Emma Enggan Dikaitkan Dengan Julia Roberts

16 Jan


Emma Roberts

Anak saudara pelakon terkenal Hollywood nekad berdikari

NEW YORK: Setiap kali membicarakan mengenai aktres remaja Hollywood, Emma Roberts, tidak sah tanpa mengaitkan dia dengan pelakon wanita ternama, Julia Roberts, kerana Emma adalah anak saudara kepada bintang jelita itu.

“Saya sudah biasa dengannya. Memang agak mengecewakan tetapi mereka adalah keluarga saya, jadi, saya sudah biasa dengan kaitan itu,” kata anak kepada abang Julia, Eric, berusia 17 tahun itu.

Namun, apa yang lebih membanggakan ialah Roberts semakin mencipta nama tanpa bersandar kepada populariti ibu saudara dan bapanya.

Sejak mula berlakon pada usia sembilan tahun dalam filem Blow yang turut dibintangi Johnny Depp, Roberts sudah pun membintangi siri Nickelodeon, Unfabulous dan baru mengeluarkan album pertamanya, ‘Unfabulous and More.’

Kini, peranan utama semakin memburu aktres remaja itu. Beliau membintangi filem Nancy Drew pada 2007 dan Wild Child pada tahun lalu. Jumaat ini, filem terbarunya, Hotel for Dogs, mula menemui penonton.

Dalam filem itu, Roberts, seorang anak yatim membuka sebuah hotel untuk anjing bersama-sama dengan adik lelakinya lakonan Jake T Austin. Ia filem kanak-kanak mengenai remaja dan anjing mencari tempat penginapan.

Ia turut dibintangi beberapa pelakon berbakat lain termasuk Don Cheadle dan Lisa Kudrow.

“Saya mahu berlakon watak dewasa tetapi saya tidak mahu berkata tidak akan berlakon filem kanak-kanak lagi kerana ramai lagi pelakon yang bagus,” katanya.

Pelakon remaja yang dipilih oleh majalah Vanity Fair di kalangan ‘Gelombang Baru Hollywood’ tahun lalu – bersekolah di rumah sepanjang hidupnya dan kini memohon memasuki kolej untuk mengambil mata pelajaran sastera.

Katanya, ketika dia tidak mampu menolak ‘projek hebat’ jika ditawarkan, Roberts menegaskan mahu memberi tumpuan kepada pelajaran di kolej. – AP

Berita Harian

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: