Dakwa Boleh Lewatkan Proses Penuaan

30 Sep


DR. PERRICONE (kanan) mendakwa penuaan adalah satu penyakit yang boleh diperangi.

LONDON – Seorang pakar diet, Dr. Nicholas Perricone mendakwa mampu melewatkan proses tua tanpa melakukan sebarang pembedahan kecantikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika pakar-pakar kulit lain mengakui tugas mereka adalah berusaha untuk meminimumkan kesan tua, Dr. Perricone beralih kepada cara tradisional untuk melewatkan proses penuaan.

Dia sebaliknya berhujah bahawa proses penuaan adalah sejenis penyakit.

“Mungkin ia merupakan satu kontroversi tetapi saya percaya bahawa penuaan adalah satu penyakit yang berlaku di peringkat sel dan anda mampu memeranginya,” kata Dr. Perricone.

Dia tidak mendakwa memiliki rahsia kehidupan abadi tetapi percaya bahawa kemerosotan fizikal dikaitkan dengan penuaan dapat dielakkan.

Dr. Perricone mempunyai ramai peminat daripada kalangan selebriti Hollywood seperti aktres Kim Cattrall, Cate Blanchett, Uma Thurman dan Julia Roberts.

Sebelum ini dalam sebuah bukunya berjudul The Wrinkle Cure and The Perricone Prescription, dia mendakwa diet yang kaya dengan ikan salmon dan buah beri mampu menjadikan anda kelihatan lebih muda.

Sejak bertahun-tahun lalu, dia menganalisis kenapa manusia kelihatan muda dan apakah punca menyebabkan mereka kelihatan tua.

“Apabila anda melihat muka yang muda, apa yang anda lihat adalah lengkung dan ruang yang luas iaitu dahi berlengkung, mulut menonjol, terdapat ruang luas di pipi serta pelipis.

“Berikutan peningkatan umur, kita kehilangan otot dan lemak, oleh itu terdapat kecembungan mendatar menyebabkan cengkung.

“Kami menyedari bahawa penuaan adalah lebih kepada kehilangan tisu-tisu,” kata Dr. Perricone.

Bagaimanapun, perkembangan mendadak dan populariti suntikan Botox sejak beberapa tahun lalu mencetuskan kebimbangannya.

“Saya bimbang mengenai prosedur yang berterusan sama ada ia pembedahan atau suntikan,” jelasnya.

“Semua itu mencetuskan trauma dan saya tidak pasti ia merupakan strategi terbaik untuk mengekalkan muka yang muda,” katanya.

Dr. Perricone mempunyai satu pelan bagi membolehkan manusia kelihatan muda berbanding menggunakan Botox dan menjalani pembedahan.

Menurutnya, jika pelan itu diikuti oleh ramai orang, mereka akan kelihatan 10 tahun lebih muda daripada umur sebenar.

Langkah pertama adalah memakan protein berkualiti tinggi seperti ikan salmon, makan daging ayam yang tidak diternak dalam kurungan, makanan laut yang bercangkerang seperti kerang atau kupang dan tauhu.

Bahan-bahan itu penting untuk memperbaiki sel dan membina blok tisu otot.

Sayur-sayuran dan buahan-buahan seperti, blueberry, brokoli dan bayam menjadikan kadar kandungan gula stabil sekali gus mengekalkan bahan antioksidan yang meneutralkan bahan-bahan radikal iaitu penyebab sel-sel mengalami kerosakan.

Bahan-bahan lemak yang terdapat pada ikan, kekacang dan bijiran mampu membekalkan tenaga untuk sel.

“Ketika saya mula bekerja untuk sejumlah selebriti, saya hairan kenapakah mereka kelihatan cukup glamor.

“Kenapakah mereka kelihatan berlainan daripada kita?

“Jika anda melihat seseorang seperti aktres Angelina Jolie, dia mempunyai bentuk seperti buah epal di pipinya iaitu hasil daripada otot yang terdapat di bahagian muka,” katanya Dr. Perricone.

Menurutnya, setiap orang boleh memiliki kulit seperti Jolie dengan melakukan senaman.

Melakukan senaman muka secara berkesan memerlukan ransangan elektrik yang mampu menegangkan otot.

“Dengan menggunakan ransangan elektrik, saya boleh menjadikan seseorang kelihatan seperti itu (Jolie),” kata Dr. Perricone. – Agensi

Kosmo

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: