Inul Hamil 5 Bulan

8 Feb


INUl memiliki 38 kelab karaoke di Jakarta dan Bali.

Penyanyi dangdut gembira bakal dapat cahaya mata selepas 13 tahun mencuba

JAKARTA: Penyanyi dangdut terkenal dan pernah mencetuskan kontroversi di Indonesia, Inul Daratista begitu teruja dan tidak sabar untuk menjadi ibu, apabila kini hamil lima bulan, selepas menunggu selama 13 tahun.

Inul yang mengesahkan menggunakan kaedah tabung uji untuk hamil berkata sebelum ini beliau melalui pelbagai rawatan dan tidak putus asa walaupun walaupun terpaksa menunggu terlalu lama.

“Saya memang tidak sabar untuk menjadi ibu. Saya sudah menunggu terlalu lama dan menghabiskan ratusan juta rupiah untuk membiayai perbelanjaan perubatan sehingga ke Singapura. Bagaimanapun, saya bersyukur penantian saya berakhir dengan kegembiraan,” katanya.

Inul juga mengaku beliau amat berhati-hati menjaga kesihatannya bagi memastikan bayi yang dikandungnya selamat.

“Doktor menasihatkan saya supaya sentiasa menjaga pergerakan dan mengurangkan kegiatan, tambahan pula bayi dalam kandungan saya ini ‘mahal’,” katanya.

Inul berkata beliau pernah hamil sekali pada 2007, bagaimanapun mengalami keguguran selepas dua minggu.

“Saya sungguh sedih ketika itu, namun saya tidak putus asa untuk berusaha lagi,” kata Inul atau nama sebenarnya, Ainur Rokhimah.

Beliau juga mengaku selera makannya meningkat dan buat masa ini, Inul tidak begitu mempedulikan bentuk tubuhnya serta berat badan yang kian meningkat.

“Ketika proses tabung uji, saya diberi banyak vitamin dan pil hormon, mungkin itu punca selera saya meningkat. Saya pasti akan berusaha menurunkan berat badan selepas bersalin empat bulan lagi,” katanya.

Mengenai kerjaya seninya, Inul berkata. beliau kini menyertai bidang perniagaan dengan membuka sebuah restoran dan kelab malam di Bali. Beliau sudah memiliki 38 kelab karaoke di Jakarta dan Bali setakat ini.

“Ia sebagai persediaan masa depan apabila saya tidak lagi menyanyi,” katanya. – Agensi

Berita Harian

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: