Janet Jackson Sakit Misteri

15 Oct

LOS ANGELES: Penyanyi seksi, Janet Jackson menangguhkan beberapa persembahan jelajah Amerika Syarikat berikutan penyakit misteri yang dihidapinya dan selepas dinasihati doktor.

Jurucakapnya berkata, penyanyi berkenaan sepatutnya kembali untuk membuat persembahan jelajah ‘Rock Witchu’ selepas dibenarkan keluar dari hospital baru-baru ini tetapi terpaksa membatalkannya selepas diberi amaran oleh doktor.

“Antara persembahan yang terpaksa ditangguhkan termasuk yang dijadual diadakan di di Medison Square Garden, New York, pertengahan bulan ini,” katanya.

Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat mengenai bila Janet akan kembali untuk membuat persembahan, jurucakapnya berkata ia sudah dijadualkan semula pada 1 November.

Janet, 42, pada mulanya merancang mengadakan persembahan di Uncasville, Connecticut Sabtu lalu, tetapi diarah berehat oleh doktornya. – Agensi

Berita Harian

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: