Konsert Inul Batal Lagi, Penganjur Rugi RM500,000

25 Jul

Teks & Photo Oleh Thani Hasbullah

KUALA LUMPUR, 25 JULAI,2008: Penganjur IMS Prima Sdn Bhd bukan saja terus menanggung malu malah terpaksa menampung kerugian berjumlah setengah juta ringgit akibat pembatalan konsert Inul Daratista buat kali kedua di Malaysia.

Konsert tertunda Inul itu sepatutnya berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad ini, 27 Julai selepas selepas konsert pertama Inul Live In JB di Larkin pada 19 Julai lalu dibatalkan oleh Pejabat Daerah Johor Bahru.

Pengurus Besar IMS, Nasir Abu Bakar, memberitahu murai.com.my petang tadi, mereka mendapat tahu mengenai pembatalan konsert di Bukit Jalil itu, pagi tadi. Katanya, kertas cadangan ini ditolak oleh Jawatankuasa Agensi Permohanan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

“Ya, kami memang malu, sedih dan kecewa dengan apa yang terjadi. Kami juga malu untuk berhadapan dengan Inul di atas pembatalan kali kedua ini. Namun kami sudah menghubungi Inul di Surabaya untuk memaklumlah pembatalan terbaru dan Inul nampaknya tenang dan akur walaupun sangat kecewa.

“Kesannya pihak kami terpaksa menanggung kerugian hampir RM500,000 termasuk kos pengangkutan, logistik dan promosi.

“Saya juga difahamkan oleh pihak DBKL dan polis bahawa konsert ini ditolak atas sebab-seba keselamatan negara dan bukannya kerana personaliti atau corak persembahan Inul,” jelasnya.

Difahamkan, PUSPAL diwakili oleh 20 agensi kerajaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam dan Jabatan Imigresen Malaysia.


Murai

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: