Aishwarya Dibayar RM4.5j Satu Filem

29 Jun

Aksi aktres dalam ‘Robot’ raih bayaran tertinggi

NEW DELHI: Pelakon popular, Aishwarya Rai muncul pelakon wanita menerima bayaran paling mahal di Bollywood apabila dibayar kira-kira RM4.5 juta untuk berlakon dalam sebuah filem.

Media tempatan memetik sumber berkata, aktres yang juga isteri aktor Abhishek Bachchan itu, menerima tawaran lumayan berkenaan untuk menjadi heroin dalam filem terbaru, ‘Robot’ yang bakal menjadi hasil garapan pengarah, Shankar Rajinikanth dan dikeluarkan syarikat Ayngaran International.

Aishwarya dilaporkan menandatangani surat perjanjian itu minggu lalu dan turut diberi wang pendahuluan lumayan sebagai menghargai persetujuan berkenaan.

Apa yang pasti, bayaran RM4.5 juta bagi satu filem sememangnya menjadi angka tertinggi pernah diraih mana-mana aktres Bollywood untuk muncul dalam satu filem.

Aishwarya juga sudah menyatakan persetujuannya memberikan tarikh sesuai bagi memulakan penggambaran.

Ini disebabkan, Shankar sepatutnya memulakan penggambaran filem berkenaan pada minggu pertama bulan ini. Namun disebabkan beberapa masalah, proses itu akan hanya bermula pada minggu terakhir Ogos selepas selesai penggambaran filem Pooja di Chennai.

Soal tarikh sememangnya masalah besar bagi Aishwarya yang terlalu sibuk dengan komitmen di Bollywood mahu pun di peringkat antarabangsa.

Dia sudah memperuntukkan seluruh bulan Julai dan Ogos ini bagi konsert jelajah anjuran bapa mertuanya, aktor veteran Amitabh Bachchan.

Konsert jelajah dikenali ‘Unforgettable World Tour’ itu adalah beberapa siri persembahan di beberapa lokasi luar negara yang mengutarakan keluarga popular Bollywood berkenaan serta barisan bintang lain.

Sementara itu, satu lagi khabar angin yang bertiup kencang mengenai Aishwarya ialah beliau mungkin ditawarkan sebuah syarikat filem Pakistan untuk melakonkan watak bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto yang menjadi mangsa pembunuhan.

Jurucakap syarikat UTV hanya mengulas bahawa ia hanya akan memberi maklumat itu selepas semuanya dipersetujui pihak terbabit. – Agensi

Berita Harian

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: