Obama Gesa Rakyat As Berkorban

27 Jan

Acara sambutan pengangkatan berjalan dengan kawalan
paling ketat

WASHINGTON: Bakal presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menggesa rakyat Amerika supaya berkorban untuk mengatasi peperangan dan krisis ekonomi, sewaktu jutaan penduduk termasuk selebriti terkenal menyertai bermulanya sambutan bagi pengangkatan beliau sebagai Presiden Amerika ke-44 kelmarin.

‘Sepanjang sejarah, hanya segelintir generasi diminta berdepan dengan cabaran yang serius seperti yang kita hadapi sekarang. Negara kita sedang berperang. Ekonomi kita dalam krisis,’ kata Encik Obama.

‘Tetapi jangan lupa, jati diri sebenar bangsa kita dipaparkan bukan semasa senang dan selesa tetapi dengan tindakan tepat yang kita lakukan pada saat sukar,’ tegas Encik Obama di Lincoln Memorial kelmarin.

‘Saya meminta anda semua memaparkan perwatakan itu sekali lagi,’ tambah beliau.

‘Saya yakin Amerika akan sentiasa bertahan dan teguh, agar impian pengasas negara itu terus hidup bersama kita,’ tegas beliau.

Sambutan kelmarin diserikan dengan persembahan oleh U2, Bruce Springsteen dan Stevie Wonder.

Bruce Springsteen memulakan konsert perayaan dengan lagu beliau The Rising, manakala U2 mempersembahkan Pride (In the Name of Love) sebagai penghormatan kepada mendiang pejuang hak asasi Rev. Martin Luther King Jr.

Selebriti lain yang turut membuat persembahan ialah Beyonce, Mary J. Blige dan sejumlah artis lain – Jon Bon Jovi, John Legend, Shakira dan James Taylor.

Bagaimanapun, Encik Obama dan bakal Naib Presiden Encik Joseph Biden tidak lupa untuk meletak jambak bunga di tugu peringatan perang ‘Tomb of the Unknown Soldier’ di Pusara Arlington.

Encik Obama dan isterinya, Michelle, kemudian menaiki kereta presiden, Cadillac berperisai dengan nombor plat ’44’ sempena jawatan sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat.

Sabtu lalu, dalam perjalanan menaiki kereta api dari Philadelphia ke Washington, laluan mengikuti jejak presiden Abraham Lincoln, Encik Obama menggesa rakyat Amerika supaya menghayati Deklarasi Kemerdekaan yang bebas daripada fahaman perkauman dan fikiran yang sempit.

Meskipun tiada sebarang ancaman terhadap Encik Obama, pihak berkuasa telah meningkatkan langkah keselamatan ke tahap paling tinggi, kata Setiausaha Dalam Negeri, Encik Michael Chertoff.

Pada 13 Januari lalu, Presiden George W. Bush mengisytiharkan keadaan darurat di Washington dari 17 hingga 21 Januari, semasa sambutan pengangkatan Encik Obama.

Pihak berkuasa mengerahkan pasukan keselamatan terdiri lebih daripada 40,000 orang, termasuk 7,500 askar, 10,000 askar Pengawal Kebangsaan dan 25,000 pegawai penguatkuasa undang-undang. Ini jauh mengatasi 30,000 askar Amerika yang ada di Afghanistan. — Agensi.

Cyberita

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: