Artis, GengMurai Tertarik Dengan Igor

1 Nov

KUALA LUMPUR, 1 NOV 2008: Seperti yang dijanjikan, Tayangan Perdana animasi terbaru dari Hollywood, Igor, berjaya dianjurkan di pawagam Cathay Cineleisure, Damansara, malam kelmarin, 30 Oktober 2008.

Majlis tambah meriah dengan kehadiran artis popular seperti bintang Akademi Fantasia 6 (AF6) seperti Nubhan, Nadia, Toi serta pelakon Liyana Jasmy, Tam Suhaimi, Farish Aziz, Sherry Ibrahim dan penyanyi yang membuat comeback, Alyah. Tidak ketinggalan produser Raja Azmi dan pengarah Shadan Hashim.

Majlis anjuran bersama Tayangan Unggul Sdn Bhd, X Fresh dan murai.com.my itu juga mengundang sejumlah 20 GengMurai dan pasangan mereka untuk sama-sama bermesra dengan artis.

Animasi Igor yang menggunakan suara John Cusack mengisahkan persaingan antara saintis di sebuah bandar dalam mencipta rekaan yang ‘jahat’.

Kesemua penduduk di bandar itu telah diracuni fikiran mereka oleh pemerintah supaya memperjuangkan kejahatan sehinggalah seorang pembantu saintis yang bongkok, Igor dengan tidak sengaja ‘mencipta’ seorang wanita yang berjiwa baik bernama Eva. Sejak Eva muncul, ia membawa banyak perubahan dalam kehidupan Igor dan rakan-rakannya.

Filem menarik ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam tidak lama lagi dan jangan lepaskan peluang menontonnya.

Murai

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: