Penduduk Beijing Rai Tahun Baru Cina

26 Jan


BEBERAPA penari memakai kostum lembu jantan dalam satu persembahan menjelang sambutan Tahun Baru Cina di Beijing semalam. – AP

BEIJING – Ratusan juta penduduk di sini memenuhi kuil, menaiki kereta api untuk pulang ke kampung bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina semalam.

Jalan-jalan raya utama turut lengang dan ibu kota China itu kelihatan seperti zon perang kerana bunyi letupan bunga api dan mercun kerap kedengaran.

Letupan bunga api itu dipercayai akan menakutkan roh jahat dan menarik Dewa Kekayaan datang ke pintu rumah penduduk sejurus ketibaan Tahun Baru Cina.

Penduduk Cina meraikan perayaan itu yang jatuh pada tahun Lembu Jantan.

Di sebuah kuil di sini, orang ramai mengunjungi satu pesta yang mempamerkan pelbagai kebudayaan tradisional termasuk persembahan tarian.

“Sama seperti orang lain, saya berharap kehidupan pada tahun ini adalah lebih baik daripada tahun lalu,” kata seorang peguam, Angela Ahu.

Seorang eksekutif, Liu Bing berkata, dia berharap sesuatu yang baik akan berlaku dalam tahun ini.

“Saya berpendapat, tahun ini, kami akan menyaksikan China akan terus maju dan menjadi lebih penting,” katanya.

Berjuta-juta penduduk dijangka menonton program Festival Musim Panas di televisyen yang disertai oleh aktor Jackie Chan dan penyanyi Taiwan, Jay Chou.

Terdapat beberapa pantang larang sempena tahun baru itu.

Seseorang yang menangis pada tahun baru merupakan petanda bahawa kesedihan melanda sepanjang tahun.

Mereka yang membasuh rambut pada tahun baru akan menolak tuah manakala kekayaan bakal terputus jika menggunakan pisau atau gunting. – Reuters

Kosmo

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: