Saya Tidak Merajuk – Inul

20 Jul

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT dan SOFIATUL SHIMA WAN CHIK

KUALA LUMPUR – “Saya tidak serik dan tidak akan merajuk bahkan Malaysia tetap di hati.”

Demikian tegas ratu dangdut goyang gerudi, Inul Daratista (gambar) yang kelmarin begitu kecewa setelah Konsert Inul Daratista Live in JB yang sepatutnya berlangsung di Larkin, Johor Bahru malam tadi dibatalkan.

Malah menurut Inul, apa yang berlaku terhadapnya itu memang sesuatu yang sangat luar biasa dan tidak pernah terjadi sepanjang dia membuat persembahan di Malaysia.

“Di Indonesia, pembatalan sebegini sudah menjadi kebiasaan buat Inul tetapi tidak pernah di sini (Malaysia) kerana saya pernah menjayakan dua konsert, pertama pada 2005 (Stadium Merdeka) dan 2007 (bersama kumpulan Radja).

“Ketika itu, segala peraturan yang telah ditetapkan berjaya saya lunaskan, apa lagi sekarang, kerana saya sudah berstatus Hajah,” beritahu Inul yang kembali ceria apabila konsert di Johor Bahru itu telah bertukar lokasi ke Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Julai ini.

Kosmo! semalam melaporkan, Inul begitu kecewa sehingga hampir pengsan dan terpaksa dipapah ketika mahu meninggalkan sesi sidang akhbar di sini, apabila mengetahui konsertnya di Johor Bahru dibatalkan.

Tegas Inul, majlis sidang akhbar penundaan konsert di Johor Bahru bukan gimik untuk menarik lebih ramai penonton.

“Kelmarin, saya benar-benar capek (letih), saya menangis kerana saya penat dengan dugaan dan kontroversi yang tidak kesudahan dan kerana saya sangat sedih segala persiapan rapi telah dibuat.

“Ternyata air mata saya tidak sia-sia kerana masih mendapat tempat di Malaysia, semoga konsert tanggal 27 Julai nanti bakal sukses,” tegas Inul atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah.

Kosmo

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: