Mantap Kemahiran Komunikasi

1 Nov

Oleh Samsudin Oli Mohamed
rencana@hmetro.com.my

SERAMAI 26 pelajar remaja dari seluruh negara berkampung di Sekolah Kebangsaan Semeling, Merbok, Kedah untuk mengadakan kelas motivasi khas, baru-baru ini.

Program selama dua hari itu dianjurkan Fakulti Pengurusan Maklumat daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), cawangan Kedah dengan kerjasama pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), sekolah berkenaan.

Pelajar, Adib Nazri Husaini, 19, berkata, untuk pengisian kelas motivasi, mereka mendapat tunjuk ajar Pensyarah Jabatan Pengurusan Maklumat UiTM, Roziya Abu.

“Pada hari pertama, saya dan rakan agak kekok untuk menjalankan sesi motivasi.

“Tetapi pada hari kedua, semuanya berjalan lancar dan menyeronokkan,” katanya.

Rakannya, Nur Syafinaz Mohd Noh, 21, berkata, pendedahan seumpama itu amat penting kepada mereka untuk memantapkan kemahiran berkomunikasi.

“Saya amat tertarik dengan keletah kanak-kanak ini dan setiap yang mereka katakan itu mempunyai maksud tersirat.

“Biarpun masih muda, mereka mempunyai potensi menjadi pemimpin suatu hari nanti,” katanya.

Radin Ali Imran Radin Mohd Ngisomuddin, 11, berkata hanya dua hari kehadiran remaja berkenaan, tetapi dia mendapat banyak ilmu yang berguna.

Katanya, permainan Matematik yang disediakan amat menyeronokkan dan menarik minatnya untuk lebih mempelajari mata pelajaran itu.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: