Inspirasi Rakan Berusia

6 Jan

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my

Nur Aziana yang baru berusia 17 tahun tidak pernah menganggap dirinya masih bawah umur.


NUR AZIANA bersedia menghadapi cabaran yang mendatang.

WALAUPUN hanya berusia 17 tahun, Nur Aziana Mohd. Fadzil yang baru tamat pengajian tingkatan lima tidak pernah menganggap dirinya masih di bawah umur.

Sejak di bangku persekolahan lagi, Nur Aziana yang lebih mesra dipanggil Yana sudah biasa bergaul dengan rakan-rakannya yang telah menjangkau usia 20-an dan mempunyai kerjaya profesional.

Secara tidak langsung, katanya, pergaulan tersebut mematangkannya dari segi pemikiran dan dalam membuat sebarang keputusan.

Dia juga menjadikan rakan-rakannya yang lebih berusia itu sebagai sumber inspirasi untuknya menempa kejayaan yang sama sekali gus mendorongnya belajar bersungguh-sungguh.

Bagaimanapun, Yana tidak menafikan dia masih mempunyai naluri remaja dan tidak pernah bertindak seperti orang dewasa.

Kosmo! memberikan Yana peluang menjawab lima soalan.

Kosmo!: Apakah azam tahun baru anda?

Yana: Saya baru sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya berharap memperoleh keputusan cemerlang supaya dapat menyambung pelajaran ke universiti. Saya mahu belajar bersungguh-sungguh dan tidak mahu merugikan masa remaja saya. Saya telah bersedia menghadapi cabaran akan datang.

Jika diberi dua pilihan, skirt dan seluar, manakah yang anda lebih suka?

Saya seorang yang simple dari segi pakaian. Saya lebih gemar memakai seluar jean dan baju-T untuk ke mana sahaja. Bagaimanapun, saya masih mempunyai beberapa koleksi skirt yang dipakai sekali-sekala.

Antara Orlando Bloom dan Johnny Depp, manakah yang anda lebih minati?

Orlando Bloom, sebab saya rasa dia lebih kacak.

Bagaimanakah anda menilai negara kita sepanjang tahun 2008?

Bagi saya tahun 2008 merupakan tahun yang penuh dengan kejadian yang akan menjadi ingatan setiap rakyat. Ini kerana ia dipenuhi dengan kontroversi politik dan kenaikan harga barang yang sangat membebankan pengguna.

Apakah yang anda tahu mengenai isu dunia?

Ekonomi merudum dan ada satu ketika harga minyak melambung begitu tinggi sekali gus membangkitkan kemarahan penduduk dunia.

Kosmo

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: