Fasha Diboikot Kerana Naik Angin?

6 Jul

Fasha Sandha

Seminggu dua ni dunia hiburan menjadi kalut apabila pelakon yang mendapat jolokan ratu kontroversi, Fasha Sandha mengamuk dengan wartawan. Khabarnya Fasha naik angin sebab gosip hidup dia sekarang ini menjadi semakin panas macam gunung berapi nak meletup.

Punca Fasha marah dengar ceritanya semasa dia buat kenyataan hatinya sudah dimiliki oleh seorang anak raja, dia tiba-tiba dikaitkan bercinta dengan Bard R1.

Dalam rancangan Kring Kring di Astro Ria minggu lalu, nampak benar yang Fasha naik hantu apabila dikaitkan dengan Bard.

Kata Fasha, dia tak pernah kenal pun siapa Bard tu tiba-tiba dikaitkan bercinta pula. Sebelum dengan Bard, seorang ahli perniagaan iaitu Datuk S pun ada buat kenyataan cintakan Fasha.

Gara-gara gosip yang timbul, Niezam dapat tahu Fasha sudah ‘menyerang’ beberapa wartawan dan marah-marah kerana tak berpuas hati dengan laporan yang disiarkan.

Ada juga beberapa rakan media yang kata kalau Fasha tak puas hati dia boleh cakap baik-baik. Tak payah nak marah-marah dan mengamuk tak tentu fasal.

Dalam masa yang sama, Niezam kata kepada wartawan tu dah orang tengah marah, mestilah macam-macam benda yang keluar daripada mulut dia. Kalau hati dah sejuk nanti okeylah kut!

Bagaimanapun khabarnya dek kerana dah tak kuasa dengan perangai Fasha yang mereka anggap semakin menjadi-jadi itu, dengar cerita Fasha akan disenaraihitamkan oleh sebuah syarikat media.

Kata sumber itu lagi, lepas ini Fasha tak akan dapat publisiti lagi daripada mereka walaupun untuk menggunakan gambarnya sebagai hiasan dalam ruangan intisari rancangan.

Dalam hal ni Niezam tak boleh nak komen apa-apa. Sebagai artis yang berpengalaman, Fasha seharusnya tahu apa yang perlu dia lakukan terhadap kemelut yang melanda dirinya kebelakangan ini.

Kalau boleh elakkanlah daripada bergaduh atau berperang sesama kita. Bukannya apa, dunia hiburan kita ni macam telur ayam je. Putih dan kuning saling perlu memerlukan.

NIEZAM: Artis yang perasan nak gam wartawan apa cerita? Agaknya dah besar kilang buat gam tu ya!

Utusan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: