Willis Kahwin Model Pakaian Dalam

24 Mar


WILLIS dan Heming berkahwin di Kepulauan Turks dan Caicos, Caribbean pada Sabtu lalu.

LOS ANGELES – Selebriti terkenal, Bruce Willis menikmati percutian bulan madu setelah mengahwini kekasihnya yang juga model pakaian dalam, Emma Heming pada Sabtu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Willis berkahwin di rumah miliknya di Kepulauan Turks dan Caicos, Caribbean.

Majlis itu dihadiri oleh sejumlah tetamu khas termasuk bekas isteri Willis, Demi Moore dan suaminya, Ashton Kutcher.

Hero Die Hard berumur 54 tahun itu mula berkenalan dengan isterinya yang berumur 30 tahun menerusi seorang kenalan sebelum mereka keluar bersama pada tahun lalu.

Seorang pegawai publisiti Willis berkata, pasangan itu akan mengadakan majlis perkahwinan menurut undang-undang sivil apabila mereka pulang ke California kelak.

Willis dan Moore berkahwin selama 13 tahun sebelum berpisah pada 2000.

Tiga anak gadis mereka, Rumer, 20, Scout, 17, dan Tallulah, 15, turut hadir pada majlis tersebut. – Agensi

Kosmo

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: