Longoria Benci Lelaki Curang

3 Jan


Eva Longoria

LOS ANGELES: Pelakon terkenal menerusi siri Desperate Housewives, Eva Longoria, 33, berkata beliau amat membenci lelaki yang suka berdusta dan tidak teragak-agak mendedahkan kecurangan yang dilakukan jika beliau melihat mereka bersama wanita bukan pasangan.

“Saya sendiri akan memberitahu pasangannya. Malah, saya akan mengambil gambar lelaki itu dengan kamera telefon bimbit saya jika perlu.

“Perkara ini sememangnya sesuatu yang rumit kerana saya mungkin diancam, tetapi saya rasa kebenaran akan terbukti tidak kira siapa yang memberitahu kita,” katanya.

Longoria yang mengahwini pemain bola keranjang kelab San Antonio Spurs, Tony Parker turut memberi beberapa petua mengenai cara mencari pasangan yang sempurna.

“Anda perlu keluar dan bertemu rakan serta orang baru. Ada sebilangan wanita hanya bertemu orang yang sama setiap hari. Saya bukan jenis yang begitu. Saya tidak hanya menjalin hubungan dengan orang yang mempunyai kerjaya yang sama dengan saya.

“Jika saya mahu memilih seseorang untuk dijadikan rakan, saya akan memilih keperibadiannya terlebih dulu sebelum perkara lain. Saya mudah ‘jatuh hati’ dengan seorang yang ada personaliti dan berwibawa,” katanya yang dipetik majalah Glamour.

Pelakon itu juga berkata, walaupun mempunyai kerjaya sebagai seorang pelakon dan sentiasa sibuk, beliau adalah seorang isteri yang berfikiran tradisional serta gemar melakukan sendiri kebanyakan urusan rumah tangga.

“Saya suka menyediakan hidangan makan malam dan menikmatinya bersama suami. Saya juga akan memastikan pakaian Tony sentiasa digosok dan sentiasa tersedia setiap kali beliau terpaksa meninggalkan rumah untuk perlawanan,” katanya.

Beliau turut menyifatkan hubungannya dengan Parker sebagai melengkapi antara satu sama lain dan mereka saling bertolak ansur serta sentiasa berusaha memahami. – Agensi

Berita Harian

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: