Saus Kacang Masuk Panggung

7 Mar


Ashraf dan BCL dua pelakon utama dalam filem Saus Kacang.

Sebanyak 28 filem berada di pawagam sepanjang minggu ini

MENGIKUT laman sesawang Golden Screen Cinema (GSC) iaitu gsc.com.my, terdapat 28 filem sedang ditayangkan ketika ini. Daripada jumlah itu, ada dua filem berbahasa Melayu (terbitan tempatan), empat filem dalam bahasa Cina (Hong Kong), dua filem berbahasa Hindi dan masing-masing satu dalam bahasa Thailand dan Tamil.

Filem Rasukan Ablasa adalah dua filem tempatan yang sedang ditayangkan dan dilaporkan mencatatkan kutipan kasar sekitar RM500,000 saja selepas seminggu ditayangkan, satu pencapaian yang dianggap kurang memberangsangkan.

Ia sudah tentu jauh berbeza dengan pencapaian filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula yang masih mendapat sambutan baik daripada orang ramai.

Filem yang menampilkan watak Upin dan Ipin sebagai tarikan utama ini masih berada dalam senarai 10 filem yang mencatatkan kutipan terbaik sepanjang minggu lalu.

Sementara itu, pengarah filem Rasukan Ablasa, Profesor Madya A Razak Mohaideen mengaku kutipan agak rendah terhadap filem arahannya itu memang sudah dijangkakan.


Yasmin dan Jaclyn dalam majlis tayangan amal Talentime sebelum dipertontonkan kepada umum pada 26 Mac depan.

“Pertamanya, filem ini sudah lama disiapkan dan baru sekarang disiapkan. Faktor kedua, filem ini juga membariskan pelakon baru dan muda yang belum dikenali lagi,” katanya.

Nampaknya filem Rasukan Ablasa masih menghadapi kesukaran untuk mencapai kutipan RM1 juta walaupun ia tidak mustahil kerana masih ada seminggu lagi ditayangkan jika mengikut peraturan Wajib Tayang.

Minggu depan, filem Sayang You Can Dance arahan Bjarne Wong dan satu lagi boleh dianggap filem indie berjudul Jin Hutan daripada , kedua-duanya akan mula ditayangkan serentak pada 12 Mac. Ini diikuti dengan filem Talentime arahan Yasmin Ahmad pada 26 Mac. Cukup mengenai filem ini kerana ia menggabungkan Azean Irdawaty dan anaknya, Elza Irdalyyna, selain kemunculan sulung Jaclyn Victor ke layar perak. Pelakon lain filem Talentime ialah Mohd Syafie Naswip, Harith Iskandar, Mislina Mustafa, Adibah Noor dan Mahesh.

Dalam pada itu, filem Saus Kacang yang menggandingkan pelakon suami dan isteri dari dua negara, Ashraf Sinclair dan Bunga Cinta Lestari (BCL) dilaporkan akan masuk ke panggung negara ini tidak lama lagi. Filem arahan Indrayanto Kurniawan ini masih berkisarkan kepada kisah cinta dengan berlatarkan di Bali.

Ceritanya bermula dengan Dewi (lakonan Bunga Cinta Lestari) menjadi ketua tukang masak di sebuah hotel lima bintang di Bali. Kegagalannya dalam bercinta beberapa kali menyebabkan dia tidak berminat untuk memikirkan soal teman hidup. Sebaliknya dia lebih suka menumpukan kerjanya saja.

Bagaimanapun, ia berubah apabila bertemu dengan Fredo (Ashraf Sinclair). Fredo ialah pelancong Malaysia yang sangat cerewet. Dia bercuti ke Bali bersendirian meninggalkan tunangnya, Mae (Marsha). Sepanjang menginap di hotel tempat Dewi bekerja, Fredo asyik merungut saja dan sering memarahi pekerja hotel.

Dewi cuba menangani masalah yang menjadi rungutan Fredo kerana baginya ‘tidak ada tetamu yang tak boleh dihadapi’. Adakah Dewi berjaya melembutkan hati Fredo kerana pada sama dia juga sering dikunjungi teman lelakinya, Manu (Christian Sugiono).

Selain Saus Kacang, beberapa filem baru juga akan masuk ke panggung sepanjang tempoh seminggu ini, seperti Watchmen, City Of Amber, Dragonball Evolution, Soul Men, Race To Witch Montain dan Tale of Desparaux.

Carta Pecah Panggung

1 Street Fighter: Legend Of Chun-Li
2 Love Matters3 Geng: Pengembaraan Bermula 4 Punisher: War Zone
5 Rasukan Ablasa 6 Kung Fu Chef
7 Seven Pounds
8 The Curious Case of Benjamin Button
9 Slumdog Millionaire

10 Sex Drive

Berita Harian

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: