Ako Mustapha
CIK Normah dengar cerita, pelakon yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Jue Aziz iaitu Ako Mustapha akan menamatkan zaman bujang dalam tahun ini juga. Cik Normah kurang pasti nama bakal isteri Ako tapi difahamkan majlis perkahwinan akan dilakukan pada bulan Disember. Itupun dengarnya, sepatutnya ia dilakukan pada bulan November, alih-alih ditunda ke Disember.
Buat Ako, kalau betul Ako bakal menamatkan zaman bujangnya, Cik Normah ucapkan tahniah ye. Cik Normah berdoa supaya apa yang direncana menjadi hendaknya. Tidaklah macam kecundangnya kisah cinta dia dengan Jue. Iyalah, kita hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan. Amin.
Lepas raya nanti hinggalah hujung tahun ramai artis kita yang akan kahwin seperti Nabila Huda dan pasangannya Edy yang akan berkahwin sama tarikh dengan hari lahirnya iaitu pada 2 Disember ini. Insya-Allah, Cik Normah akan melaram busana kebaya ketat sentuhan Jawa .
Cik Normah doakan segala perancangan artis yang bakal kahwin nanti akan berjalan lancar. Insya-Allah. Yang penting, harap kekal sampai ke akhir hayat.
Berita Harian
Leave a Reply