Pertandingan Tarian Tiang

23 Aug

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my

BAGI yang pertama kali melihat tarian tiang, mungkin berpendapat bahawa ia adalah satu tarian erotik serta lucah dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

Namun, jika diteliti, ia bukan saja termasuk dalam jenis tarian malah dianggap senaman mudah untuk kesihatan badan.

Menyedari hakikat itu, jenama pembersih nafas, Clorets, mengadakan pertandingan Tarian Tiang Amatur Clorets Dark Secret, terbuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas, baru-baru ini.

Pertandingan berkenaan diadakan bagi menobatkan juara yang menepati ciri diperlukan iaitu penuh keyakinan, dinamik, kreatif dan tahan lasak.

Pengurus Kanan Jenama Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, Claire Dominic, berkata daripada 75 penyertaan diterima, pihaknya menyenarai pendek 15 peserta untuk ke tahap pertama berdasarkan kriteria tertentu seperti rutin tarian, kejelasan gerakan badan, aspek teknikal koreografi, keyakinan serta ciri artistik untuk ke peringkat akhir pada 5 September depan.

“Daripada 15 peserta ini, lapan peserta akan dipilih ke peringkat kedua. Kami akan memilih juara berdasarkan aspek teknikal, artistik dan persembahan,” katanya pada majlis pengenalan peserta akhir pertandingan berkenaan di ibu negara, baru-baru ini.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan keahlian Celebrity Fitness selama setahun bernilai RM3,000 manakala naib juara akan menerima wang tunai RM3,000 berserta keahlian Celebrity Fitness selama sembilan bulan bernilai RM2,500.

Tempat ketiga mendapat hadiah wang tunai RM2,000 serta keahlian Celebrity Fitness selama enam bulan bernilai RM1,500.

Hadir sama pada majlis berkenaan, penyanyi dan penulis lirik, Hannah Tan serta Deejay Mix FM, Pietro Felix.

Peserta, Isaac Wong Zing Loong, 19, berkata dirinya sudah sebati dengan tarian manakala minatnya lebih cenderung kepada tarian hip hop.

Dia begitu teruja untuk beraksi di pertandingan akhir yang akan diadakan di kelab Zouk, Kuala Lumpur, dan giat menjalani latihan bagi memantapkan lagi persembahannya.

Katanya, tarian berkenaan sesuai untuk lelaki dan wanita kerana ia adalah sebahagian daripada senaman menyihatkan.

“Saya sedar, ramai yang berpendapat tarian ini agak lucah tetapi jika diteliti, ia seperti senaman untuk kecergasan badan yang lain,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: