KPJ Sedia Bufet Ramadan

11 Sep

Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my

JARANG ada hospital prihatin kepada pesakitnya yang beragama Islam dengan menyediakan bufet Ramadan ala hotel.

Bagi KPJ Selangor Specialist Hospital (sebelum ini dikenali Pusat Perubatan Selangor), sebuah konglomerat perubatan terkenal di tanah air, ia mencetus elemen baru dunia kesihatan apabila menyediakan bufet Ramadan dengan hidangan berkhasiat kepada pelanggannya.

Dengan merealisasikannya di Kafe Anjung Seri di hospital pakarnya di Shah Alam, bufet itu berkonsepkan ala kampung dan dirasmikan Pengerusinya, Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir, baru-baru ini.

Di majlis sama, beliau turut menyumbang duit raya kepada kanak-kanak yang dijangkiti HIV.

Siti Sa’diah juga menyerahkan cek bernilai RM5,000 sebagai sumbangan kepada Rumah Solehah Cheras selain beg sekolah dan alat tulis.

“Ini adalah satu daripada aktiviti kemasyarakatan KPJ Healthcare untuk menyatakan keprihatinan kepada masyarakat kurang bernasib baik.

“Kami tidak mengira apa latar belakang mereka kerana mereka juga memerlukan perhatian,” katanya.

Menurut Eksekutif Korporat KPJ Selangor, Hudza Mohamad, 30 kanak-kanak dari Rumah Solehah Cheras diraikan warga KPJ Selangor selain mengundang artis, Farawahida untuk menghiburkan pesakit.

“Bufet Ramadan selera kampung ini adalah pertama seumpamanya dianjurkan sebuah hospital.

“Dengan bayaran RM29 untuk dewasa dan RM14.90 untuk kanak-kanak, kami menghidangkan bufet berkonsepkan makanan berkhasiat, bersih dan halal,” katanya.

Di majlis itu, 500 bungkus bubur lambuk diedarkan kepada orang ramai.

Bubur lambuk istimewa itu diedarkan artis dan selebriti undangan setiap Isnin, Rabu dan Jumaat bermula jam 4.30 hingga 5.30 petang.

Jika mahukan maklumat lanjut, kunjungi KPJ Selangor Specialist Hospital, Lot 1, Jalan Singa 20/1, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor atau hubungi 03-55431111 atau faksimili 03-55431722.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: