Hubungan Songsang Lindsay – Samantha!

4 Jun

L.A, 3 JUN 2008: Sudah menjadi perkara biasa apabila artis Barat berperangai melampau! Mungkin media Amerika Syarikat (AS) terus gempar jika pelakon Lindsay Lohan sudi menerima AS$1 juta supaya membuat pengakuan tentang hubungan songsangnya bersama DJ sensasi Samantha Ronson.

Bagaimanapun, penyanyi dan pelakon popular itu menolak tawaran pihak yang berminat itu untuk menemubualnya. Sungguhpun begitu, gambarnya yang sedang bercium dan berpelukan bersama Samantha di Festival Film Cannes di Perancis, baru-baru ini sudah mula tersebar luas.

Khabarnya, majalah terkemuka, OK! Turut menawarkan jumlah yang besar semata-mata memperoleh satu pengakuan daripada Lindsay.

Yang membuat Murai Batu terkedu dan mengurut dada apabila ibu Lindsay, Dina, memberi restu jika benar puterinya itu ada hubungan terlampau dengan Samantha.

“Jika benarlah dia bahagia, saya juga bahagia. Saya sudah kenal Samantha dan keluarganya sejak selama 10 tahun lalu,” katanya.

Lindsay dan teman intimnya itu dilihat sering bersama-sama sejak 6 bulan lagi. Namun, baru-baru ini dengan terang-terangan dia menunjukkan kemesraan di khalayak. Lindsay dan Samantha tiba-tiba berpelukan dan berciuman ketika sedang berpesta di Cannes!


MURAI BATU: Tergamam tengok gambar e-mel aktor kacak terkenal Indonesia pula dah beraksi terlampau.


Murai

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: