Murphy Pegang Watak Jahat Batman

19 Dec

LOS ANGELES – Aktor komedi terkenal, Eddie Murphy dipilih untuk melakonkan watak jahat The Riddler dalam filem terbaru Batman, lapor sebuah akhbar semalam.

Murphy dipilih oleh pengarah filem Britain terkenal, Christopher Nolan untuk melakonkan semula watak itu yang pernah dipopularkan oleh aktor komedi, Jim Carrey dalam filem Batman Forever pada 1995.

Pemilihan Murphy, 47, itu sekali gus menafikan khabar angin yang mengaitkan aktor popular, Johnny Depp dengan watak jahat tersebut.

Filem yang bertajuk Gotham itu sedang dalam proses pembikinan dan dijadual ditayangkan di pawagam pada 2010.

Dalam filem itu aktor popular, Christian Bale sekali lagi dipilih untuk melakonkan watak Bruce Wayne manakala aktor veteran, Michael Caine akan melakonkan watak Alfred.

Hero Transformers, Shia Labeouh, 22, pula dipilih untuk melakonkan watak Robin dan aktres popular Britain, Rachel Weisz melakonkan watak Catwoman. – Agensi

Kosmo

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: