Didenda Kerana Salah Guna Pas Kerja

30 Dec

SEORANG pekerja lapangan terbang telah didenda $700 semalam kerana menyalahgunakan pas kerjanya untuk memasuki kawasan dewan ketibaan Lapangan Terbang Changi.

Lim Miaw Kiang, 51 tahun, mengaku salah melanggar undang-undang di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan.

Mahkamah Majistret mendengar bahawa Lim, seorang juruwang, hendak memberi $400 kepada anak lelakinya, 19 tahun, yang ingin membeli minuman keras Sabtu lalu.

Anaknya merupakan seorang penumpang yang baru sahaja tiba dari Hongkong.

Tetapi seorang pegawai Cisco mendapati Lim telah menggunakan pas lapangan terbang musimannya walaupun dia tidak mempunyai sebarang tugas rasmi pada waktu itu.

Pegawai itu melaporkan kesalahan Lim kepada polis lapangan terbang.

Di bawah Akta Kawasan dan Tempat Larangan, seseorang boleh didenda maksimum $1,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Awal tahun ini, denda maksimum telah dikenakan ke atas dua peminat penyanyi Taiwan popular, Jay Chou, kerana kesalahan di bawah akta tersebut.

Sin Teck Wee, 33 tahun, dan Jocelyn Soh Chia Ling, 28 tahun, membeli dua tiket penerbangan ke Kuala Lumpur pada 30 Julai tahun lalu tanpa niat meneruskan perjalanan, sebaliknya hanya untuk memasuki kawasan transit Terminal Satu dan melihat Jay Chou, yang ke sini untuk acara bertemu peminat, dari dekat.

Cyberita

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: