Aura Segar Hilary Duff

8 Jan

SUSULAN kejayaan wangian pertamanya, selebriti barat terkenal, Hilary Duff, kini tampil dengan haruman terbarunya, Wrapped with Love.

Wangian yang mula dilancarkan pada Disember lalu itu dihasilkan daripada gabungan bunga dan buah-buahan yang memberikan haruman penuh kelembutan serta romantik.

Selain itu, ia turut mengandungi adunan susu, biji vanila, rasberi, citrus serta tembikai susu yang membawa aura segar kepada pemakai.

Haruman ini dihasilkan daripada ilham sifat Hilary sendiri yang dikatakan penuh keseronokan serta kenakalan, sesuai dengan umurnya yang masih remaja.

Ia hadir dalam botol kristal merah jambu yang dihiasi kuntuman bunga serta dikemaskan dengan penutup hijau lutsinar.

Wangian terbaru berkenaan boleh didapati dalam bentuk semburan eau de parfum (EDP) 50 mililiter pada harga RM185 di kaunter Elizabeth Arden terpilih di seluruh negara.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: