DiCaprio Seronok Bersama Winslet

6 Jan

Susunan Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Rap
MUNGKIN ramai masih ingat gandingan mantap aktor kacak, Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet menerusi filem Titanic yang mengisahkan tragedi kapal di Amerika pada 1997.

Filem yang menyentuh perasaan itu ternyata meninggalkan impak tersendiri buat DiCaprio atau nama sebenarnya Leonardo Wilhelm DiCaprio yang dilahirkan pada 11 November 1974 di California, Amerika Syarikat.

Biarpun hanya memegang watak lelaki biasa, Jack Dawson dan diceritakan penuh penghayatan oleh Rose DeWitt Bukater (Kate Winslet) dalam filem blockbuster itu, ia ternyata meninggalkan kesan tersendiri buat penonton.

DiCaprio juga pantas mencipta nama menerusi filem lakonannya seperti Romeo & Juliet, Catch Me If You Can dan Blood Diamond. Dia turut tampil bersama Martin Scorseses dalam filem aksi, Gangs of New York, The Aviator, dan The Departed. Dia turut beberapa kali tersenarai dalam beberapa anugerah yang mengiktiraf bakat lakonannya.

Menerusi filem romantik, Romeo & Juliet, pelakon yang mula membabitkan diri dalam dunia seni sejak 1988 itu memenangi anugerah Pelakon Terbaik Silver Bear pada 1996, diikuti Anugerah Golden Raspberry Awards menerusi filem The Man in the Iron Mask (1998) dan Anugerah Pelakon Terbaik Golden Globe menerusi The Aviator (2004).

Selain tersenarai sebagai penerima Anugerah Pelakon Terbaik Antarabangsa pada malam anugerah Televisyen dan Filem Ireland menerusi The Departed (2006).

Gandingan DiCaprio dan Kate Winslet sekali lagi dapat disaksikan menerusi filem terbaru arahan Sam Mendes yang juga suami kepada Winslet. Filem itu diadaptasi daripada novel karya Richard Yates sekitar 1961. Filem Revolutionary Road, yang disiarkan lewat tahun lalu itu berkisar pada zaman 1955 membabitkan kehidupan dan harapan Frank dan April Wheeler yang berdepan pelbagai dugaan kehidupan dalam membesarkan anak mereka.

DiCaprio yang membawa watak Frank dalam filem itu dalam satu temu bual menerusi laman web rasminya berkata, lakonannya menerusi filem itu membabitkan konflik keluarga di kediaman ladang Revolutionary Hill.

Menurut DiCaprio, lakonannya bersama Kate Winslet dalam filem bercorak drama ini mampu memberi inspirasi kepada masyarakat.

“Memang seronok dapat bergandingan dengan pelakon profesional seperti Kate. Apatah lagi kami memang sudah kenal lama jadi tidak berdepan banyak masalah untuk melakonkan watak dalam filem ini. Cuma untuk mencorak dan menghayati watak menerusi filem ini berdepan sedikit cabaran.

“Lakonan Kate sebagai April yang juga bekas pelakon yang berasa terkongkong dengan kehidupannya yang jauh menyimpang daripada kehidupan asal sebelum berumah tangga.

“Disebabkan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di ladang itu April mula mencadangkan kepadanya untuk berpindah ke Paris dan bekerja semula bagi membantu suaminya menampung pendapatan,” katanya.

Akibat desakan dan tekanan kerja. Frank terbabit dengan konflik pekerjaan di pejabatnya mengenai perebutan kuasa dan syarikat berdepan krisis kewangan. Frank turut terbabit dalam konflik perhubungan bersama setiausahanya selepas mabuk ketika menyambut ulang tahunnya yang ke 30. Walaupun ketika itu isterinya, April sedang merancang kejutan sempena sambutan hari lahirnya.

Disamping konflik keluarga Frank dan April berdepan pelbagai kerenah masyarakat yang menganggap pasangan itu antara keluarga contoh yang hidup bahagia di pinggir ladang terkenal itu. Begitupun, tidak ramai yang tahu mengenai beban hutang dan masalah yang dihadapi pasangan itu sehingga berdepan konflik penceraian sebagai jalan penyelesaian mereka.

Mujur mereka mendapat bantuan pasangan, Helen dan Howard Givings yang membantu serta membimbing menjadikan kehidupan mereka lebih ceria.

Turut menjayakan watak dalam filem Kathy Bates sebagai Helen Givings, Kathryn Hahn (Milly Campbell), David Harbour (Shep Campbell), Michael Shannon (John Givings), Richard Easton (Howard Givings), Zoe Kazan (Maureen Grube), dan Jay O Sanders (Bart Pollock).

DiCaprio juga tersenarai sebagai penerima pendapatan tertinggi di Hollywood dan kelompok 50 pelakon kacak menerusi majalah People. Selain itu, dia dinamakan sebagai antara individu yang berpengaruh dalam dunia dalam majalah Time serta tersenarai 100 Pelakon Lelaki Paling Seksi dalam majalah Empire.

Selain berlakon, DiCaprio mula terbabit dalam penerbitan filem. Sebagai penerbit, filem pertama dihasilkan ialah Akira.

Pada 2009, DiCaprio turut menantikan lakonannya menerusi filem The Chancellor Manuscript sebagai Peter Chancellor, The Rise of Theodore Roosevelt (Theodore Roosevelt), The Nice World San (Swamy), Brave New World (John The Savage) dan The Wolf of Wall Street (Jordan Belfort).

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: