Pengkritik Tetap Luahkan Pandangan

20 Mar

Teks oleh Ellyna Ali 

Transformasi yang sedang dan akan dilakukan dalam Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7) ini turut menarik perhatian ketiga-tiga juri tetapnya iaitu penghibur terkemuka Dato’ Khadijah Ibrahim, Edrie Hashim serta Adlin Aman Ramlie.

Adlin yang baru saja mengikat tali pertunangan bersama Emelda Rosmila berkata secara keseluruhan dia begitu berpuas hati dengan pemilihan kesemua 14 pelajar AF7 pada tahun ini.

“Sepanjang pengalaman menjadi pengkritik tetap AF sebelum ini, saya secara peribadi berasakan bahawa pemilihan vokal pelajar AF7 kali ini cukup baik sekali jika dibandingkan dengan beberapa musim terdahulu. Masing-masing mempunyai stail dan karektor yang berbeza selain kekuatan vokal tersendiri.

 

“Tentang ketiadaan tagline dan lagu Menuju Puncak daripada pelajar-pelajar AF7 minggu ini, saya rasa ia bukan satu masalah yang besar. Bagi saya, semua benda itu sangat remeh-temeh.

“Satu lagi, pihak produksi Astro mempunyai hak untuk mengekalkan kedua-dua elemen itu atau pun sebaliknya. Kalau rasa tidak sedia untuk tampilkan pelajar-pelajar itu dengan Menuju Puncak, tidak payahlah buat,” katanya.

Sungguhpun begitu, Adlin berkata, sudah sampai masanya pihak produksi serta tenaga pengajar di fakulti hiburan itu memikirkan cara untuk membentuk pelajar ini dengan lebih efektik menerusi bakat, potensi serta keupayaan mereka.

“Apa yang perlu sekarang ini adalah membantu kesemua pelajar AF7 ini mencari hala tuju mereka bukan create mereka seperti apa yang kita inginkan. Kita harus bantu mereka untuk create diri mereka sendiri menerusi bakat, potensi dan keupayaan diri masing-masingi,” katanya.
 

Pendapat Adlin itu disokong penuh Dato’ Khadijah atau Dato’ Kathy.

“Saya setuju mereka harus menjadi seorang yang versatile tetapi untuk menjadikan mereka versatile, saya rasa tidak perlu bagi mereka untuk menguasai pelbagai jenis genre muzik atau lagu. Lagipun, tidak semua penghibur yang bagus itu versatile. Bagi saya, mereka harus fokuskan dengan kelebihan yang mereka ada.

“Kalau mereka itu bagus menyanyi R&B, tumpukan mereka dengan genre muzik seperti itu. Kalau mereka bagus dengan rock, bagi mereka penekanan dengan muzik tersebut,” katanya. 

Khaty berkata, dia berasa bangga apabila berpeluang menjadi sebahagian daripada team produksi AF7 menerusi tugasnya sebagai pengkritik tetap bersama-sama dengan Edrie dan Adlin.

“Ini juga kali pertama saya menjadi pengkritik dalam mana-mana program realiti TV. Keinginan untuk diundang sebagai pengkritik sebelum ini memang ada tetapi kesibukan saya terbang ke sana-sini selalu menghalang saya.

“Kalau hendak diikutkan, saya sepatutnya berada di Paris untuk menjayakan program anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia tapi disebabkan AF7, pulang dari Berlin dengan segera,” katanya.

Sementara itu Edrie pula berkata, dia bangga dengan keupayaan kesemua 14 pelajar AF7 pada kali ini.

“Sebagai salah seorang juri yang mengikuti siri ujibakat mencari pelajar AF7 di beberapa lokasi sebelum ini, saya lihat pemilihan vokal mereka sangat bertepatan sekali. Saya juga bersetuju dengan pemilihan Datin Seri Tiara (Jacquelina) sebagai seorang pengetua AF7 pada kali ini kerana dia punya kredibiliti tersendiri.

“Bagi saya, kita sudah ada ramai penyanyi sekarang tapi, kita masih kekurangan bintang. Saya rasa Tiara sangat faham akan konsep ini. Saya percaya dia seorang boleh melahirkan bintang baru dalam AF7 ini,” kata Edrie. 

 

Murai

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: