Bermulanya Babak Panas!

10 Mar


SHAHID dan Priyanka bakal mengejutkan penonton menerusi babak-babak lakonan mereka dalam filem, Kaminey.

SUDAH lama filem Bollywood tidak muncul menggemparkan dengan adegan panas hero dan heroinnya. Namun filem terbaru arahan Vishal Bhardwaj berjudul Kaminey dijangka memanaskan pawagam dengan aksi dua pelakonnya, Shahid Kapoor dan Priyanka Chopra.

Apa yang panas adalah filem genre aksi drama romantik turut apabila ia memaparkan aksi-aksi panas asmara antara Shahid dan Priyanka. Malah dalam satu adegan Shahid dikatakan mendedahkan tubuhnya dalam adegan menunggang kuda.

Satu sumber memberitahu: “Kaminey bakal mengubah imej Shahid selama ini. Ia akan meletakkan Shahid sebagai antara bintang Bollywood paling hangat masa kini dan dia begitu teruja mengalami pengalaman baru sepanjang terbabit dengan filem itu, ujar sumber kepada Glamsham.

Sementara pada sambutan hari jadinya yangke-28 baru-baru, Shahid dilaporkan berasa dirinya 28 tahun lebih muda berbanding usianya. Seorang rakannya memberitahu: “Shahid mahu berasa seperti muda sentiasa dan sebab itu dia menolak untuk melakonkan watak yang lebih tua berbanding usianya.”

Kosmo

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: