Sienna Miller Tersingkir Kerana Cantik

13 Jan


Sienna Miller

Kejelitaan aktres Britain buat Russell Crowe tampak terlalu tua

LONDON: Ketika kecantikan kerap dijadikan tahap kelayakan utama untuk seseorang wanita mendapat kerja, berlainan pula halnya dengan pelakon seksi kelahiran Britain, Sienna Miller, apabila digugurkan daripada senarai pelakon filem pembuatan semula Robin Hood, Nottingham.

Dia dilaporkan digugurkan kerana tubuh langsing dan kecantikannya membuatkan pasangannya dalam filem itu kelihatan hodoh dan teruk.

Miller sepatutnya memegang watak ‘Maid Marian’ yang bergandingan dengan pelakon handalan yang pernah meraih Oscar, Russell Crowe.

Aktres berusia 26 tahun itu dilaporkan terlalu kurus untuk watak itu dan dibimbangi ia membuatkan Crowe kelihatan hodoh ketika menjayakan beberapa adegan intim.

Crowe, 44, masih belum berjaya menurunkan berat badan yang dicapai untuk menjayakan watak dalam filem Body of Lies, sebagai bekas wartawan yang memburu pengganas.

Bimbang watak Robin yang tua dan hodoh akan menjadi bahan ketawa apabila bersama dengan Maid Marian yang kecil molek, Miller akhirnya digugurkan.

Sumber memberitahu akhbar New York Post: “Keadaan memang kelam kabut. Russell belum hilang berat badan. Oleh itu, adegan asmara antara dia dan Sienna pasti menjadi bahan ketawa. Russell kelihatan amat tua dan gemuk sedangkan Sienna masih muda dan menawan.

“Kini produser sibuk mencari aktres lebih tua dan berisi untuk watak Maid Marian supaya Russell tidak kelihatan seperti seorang datuk. Seorang pelakon berusia lewat 30-an atau awal 40-an dicari.”

Berita itu nyata satu tamparan hebat kepada Miller sejak akhir-akhir ini. November lalu, dia digugurkan dari filem arahan Guy Ritchie, Sherlock Holmes – selepas bekas tunangnya, Jude Law, bersetuju memegang watak Dr Watson. – Agensi

Berita Harian

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: