Respirasi Muzik: Taruhan Winnie

2 Sep

Rap
Album: Kau Ada Di Mana
Artis: Winnie K

KEBANYAKAN artis Cina tempatan lebih gemar menghasilkan album Mandarin dengan harapan mampu menawan pasaran lebih besar di Taiwan, China dan Hong Kong.

Berbeza dengan Kok Mui Kuan atau Winnie K yang berjaya mencipta nama menerusi tiga album Mandarin sebelum ini, membuat keputusan mahu melebarkan bakat dimiliki di rantau Nusantara dengan menghasilkan album Melayu sepenuhnya.

Sebagai percubaan, bintang kelahiran program Asia Bagus ini pernah menghasilkan single Kau dan Aku, ciptaan Ajai pada 2003. Sambutan diberikan peminat agak baik .

Dalam diam, bakatnya mendapat perhatian syarikat rakaman seberang Trinity Optima Production. Turut bernaung di bawah syarikat itu artis popular seperti Rossa dan kumpulan Ungu.

Kau Ada Di Mana berkonsepkan pop menjadi taruhan Winnie untuk mencipta nama di sana dan lebih menarik pembikinan album sepenuhnya dilakukan di sini dengan beberapa komposer tempatan turut menyumbangkan karya mereka.

Bagi mengimbangi kehendak pasaran rantau ini, komposer seberang seperti Dewiq dan Yudis Dwikorana turut membantu.

Menjadi perhatian dalam Kau Ada Di Mana apabila Yudis menciptakan lagu Kekasih Gelapmu yang menjadi jawapan kepada lagu Kekasih Gelapku dipopularkan Ungu.

Keseluruhan mutu komposisi dan susunan setiap lagu terdapat dalam Kau Ada Di Mana bagus, apatah lagi ia ditangani mereka yang berpengalaman seperti Audi Mok menghasilkan dan menerbitkan lagu Tak Bisa Memilih, Cat Farish (Hatiku Tak Tahan Lagi dan Ke Akhirnya) dan Ajai (Sampai Bila, Cahayakan Cinta dan Kehadiranmu).

Menilai dari sudut vokal, Winnie kedengaran lebih berkeyakinan apabila menyanyikan lagu berentak rancak seperti hip hop yang dimuatkan dalam album ini.

Harian Metro

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: