Katrina Kaif Paling Seksi

25 Sep

Terima 26 peratus undian

MUMBAI: Pelakon Katrina Kaif (gambar) yang sebelum ini diisytiharkan sebagai wanita paling seksi di Asia menerima satu lagi pengiktirafan, apabila beliau dinobatkan sebagai wanita paling seksi di Bollywood, hasil tinjauan yang dilakukan majalah Filmfare.

Akhbar Times Of India melaporkan, aktor Shah Rukh Khan pula berjaya membuktikan dirinya adalah ‘raja’ industri filem Bollywood apabila dipilih sebagai lelaki paling seksi.

Pelakon Bipasha Basu dan Salman Khan masing-masing menduduki tempat kedua tinjauan itu.

Bipasha dan Mallika terpaksa mengalah dengan Katrina bagi pemilihan wanita paling seksi apabila pelakon berkenaan memperoleh 26 peratus undian, manakala Bipasha hanya mendapat 15 peratus dan Mallika 12 peratus undi.

Bagaimanapun, tinjauan mengenai siapa yang mempunyai kemungkinan lebih tinggi untuk berlakon di Hollywood atau menjadi gadis ‘Bond’, memberi keputusan yang sama sekali berbeza, apabila Mallika Sherawat menduduki tempat teratas manakala nama Katrina tidak tersenarai langsung.

Bagi pelakon lelaki, Hrithik Roshan menjadi pilihan utama yang diyakini mampu mengembangkan kerjaya lakonan hingga ke luar negara terutama Hollywood.

“Jelas sekali peminat mempunyai pandangan mereka sendiri mengenai siapa yang mampu berjaya di di dalam negara dan pelakon mana boleh mengembangkan kerjaya mereka di luar negara,” lapor akhbar itu.

Kira-kira 45 peratus penduduk India berpendapat Shah Rukh adalah ‘Khan’ paling hebat dalam tarikan seksual tanpa mengambil kira sama ada filemnya berjaya mencapai tahap pecah panggung atau menemui kegagalan.

Pelakon Salman Khan mengekori rapat di belakang Shah Rukh dengan memperoleh 33 peratus undian peminat.

Pelakon Akshay Kumar juga termasuk antara pelakon paling diminati dengan 18 peratus undi, manakala John Abraham memperoleh 17 peratus.

“Aamir Khan nampaknya terpaksa bersara daripada menjadi pelakon apabila hanya memperoleh 11 peratus pemilihan, manakala anak saudaranya Imran dan Saif berkongsi pengundian sebanyak empat peratus,” kata akhbar itu lagi. – Agensi

Berita Harian

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: