Penghibur Mahu Tuntut Hak Asasi

1 Sep

SAYA memang teruja kerana golongan muda di negara ini kita semakin sedar mengenai hak mereka dan negara berdemokrasi yang mereka impikan. Pengundi muda memang keluar beramai-ramai untuk memilih perubahan yang lebih demokratik di negara ini pada 8 Mac lalu.

Betapa ironinya, perubahan yang dipilih di Kedah nampaknya lebih mengongkong dan berfikiran tertutup berbanding kerajaan sebelumnya.

Bertambah sedih dalam kes ini kerana, agenda kerajaan negeri nampaknya berteraskan alasan moraliti dalam ‘Islam’. Saya seorang Muslim dan saya yakin bahawa sebagai seorang Islam, memang menjadi tanggungjawab saya untuk mendukung demokrasi dan hak sejagat.

Namun, sekarang saya sudah tidak boleh membuat begini di negeri kelahiran saya sendiri, kerana saya memilih untuk mendukung nilai ini melalui muzik pop dan rock. Tanpa segan silu kerana dalam konsert saya, saya memang banyak berbicara dengan peminat mengenai isu keadilan, demokrasi dan hak asasi.

Memang, pengharaman konsert sebegini akan memberi kesan serius terhadap rezeki golongan artis dan pihak penganjur konsert. Ini adalah sesuatu yang kita semua perlu bincangkan – artis, penganjur konsert dan peminat konsert.

Tetapi apa yang lebih penting bagi saya sebagai seorang artis ialah ini satu isu hak asasi. Hak asasi rakyat untuk bersuara dan berkumpul. Jika kita menggunakan ‘moraliti’ sebagai alasan untuk mengharamkan konsert, bagi saya ini tidak masuk akal.

Sesetengah pemimpin politik yang terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa – adakah kita mahu mengharamkan semua parti politik dan menggantung sistem demokrasi?

Demi demokrasi dan hak asasi, pengharaman konsert perlu dihentikan, sama ada ia dipelopori oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Seni dan hiburan adalah satu petanda tahap kematangan demokrasi kita. Jika mana-mana parti politik sudah beriya-iya mahu mengharamkan konsert muzik, bayangkan apa lagi yang akan cuba diharamkan.

SHANON SHAH,
Kuala Lumpur.

Berita Harian

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: