Archive | October, 2008

Outgoing Indonesian Top Judge Denies Graft

31 Oct

JAKARTA: The outgoing chief of Indonesia’s Supreme Court on Friday denied corruption was rife at the highest level of the country’s judicial system, despite a slew of disputed decisions and graft allegations.

Bagir Manan, 67, retired from the nation’s top judicial post after a seven-year stint amid two ongoing cases into bribes and embezzlement involving court officials.

The powerful Corruption Eradication Commission in June launched an investigation into the alleged embezzlement of court fees. The probe included the examination of a personal bank account belonging to Manan.

Manan has also reportedly been named in a court case as the intended recipient of bribes that were allegedly handed to court staff in 2005 by businessman Probosutedjo, a step-brother of former dictator Suharto.

“Those accusations that I have received bribes don’t make sense at all and no one has ever proven that I’ve taken a bribe,” Manan told foreign journalists at a meeting to mark his retirement.

“In the Supreme Court, up to this day not… a single one of my judges has been put on trial.”

Indonesia’s Supreme Court is widely seen as tangled up in the institutionalised corruption that is rife throughout country’s the court system. It has been criticised for a series of baffling decisions.

In 2007, the court awarded 100 million dollars in libel damages to former dictator Suharto over a Time magazine article alleging massive corruption. That decision is being appealed.

It also cut to 10 years an initial 15-year sentence handed in 2002 to Suharto’s playboy youngest son, Hutomo “Tommy” Mandala Putra, for a range of crimes including the murder of a Supreme Court judge.

However, Manan said the Supreme Court had been leading the charge in reforming Indonesia’s judiciary and was cleaning up the murky practices of the lower courts.

Judges and court staff have been given extra training and increased salaries, while those found to have broken the law have been severely punished, he said.

“It’s hard for me to say it, but there are a lot of corrupt judges, that can be established. But we’re not closed to the possibility that bribery happens at the lower courts, bribery happens in the appeals courts,” Manan said.

Indonesia is ranked as the world’s 126th most corrupt country on Berlin-based watchdog Transparency International’s Corruption Perceptions Index, on a level pegging with countries including Uganda, Libya and Ethiopia.

The group’s local chapter ranks the judiciary as one of the most corrupt institutions in the country.

– AFP/so

Channel News Asia

Advertisements

Memey: Semua Ini Kesilapan Saya!

31 Oct

Teks oleh Ellyna Ali

KUALA LUMPUR, 31 OKT 2008:  Sejak hari semalam lagi, telefon bimbitnya tidak henti-henti berdering. Hampir kesemua panggilan tersebut diterima daripada pihak media tempatan yang terus-menerus mahu mendapatkan maklum balasnya tentang beritanya ditangkap khalwat bersama aktor Norman Hakim.

Namun, pada situasi yang cukup panas dan tegang seperti ini, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, nampaknya lebih selesa untuk memberikan jawapan yang selamat daripada mengulas lebih lanjut tentang isu kontroversi tersebut.

Malah, sewaktu dihubungi murai.com.my pagi tadi, Memey memberitahu bahawa dia benar-benar perlukan ketenangan pada waktu ini.

“Terlalu banyak panggilan telefon yang saya terima daripada press tapi saya masih belum beri apa-apa kenyataan lagi. Saya masih belum bersedia.


“Bila saya sudah bersedia, saya  pasti akan beri keterangan terhadap apa yang sebenarnya berlaku.

“Tapi, janganlah terus-menerus menghukum saya. Saya terlalu trauma untuk berhadapan dengan semua ini,” katanya.

Ditanya apakah insiden ini adalah satu tindakan sabotaj yang cuba dicetuskan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, Memey hanya berkata, apa yang berlaku adalah satu kesilapan beliau sendiri.

“Maksud saya, saya sebenarnya datang ke pejabat Norman untuk selesaikan masalah tanpa berteman tapi rupanya memang ada yang memerhati. Tidak apalah, kalau saya berjaya melepas semua ini, Insya-Allah saya akan lebih kuat,” katanya menerusi Khidmat Pesanan (SMS).

Anak saudara kepada Darling, Bell dan Anne Ngasri ini sudah pun membintangi banyak drama tempatan. Antaranya Graduan, Elit, Pasrah, Dunia Baru 3, Roda-Roda KL serta Tragedi Oktober.

Murai

Chopra Pakai 137 Pakaian

31 Oct


CHOPRA

MUMBAI – Aktres terkenal Bollywood, Priyanka Chopra mendedahkan bahawa dia memakai sebanyak 137 helai pakaian dalam filem Fashion yang kini ditayangkan di pawagam, lapor sebuah akhbar semalam.

Chopra, 26, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana perlu menyesuaikan dengan suasana watak yang dipegangnya dalam filem itu.

Dalam filem itu, Chopra melakonkan watak seorang gadis kecil dari sebuah kampung di India yang mengejar cita-citanya untuk menjadi model terkenal.

Menurut Chopra, dia terpaksa memakai pelbagai pakaian dengan pelbagai corak dan warna yang disesuaikan dengan setiap perubahan watak itu.

Dia berharap filem itu mendapat sambutan selepas beberapa filemnya yang ditayangkan pada tahun ini seperti Love Story 2050 dan God Tussi Great Ho gagal meraih kutipan tiket box-office. – Agensi

Kosmo

Norman Dicekup – Serbuan Khalwat Gegar Rumah Tangga Norman-Abby

31 Oct

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my


NORMAN berjalan keluar dari Pejabat Agama Islam Gombak Timur berhubung kes khalwat semalam.

KUALA LUMPUR – “Semuanya hanya kebetulan, kami bukan berkhalwat, malah tidak ada hubungan serius pun.”

Demikian tegas pelakon Norman Hakim, 32, mengulas peristiwa beliau ditangkap atas tuduhan berkhalwat bersama seorang pelakon baru, Suhaiza Suhaimi, 20, (Memey Suhaiza).


MEMEY SUHAIZA

Pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis bersama Memey Suhaiza di pejabat MDH Trading & Services di Ukay Perdana, dekat sini, kira-kira 3 pagi semalam.

Mereka dilepaskan dengan jaminan polis awal pagi semalam.

“Saya sebenarnya ada taklimat di pejabat bersama CEO (Ketua Pegawai Eksekutif), seorang pembantu saya dan Memey yang kini membuat kerja pengurusan di syarikat.

“Kemudian, saya menghantar CEO pulang ke rumah dan kebetulan pula pembantu saya turut pulang. Jadi bila balik ke pejabat, tinggal saya dan Memey.

“Saya di tingkat atas, Memey di tingkat bawah dan secara tiba-tiba pula pihak berkuasa datang dan kami ditahan,” dakwa Norman.

Bapa kepada tiga anak itu berkata demikian ketika ditemui pihak media sewaktu hadir di Pejabat Agama Islam Gombak Timur di Keramat petang semalam untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Menurut Norman, hubungannya dengan Memey atas dasar profesional selaku rakan sepejabat.

Kosmo

Jejaka Idaman Thailand

31 Oct

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

WAJAHNYA seiras aktor popular Hollywood, Orlando Bloom. Dan dengan memiliki wajah yang mencairkan setiap hati wanita yang memandangnya Ananda atau nama sebenarnya Ananda Matthew Everingham kini antara pelakon paling hangat di Thailand.

Buktinya, sejak Mei lalu sehingga hujung tahun ini, hampir setiap bulan pasti ada saja wajahnya muncul dalam filem baru di panggung.

Peminat tidak pernah jemu melihat aksinya, dan kerana itulah dia sentiasa menjadi pilihan pengarah filem di Thailand.

Ananda Everingham, demikian nama komersialnya. Jejaka kacak ini lahir pada 31 Mei 1982 di Thailand dan merupakan anak kacukan di mana darah Inggeris diwarisi daripada bapanya, seorang jurugambar popular.

Sebagai aktor dan model popular Thailand, dia bermula dengan filem Shutter pada tahun 2004 selain 303 Fear Faith Revenge (1998) dan Ghost Delivery pada tahun 2003.

Tahun 2007 merupakan tahun bertuah kepada aktor ini yang bukan sahaja sibuk dengan filem seperti Me… Myself, Ploy dan Bangkok Time, tetapi juga memulakan langkah emasnya di negara jiran, Singapura melalui filem Leap of Love dan Pleasure Factory.

Meskipun popular dan digilai ramai, jangan terkejut jika Ananda pernah menolak apabila ditawarkan berlakon dalam sebuah filem Hollywood.

Mungkin kepada pelakon lain, ia umpama peluang keemasan yang tidak patut dilepaskan tetapi tidak bagi Ananda, yang mempunyai prinsip tersendiri.

“Berlakon dalam filem terbitan atau arahan karyawan Hollywood memang satu perkara yang bagus kerana ia satu penjenamaan untuk filem dan diri sendiri sebagai seorang pelakon.

“Tetapi bagi saya tidak kiralah filem itu asalnya dari mana sekalipun, kalau ia sebuah filem yang berkualiti ia tetap berkualiti walaupun berasal dari Asia,” ujarnya ketika hadir ke sidang media di Kuala Lumpur bagi mempromosikan filem terbaru lakonannya, The Coffin.

Katanya lagi, untuk berhijrah ke Hollywood bukanlah satu daripada cita-cita besarnya kerana baginya apa yang paling penting kualiti orang yang bekerja dengannya.

“Bukan saya tidak mahu, tetapi itu bukan satu daripada cita-cita saya. Bagi saya memadai orang-orang yang bekerja dengan saya merupakan orang yang cukup disenangi dan mempunyai kualiti kerja,” bicaranya lagi.

Hati sudah berpunya

Jika peminat wanita yang mengimpikan Ananda, lupakan saja, kerana hati jejaka berusia 26 tahun ini sudah pun dimiliki oleh seorang super model Thailand.

Malah, dia tanpa segan silu mengakui hubungannya dengan kekasihnya itu sudah telah berlanjutan selama tiga tahun dan menyifatkan wanita pilihannya seorang yang cukup matang.

“Walaupun kami berdua bekerja dalam bidang yang menjadikan kami popular tetapi dalam percintaan, kami adalah manusia biasa.

“Saya mahupun dia tidak pernah membawa glamor ataupun populariti masing-masing dalam perhubungan. Kami menjadi diri kami sendiri dan itu yang mengukuhkan hubungan ini,” ujarnya.

Apabila ditanya pendapatnya tentang wanita pilihannya itu, Ananda lantas tersenyum dan berkata: “Dia seorang yang mudah didampingi, memahami dan seorang wanita yang ideal untuk saya.”

Dunia gelap Ananda

Apabila beralih ke bidang kerjanya iaitu lakonan, Ananda dilihat cukup sebati dengan persekitaran seperti rumah kosong, mayat hidup, roh dan hantu.


BERADA dalam keranda, Ananda menganggap ia satu pengalaman yang menguji kebolehannya sebagai pelakon.

Dia bukannya sami ataupun penghalau hantu profesional tetapi dia merupakan seorang pelakon terkenal yang diberi jolokan ‘Raja Filem Seram Thailand’ dek kekerapannya berlakon dalam filem bergenre seram.

Selepas filem seram misteri, 303 Fear Faith Revenge, jejaka ini terus menarik perhatian khalayak menerusi filem seram yang berjaya melonjakkan namanya iaitu Shutter.

Dan terbaru dia bergandingan dengan pelakon terkenal Hong Kong, Karen Mok dalam filem seram, The Coffin yang diangkat daripada ritual sebenar dalam masyarakat Thailand yang dipercayai mampu membuang nasib malang dan berupaya memanjangkan umur.

Dalam filem ini, Ananda memegang watak sebagai Chris seorang arkitek yang tekad melakukan ritual ini dengan berbaring dalam keranda bersama ratusan manusia lain. Ini dilakukan demi menyelamatkan nyawa tunangnya yang koma kerana barah.

Demi menjayakan filem ini, Ananda perlu berbaring dalam keranda dan berada di kuil yang berusia ratusan tahun.

Namun, dia tidak langsung merasa takut, bahkan seronok dengan pengalaman baru yang dikutipnya sepanjang melakukan penggambaran filem ini.

“Berbaring dalam keranda saya okey saja, ia adalah tuntutan lakonan. Saya bukan jenis orang yang mempercayai perkara-perkara mistik kerana saya lebih mempercayai logik akal dan sains.

“Walaupun begitu, saya tetap menghormati mereka yang mempercayai perkara mistik sebegini kerana ia telah menjadi amalan sejak ratusan tahun dulu,” ujarnya .

Sungguhpun begitu, perkara paling dikenang sepanjang menjalani penggambaran filem ini adalah ketika adegan yang memerlukannya berbaring dalam gelas kaca yang menyerupai bentuk keranda dan ia dipenuhi dengan air merah umpama darah.

“Bayangkan anda berbaring dalam air berwarna, pasti ia akan masuk ke hidung, mulut, telinga. Saya mengambil masa berhari-hari membuang pewarna merah itu daripada badan. Itu antara babak yang menakutkan dan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,” katanya sambil ketawa ceria.

Jelasnya lagi, keberkesanan lakonannya dalam filem seram mungkin kerana ketika kecil dia pernah ditinggalkan bapanya dalam kegelapan untuk menguji keberaniannya.

“Masa itu saya masih kanak-kanak. Waktu tengah malam bapa saya bawa saya ke kawasan gelap dan tinggalkan saya di situ. Sejak itu saya tiada rasa takut pada kegelapan,” luahnya lagi.


PELAKON utama The Coffin, Anand (kanan) dan pengarah filem ini, Ekachai, sewaktu hadir mempromosikan filem berkenaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apa kata pengarah

Pengarah filem ini Ekachai Uekrongtham yang turut hadir bersama Ananda menjelaskan, dia memilih ritual sebenar untuk difilemkan kerana merasakan ia lebih dekat dengan jiwa penonton.

“Saya sendiri tidak pernah berada dalam keranda, dan ia sesuatu yang menakutkan kerana umpama kematian bagi yang hidup.

“Dan amalan ini masih diamalkan, kerana itu ia lebih dekat dengan penonton serta tidak secara langsung mempromosikan amalan masyarakat Thailand ke negara luar,” jelasnya.


ANANDA sering tampil dalam filem seram yang menjadi pilihan utama penonton wayang di Thailand.

Tambahnya lagi pemilihan dua pelakon utamanya iaitu Ananda dan Karen dianggap tepat berdasarkan prestasi baik yang ditonjolkan mereka berdua.

“Saya memang terfikirkan dia ketika merancang filem ini kerana tiada pelakon lain yang boleh membawa watak ini sebaik Ananda.

“Melihat kepada lakonan hebatnya dalam Shutter, saya rasa dia boleh lakukan dan pilihan saya memang tepat, begitu juga dengan Karen,” katanya.

Tutur pengarah filem yang menggunakan 80 peratus Bahasa Inggeris ini, dia tidak menolak jika pihak produksi dari Hollywood ingin merakam semula filemnya seperti yang dilakukan terhadap beberapa filem seram Thailand.

“Saya tidak kisah, tetapi pengarah yang dipilih harus berkualiti serta jalan cerita jangan diubah terlalu banyak. Jika tidak akan jadi seperti filem The Shutter yang mana saya rasa filem asalnya lebih bagus daripada filem terbitan Hollywood,” tegas Ekachai.

Filem The Coffin sudahpun berada di pawagam bermula semalam.

Kosmo

Indonesia Passes Far-Reaching Anti-Porn Law

30 Oct

JAKARTA: Indonesian lawmakers rammed a far-reaching anti-pornography law through parliament on Thursday, despite howls of protest by artists and religious minorities who say it threatens national unity.

Lawmakers voted by an overwhelming majority to back a modified version of the law, which criminalises all works and “bodily movements” deemed obscene and capable of violating public morality.

The law has been championed by the Islam-based Prosperous Justice Party (PKS) and other Islamic parties and is being backed by the government of President Susilo Bambang Yudhoyono.

It has prompted protests across Indonesia, with critics saying it could threaten traditional cultures from temple statues on Hindu Bali Island to penis sheaths on tribesmen in Christian and animist Papua province.

Two of the parties opposing the bill walked out of parliament before the vote, saying its definition of pornography remained too broad, despite an exhaustive revision process.

“We feel this law is being passed by force without taking into consideration the feelings of the community such as artists and cultural workers,” said Tjajo Kumolo, a lawmaker from the Democratic Party of Struggle, which walked out.

But backers of the bill said the law left space for legitimate artistic expression and traditional cultures and would not see bikini-clad tourists driven off beaches in places such as Bali.

“This law will ensure that Islam is preserved and guaranteed. It is also not in the interest of any specific religion. The law is also meant to preserve arts and culture and not destroy them,” said Hakim Sori Muda Borhan, a lawmaker from Yudhoyono’s Democratic Party.

“This law isn’t discriminatory. It should be implemented on the ground so that pornography will be eradicated in time,” said parliamentary chairman Hidayat Nur Wahid, from the PKS.

Activists on Bali, where opposition to the law has ignited protests of thousands of people, said they would mount a legal challenge arguing the law violates freedom of expression.

“We’re going to encourage civil disobedience if our challenge to the porn law fails,” said Gusti Ngurah Harta, an activist from the Bali People’s Component, which represents artists.

Muslims make up roughly 90 percent of Indonesia’s 234 million population, which also contains sizeable Christian, Hindu, Buddhist and Confucian minorities.

– AFP/so

Channel News Asia

Bio-Oil Hapus Kesan Parut

30 Oct

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my

KEHAMILAN adalah detik yang paling bermakna dan saat dinanti-nantikan wanita bergelar isteri dan pasangan yang menimang cahaya mata.

Ia dianggap sebagai satu proses normal yang melengkapkan lagi kehidupan seseorang wanita.

Begitupun, kewujudan kesan regangan seperti garisan sekitar bahagian perut, payudara, paha, pinggul, pinggang serta belakang badan ketika tempoh kehamilan sering kali menghantui wanita.

Namun, masalah keregangan kulit dan kesan parut ketika kehamilan boleh diatasi menerusi beberapa cara termasuk penggunaan produk khusus penjagaan kulit, Bio-Oil.

Pengarah Negara Union Swiss, Avril Williamson, berkata keregangan akan berlaku apabila kulit tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengembang dengan cepat di bahagian tubuh tertentu dan mengakibatkan pembentukan kesan parut yang menjejaskan penampilan fizikal mereka.

Menurut Avril, hasil penyelidikan dan kajian Bio-Oil ke atas wanita hamil menunjukkan hasil yang positif terhadap keberkesanannya memperbaiki kesan parut dan keregangan kulit, sekali gus menjadikan warna kulit lebih sekata.

“Kebiasaannya, 90 peratus wanita akan mengalami kesan regangan kulit ketika hamil. Wanita yang berkulit lebih gelap, muda serta mempunyai sejarah kesan regangan di kalangan ahli keluarga, mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalaminya,” katanya pada majlis di ibu negara, baru-baru ini.

Menurutnya, penggunaan Bio-Oil boleh membantu mengurangkan kesan regangan berkenaan. Ia bertindak dengan memaksimumkan keanjalan kulit serta memastikan kulit sentiasa dalam keadaan terhidrat dan lebih berupaya untuk meregang.

Hadir sama, Pengurus Unit Perniagaan Nuvanta Sdn Bhd, Low Hooi Wan serta dua selebriti terkenal, Abby Abadi dan Siti Zaidatul Fiza (Fiza) yang turut berkongsi pengalaman kehamilan masing-masing dan menggunakan produk berkenaan.

Abby berkata, dia mula menggunakan Bio-Oil sejak awal kehamilan untuk mengurangkan ketidakselesaan dan kegatalan disebabkan kulit kering serta menggelupas.

“Saya menggunakan Bio-Oil setiap hari selama sembilan bulan dan hasilnya memang tidak dapat disangkal.

“Sejak menggunakannya, saya langsung tidak mengalami masalah kesan regangan dan kini selepas bersalin, saya gunakannya sebagai pelembap untuk melembutkan kulit,” katanya.

Dalam pada itu, Fiza yang kini hamil empat bulan berkata, dia mengetahui mengenai keberkesanan produk terbabit selepas disyorkan oleh seorang rakan.

Katanya, dia begitu teruja dengan kehamilan berkenaan dan berharap dapat bersalin dengan mudah.

“Saya mencuba pelbagai produk tetapi tidak sesuai kerana kebanyakannya terlalu berminyak dan melekit.

“Tetapi, sejak menggunakan Bio-Oil, kulit saya semakin lembut dan apa yang paling penting, ia meresap terus ke dalam kulit,” katanya.

Keberkesanan Bio-Oil terletak pada bahan utamanya iaitu minyak Purcellin, vitamin A dan E serta kombinasi pati minyak tumbuhan asli seperti lavender, calendula, rosemary dan chamomile.

Selain membantu menghilangkan kesan parut, kesan regangan serta warna kulit tidak serata, Bio-Oil yang mula diperkenalkan pada 1987 itu juga berkesan untuk membantu mengatasi masalah kulit lain seperti penuaan dan kekeringan kulit.

Bio-Oil yang diedar dan dipasarkan di Malaysia oleh Nuvanta Sdn Bhd ini, menjadi produk menghilangkan parut dan kesan regangan kulit paling laris di 10 negara.

Ia boleh didapati dalam botol 60 mililiter pada harga RM32.95 di semua rangkaian farmasi di seluruh negara.

Harian Metro