Kutukan Tidak Halang Berdakwah

6 Mar

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Meskipun gosip menonton wayang dengan penyanyi Waheeda sudah dijawab, kesannya terutama kritikan orang ramai menerusi Internet menyebabkan nama Akhil Hayy selaku pendakwah bebas tercemar.

Malah, orang ramai menjadikan ruang komentar laman portal hiburan di Internet sebagai sasaran kutukan dengan mendakwa apa yang berlaku tidak sesuai dengan penampilan Akhil sebagai pendakwah dan digelar ustaz.

Mengulas hal terbabit, Akhil berkata, apa yang berlaku membuktikan kelemahan dunia tanpa sempadan apabila individu tertentu mengambil kesempatan menyerang orang lain termasuk artis.

“Dunia artis ada daya tarikan sehingga mereka yang bergelar selebriti sentiasa dipandang orang ramai. Bila wujud sesuatu gosip, mereka berselindung di sebalik dunia tanpa sempadan untuk menghentam sedangkan tidak tahu hujung pangkal sesuatu isu.

“Dalam gosip membabitkan diri saya, banyak kritikan ditulis hingga saya tidak tergamak membacanya kerana terlalu keras.

“Saya ingin terangkan di sini, saya tidak pernah meletakkan ustaz pada nama saya dan gelaran itu menyebabkan saya dibelasah secukup-cukupnya dalam Internet,” katanya ketika ditemui.

Akhil yang terkenal dengan gelaran Ustaz Rock, berkata individu yang sewenang-wenangnya menghentamnya di Internet percaya bulat-bulat spekulasi disebarkan melalui media.

Dia ingin ingatkan bahawa Allah melaknat orang membuat fitnah.

“Media selalu mengatakan peminat mempunyai hak untuk tahu, tetapi artis juga mempunyai hak peribadi. Ia boleh diumpama seperti orang datang ke rumah saya, sepatutnya selepas memberi tiga salam tidak berjawab, bermakna saya tidak mahu tetamu itu masuk dan dia seharusnya pulang.

“Bagaimanapun, keadaan ini berlainan. Walaupun tiga salam tidak berjawab, mereka bertindak menggegarkan pintu rumah untuk menekan saya,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang menghentamnya tanpa usul periksa mungkin mahu menutup kelemahan diri mereka.

“Mereka mungkin ada masalah dan menjadikan ruang di Internet untuk menyerang saya bagi melepas geram. Sepatutnya kita kena berbaik sangka, jika ada bukti sekalipun tentu ada sebab musababnya,” katanya.

Akhil berkata, walaupun dikecam, perkara itu tidak menggugat usaha menyebarkan dakwahnya.

“Jika orang ramai tidak memerlukan saya pun, saya tetap memperjuangkan usaha dakwah untuk Allah,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: