.

“Kita tidak boleh leka dengan apa yang dicapai dalam kehidupan selama ini, perlu diucap syukur kepada Maha Esa,” tegasnya.

Ditebak persoalan adakah dia sudah mempelajari serba sedikit tentang apa yang penting bagi menunaikan umrah, Gita menegaskan, disebabkan dirinya telah mendapat pendidikan di sekolah agama iaitu Sekolah Al-Izhar Pondok Labu, justeru membuatkan dirinya tiada masalah dari segi bacaan doa dan sebagainya.

“Saya belajar di sekolah agama, jadi pendedahan agama sudah sebati dalam diri ini tambah pula walaupun minat saya dan keluarga dalam muzik memang mendalam tetapi mereka juga tidak sesekali melupakan kepentingan ajaran agama buat diri saya,” jelasnya sambil tersenyum manis.

Dalam pada itu ibu Gita, Lulu Gutawa,44, yang amat berbangga dengan tahap pencapaian anak sulungnya itu mencelah, “Gita yang mengajak neneknya menunaikan umrah, jadi neneknya tidak menolak pelawaan dan niat baik Gita itu.”

Menyentuh pula mengenai posisi dirinya sebagai seorang penyanyi, Gita ternyata serba boleh dan langsung tidak memilih genre lagu yang akan dipersembahkan olehnya.

ALBUM kedua Gita bakal menyuntik karya seni Erwin Gutawa.

Ini kerana Gita pernah mempunyai album lagu single nasyid sempena bulan Ramadan tahun lalu.

Katanya, tidak salah bagi dirinya untuk mencuba pelbagai jenis lagu dan langsung tidak malu dengan pembaharuan yang dilakukan.

“Bagi menghasilkan album lagu single nasyid itu, saya suka sekali dan tidak peduli apa orang cakap, yang pentingnya saya dapat pelbagai pengalaman istimewa. Ia tidak terhad terhadap satu konsep sahaja,” ungkapnya.

Meletakkan pelajaran sebagai apa yang paling utama, sejak peringkat awal persekolahan lagi, Gita seringkali mendapat anugerah Juara Terbaik Ujian Nasional atau di Malaysia, ia boleh diibaratkan sebagai anugerah pelajar terbaik.

Beritahunya yang mempunyai berat badan sebanyak 45 kilogram, tumpuan dalam kelas amat penting selain membuat ulang kaji di rumah.

Walaupun jadual seninya amat ketat tetapi Gita memastikan pelajaran di sekolah perlu didahului.

“Ibu akan menghantar saya memasuki kelas tambahan dua bulan sebelum menjalani ujian di sekolah. Itulah salah satu faktor kejayaan saya sehingga ini,” jelasnya.

Terima bunga setiap minggu Bakat terpendam Gita mula jelas terserlah sejak berusia lapan tahun lagi setelah dihantar ke kelas muzik dan vokal.

Ia diakui sendiri oleh ibunya. Dan mungkin juga pendedahan muzik dalam diri Gita juga disebabkan oleh ayahnya.

“Gita suka menyanyi, jemput sahaja dia selepas kelas vokal sudah pasti dia akan masuk dalam kereta dan terus menyanyi sehingga tiba di rumah,” ujar Lulu sambil tergelak mengingatkan kembali zaman kecil anaknya itu.

Dalam pada itu, Gita mengakui yang dia juga gemar menyanyi di dalam bilik air.

“Enak sekali bunyinya menyanyi dalam bilik air,” katanya dengan ketawa kecil.

Sementara sudah bergelar penyanyi popular, sudah tentu Gita mempunyai ramai peminat yang pelbagai ragam.

Jelas Gita, memang kadang-kadang dia ada menerima jambangan bunga yang dihantar ke rumahnya oleh pada setiap minggu oleh seorang peminat misteri.

GITA belum bersedia untuk jatuh cinta.

Menurut Gita, dia menerima apa sahaja yang dihadiahkan oleh para peminatnya, termasuk surat semata-mata atas hubungan seorang penyanyi dan peminatnya.

Menyentuh pula soal cinta, Gita yang mempunyai pendiriannya tersendiri langsung tidak memikirkan mahu mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang.

Beritahunya lagi, dia belum bersedia lagi untuk jatuh cinta kerana umurnya masih terlalu muda, serta banyak lagi perkara yang perlu diberikan tumpuan khususnya pendidikan dan kerjaya muzik yang sudah sekian lama diminatinya itu.

“Oh! Tidak mungkin untuk bercinta semuanya itu tiada masa hanya kawan-kawan biasa sahaja dan mereka baik dengan saya malah sentiasa memberi sokongan,” tambahnya.

Muncul dengan album kedua Kemunculan Gita dengan album debutnya yang mengunakan judul namanya sendiri, Gita Gutawa ternyata membuahkan hasil.

Hadir dengan konsep pop klasik, Gita terus sahaja meraih populariti luar biasa. Mungkin konsep yang dibawa Gita lain daripada yang lain dan paling menarik perhatian ramai, vokalnya yang bernada cukup tinggi.

Tambahan pula, Gita jarang dikaitkan dengan gosip yang boleh menjatuhkan maruah dirinya.

Disebabkan kejayaannya menerusi album tersebut dengan jualan di pasaran di Indonesia mencecah 400,000 unit, maka Gita tidak sabar untuk menghasilkan album keduanya pula.

Anak sulung dari dua beradik ini memberitahu, album keduanya masih dalam proses perbincangan dan banyak lagi yang perlu dirancang untuk memastikan albumnya kali ini berjaya diterima seperti album pertama.

“Kita masih mencari material album kedua dan bapa saya juga akan terlibat dalam pembikinannya,” ujar Gita yang datang ke Malaysia untuk beberapa hari sahaja.

Kehadirannya kali ini bagi konsert Cornetto Love Sparks bersama Dafi, Mawi dan Mila yang bertujuan untuk menghargai cinta, muzik dan persahabatan yang berlangsung di Padang Merbok, pada Sabtu lepas.

Powered by Kosmo

Cinema: Wonder-Fool Action

30 Jun

Jolie plays a sexy assasin who is capable of anything.
Jolie plays a sexy assasin who is capable of anything.

WANTED directed by Timur Bekmambetov
Starring James McAvoy, Morgan Freeman, Terence Stamp, Angelina Jolie and Thomas Kretscschmann.

BASED on a comic book series by Mark Millar and JG Jones, Wanted is about a group of assassins known as The Fraternity who are charged with killing individuals for the greater good.

It zooms in on one seemingly insignificant person’s transformation into a “heroic” figure.

Main character Wesley Gibson (James Avoy, Atonement) is bored with his life – a living hell with a tormenting boss and promiscuous girlfriend.

Enter hot Fox (Angelina Jolie) who tells Gibson that his long-lost father was recently killed and the assassin is out to kill him too.

Although the real story revolves around Gibson, Fox seems to take over and is more dominating.

Fox and Gibson are featured in most scenes. However, it is hard not to focus more on her, especially in the fighting and action-packed scenes.

At one point, in a high-speed car chase, Fox climbs out of the driving seat only to lie down on the car, looking every bit the sexy bombshell that she is, as she tries to get rid of the chaser.

She also hops atop a subway train with feline grace and drives like a maniac!

She looks great from almost any angle so much so that at times I thought I was watching a TV commercial. Thankfully, Jolie does have some talent in acting and her sexy image goes well with the character she’s playing.

Action and stunt work are aplenty with lots of CGI effects. Watch cars vault through space, shooters bend their bullets’ trajectories and trains falling into gorges with a crunch.

But haven’t we had enough with the slow motion?

The movie’s strength lies in its techniques. Defying all the known rules of physics, biology, psychology and society, it’s absurd in a very clever sense.

Although humans can’t fly, in this flick they can do anything.

Some scenes are ridiculous and don’t make much sense. Then again, this is filmdom where everything is possible.

 

New Straits Times

Kembara Seni Erra Fazira

30 Jun

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL shazryn.faizal@utusan.com.my

ERRA Fazira dan Aaron Aziz (kanan) bersama Pengurus Saluran Astro Prima, Khairul Anwar Salleh (tengah) sewaktu majlis memperkenalkan mereka sebagai wajah baru Astro, baru-baru ini.

MENJADI anak seni hampir 15 tahun sudah cukup mematangkan figura jelita ini. Asam garam serta sepak terajang dunia hiburan sudah menjadi sebati dalam hidupnya.

Pelbagai kisahnya cuba ditelanjangkan untuk tatapan umum namun, ia sedikit pun tidak menjadi kudis buat Fazira Wan Chek atau terkenal dengan nama komersialnya, Erra Fazira.

Itu dijadikan semangat untuknya menjadi lebih kuat mengharungi hidup yang penuh pancaroba ini dan sekalipun, namanya dikatakan semakin pudar harumnya, ia sedikit pun tidak melemahkan Erra untuk terus mengabdikan diri dengan dunia seni.

Bermula dengan filem Sembilu pada tahun 1994 arahan Datuk Yusof Haslam, sudah 33 buah filem dibintanginya termasuk menjadi pelakon utama, watak pembantu, kemunculan khas serta menjadi penyumbang suara untuk filem animasi, Putih.

Bergelar primadona filem Melayu, namanya dilihat masih belum mampu dikekang seiring dengan pesona dan karismanya yang sentiasa terpancar gemilang.

Meskipun sudah ada kata-kata yang mengatakan dirinya sudah lagi tidak mampu untuk menarik perhatian penonton ke pawagam menyaksikan lakonannya bagaikan magnet yang semakin hilang kuasanya, Erra memandang persepsi itu sebagai satu yang cukup positif.

Meneruskan legasi seninya, isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Suria Fm, Engku Emran Engku Zainal Abidin itu kini mengorak setapak langkah lagi dalam melengkapi profil seninya dengan menjadi pelakon drama pula.

Erra kini sudah pun sah menjadi milik Astro apabila bekas ratu cantik itu menjadi wajah eksklusif Astro selama setahun untuk membintangi telemovie, drama bersiri mahupun projek khas untuk stesen berbayar terbesar itu.

Tampil elegan dengan gaun merah jambu terang pada majlis memperkenalkan namanya bersama pelakon lelaki popular, Aaron Aziz sebagai wajah eksklusif Astro di Carcosa Seri Negara, Erra meluahkan perasaan gembiranya dan terujanya untuk beraksi dalam drama setelah sekian lama menanti tawaran untuk berbuat demikian.

“Jujurnya, sepanjang saya menjadi pelakon filem tidak pernah ada tawaran yang datang kepada saya dan semuanya berubah apabila saya mula meluahkan hasrat hati saya untuk berlakon drama.

“Sejurus itu, tawaran mula mencurah-curah tetapi masalah lain pula timbul apabila masa dan keadaan yang tidak mengizinkan.

“Jadi, apabila tawaran Astro ini hadir, ia susah untuk saya tolak kerana saya melihat penglibatan saya bersama mereka mampu untuk memberikan sesuatu yang baru untuk industri penerbitan drama tempatan,” kata Erra yang juga seorang penyanyi dan pernah meletup dengan lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara dan Gemilang itu.

Menjadi wajah eksklusif Astro selama setahun, pastinya ramai yang akan terfikir bahawa wajah Erra pastinya akan kerap ditatap.

Tidakkah si cantik manis ini bimbang akan timbul perasaan bosan di kalangan penonton?

“Itu yang menariknya mengenai tawaran Astro ini. Saya diberi sepenuh kebebasan untuk berlakon dalam mana-mana drama mengikut kehendak saya sendiri. Seandainya, saya mendapat skrip dan wataknya sesuai, maka dengan itu, saya akan berlakon. Begitu juga sebaliknya.

“Malah, menerusi Astro juga, saya diberi peluang untuk mengemukakan skrip dan tawaran kepada mereka.

“Seandainya semuanya dipersetujui, saya akan berlakon di dalam drama tersebut. Jadi, tidak akan timbul perasaan bosan dan muak kerana bukannya muka saya akan dipertontonkan setiap masa di Astro,” tuturnya penuh berhemah.

Menjadi wajah eksklusif untuk stesen yang sebesar Astro, sudah pasti harga yang diterima oleh Erra pun sebesar nama dan status dirinya.

Diasak dengan persoalan itu, Erra hanya melemparkan sekuntum senyuman manis bagaikan memberi gambaran keengganannya mendedahkan harga yang diterimanya.

Bagaimana pula seandainya dalam tempoh setahun ini bersama Astro, ditakdirkan Tuhan, Erra diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata? Tidakkah terganggu jadual penggambarannya kelak?

“Itulah yang saya katakan tadi. Bersama Astro, ia sungguh fleksibel dan bukannya setiap masa saya akan berlakon drama. Seandainya saya mengandung dalam tempoh setahun ini, maka, kita akan cuba mencari skrip yang memerlukan watak wanita mengandung. Insya-Allah, semuanya akan berjalan lancar kelak,” jelasnya penuh pengharapan.

Dalam perkembangan lain, Erra juga menolak dakwaan mengatakan namanya yang kini suram di layar perak menjadikannya memilih untuk beralih arah menjadi seorang pelakon drama pula.

“Perkara itu sudah lama saya dengar dan saya langsung tidak bersetuju dengan pandangan itu.

“Saya sudah berdiri lama dalam industri dan saya semakin matang. Sudah tiba masanya untuk saya mencuba sesuatu yang baru dan ini juga salah satu cara untuk saya menarik perhatian peminat baru,” jelasnya meminta pengertian.

Katanya lagi, rakan baiknya seperti Umie Aida telah membuktikan bahawa dia mempunyai peminat tersendiri meskipun berlakon filem dan drama.

“Jadi tidak salah untuk saya melakukan sedemikian dan saya percaya dengan menceburi bidang drama ia akan memberikan sesuatu yang baru untuk karier seni saya,” ujarnya yang juga usahawan produk kecantikan, Ferra KosmoLook atau Ferra KL.

Diajak berbicara mengenai pengalaman pertamanya sebagai seorang aktres drama, Erra memberitahu, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama komedi berjudul Joe dan Farida yang akan menemui penonton setia Astro pada Aidilfitri nanti.

Sepanjang penggambaran drama arahan dan juga lakonan Adlin Aman Ramlie itu, Erra kini semakin mengerti tentang dunia lakonan drama walaupun suasananya berbeza dengan penggambaran filem.

“Pengalamannya cukup berbeza. Untuk filem, ia mengambil masa dari 35 hingga 45 hari di lokasi.

“Tetapi, untuk drama, meskipun, ia hanya memakan masa yang agak singkat iaitu dalam 10 hari, tetapi kita harus berada sepanjang masa di sana dan menerusi pengalaman saya, pernah saya bekerja 24 jam. Itu sudah cukup membuktikan bahawa cabaran drama dan filem ternyata berbeza,” cerita Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia sebanyak dua kali ini panjang lebar.

Dalam pada itu, Erra dengan penuh tenang meleraikan segala kekusutan berhubung ada dakwaan dari pihak tertentu yang mengatakan dirinya enggan membawakan watak orang tua mahupun seorang ibu.

Sebaliknya, pelakon filem Soal Hati itu dikatakan hanya mahu membawakan watak yang menonjolkan dirinya muda sahaja.

“Saya sendiri pernah membawakan watak tua dan orang gila menerusi filem Hingga Hujung Nyawa. Malah, filem Hidden juga memperlihatkan saya membawakan watak seorang ibu. Jadi, saya tidak faham bagaimana cerita tidak berasas ini boleh timbul,” katanya yang bakal muncul dalam sebuah drama bersiri berjudul Rona Roni Makaroni.

Powered by Utusan Malaysia