GB Bersemangat Terbit, Dan Edar Filem

6 Jan

Menjangkakan tahun ini memberi cabaran lebih getir kepada filem tempatan

MENUTUP tirai tahun 2008, Grand Brilliance Sdn Bhd (GB) yang kini dikenali sebagai Primeworks Studios Sdn Bhd, terus melangkah ke hadapan memasuki tahun 2009 sebagai syarikat penerbitan filem yang menjadi tonggak industri perfileman tanah air kita.

Ini terbukti dengan kejayaan kutipan “box-office” filem terbitan, edaran dan usahasama GB sepanjang tahun 2008.

Berdasarkan laporan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) kutipan filem yang ditayangkan pada sepanjang tahun 2008, sejumlah 26 judul filem tempatan sudah dan sedang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air.

Daripada jumlah itu, sebanyak 14 judul filem adalah hasil edaran, terbitan dan usaha sama GB dengan rakan-rakan syarikat penerbitan.

Pengurus Besar Filem Dan Drama, Primeworks Sdn Bhd, Ahmad Puad Onah berkata, jumlah keseluruhan kutipan kasar filem tempatan pada tahun 2008 adalah sebanyak RM38.884 juta (setakat 23 Disember).

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM29.214 juta adalah hasil kutipan filem daripada GB.

“Ini bermakna filem-filem yang melalui “sentuhan” GB mencatatkan 77 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan.

“Pada tahun 2008, GB juga mengadakan usaha sama dengan syarikat Singapura, Jack Neo Film, bagi menerbit dan mengedarkan filem seperti Money No Enough 2 yang berjaya mengutip sebanyak RM4.62 juta di Malaysia dan kira-kira RM11.52 juta di Singapura dan sebuah lagi filem dengan usaha sama syarikat Indonesia Love dengan kutipan RM250,000 di Malaysia Rupiah 7.9 billion kutipan di Indonesia,’ katanya.

Menurutnya, selain itu, GB berjaya menayangkan pelbagai filem luar negara antaranya Thailand, Indonesia, Hong Kong, Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk sajian penonton di Malaysia.

“Bagi memastikan kejayaan ini diteruskan, GB membuka tirai tahun 2009 dengan tayangan filem komedi Sifu & Tongga arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen dengan lakonan Saiful Apek, Nabil, Erra Fazira, Piee dan Fauziah Gous.

“Flem ini bakal menggegar pawagam seluruh Malaysia mulai Januari 2009. Ini diteruskan dengan barisan filem menarik antaranya Rasukan Ablasa, Janin, Talentime, Bohsia, Pisau Cukur dan banyak lagi,’ jelasnya.

Ahmad Puad berkata, dalam keadaan negara dijangka menghadapi kelembapan ekonomi tahun depan, GB tidak putus semangat untuk terus menyajikan filem kepada penonton sebagai hiburan dan santapan rohani.

GB berharap agar industri perfileman tanah air akan terus mendapat sokongan daripada semua pihak, terutama rakan-rakan media serta para penggemar filem.

Berita Harian

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: