Dedah Derita Anak HIV

25 Mar

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Rap
SINDROM Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) adalah gejala pelbagai penyakit kronik yang menimpa manusia disebabkan sejenis virus yang dipanggil HIV.
Paling menyayat hati apabila penyakit maut berkenaan turut menimpa individu yang tidak bersalah dan tidak mengetahui apa-apa seperti kanak-kanak.

Ibarat pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, sukar sebenarnya menyelami isi hati pesakit yang diselubungi keresahan selepas mengetahui penyakit dialami.

Lebih sukar, bagaimana menempuh hari mendatang serta penerimaan anggota keluarga dan masyarakat sekeliling.

Justeru, produksi Eurofine Sdn Bhd mengilhamkan

program dokumentari, Jelajah Kasih sebagai iktibar semua pihak.

Program 13 episod ini merakamkan perjalanan pesakit HIV/Aids di Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim) atau lebih dikenali Pusat Perlindungan Pernim.

Ia bakal disiarkan di TV1 setiap Isnin jam 11 pagi bermula 27 April ini.

Pengarah Urusan Eurofine, Ida Rahayu Md Noor berkata, penerbitan program berkenaan diharap dapat memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai gejala penyakit disamping mewujudkan kesedaran kepada generasi muda yang kerap terbabit dengan gejala negatif sehingga mendorong kepada penyakit itu.

“Program ini adalah satu kempen bagi mewujudkan kesedaran kepada masyarakat. Secara tidak langsung menepis stigma dan tanggapan negatif yang dilemparkan terhadap penghidap HIV/Aids dan anggota keluarga mereka.

“Menerusi program ini juga, kita memberi peluang kepada kanak-kanak di Pernim untuk bertemu dan menyambung semula perhubungan silaturahim dengan keluarga mereka yang terpisah disebabkan keadaan dan pelbagai faktor lain,” katanya ketika majlis pelancaran program berkenaan, baru-baru ini.

 

 

Di samping program majalah itu, Eurofine yang ditubuhkan sejak 1991 turut aktif menerbitkan beberapa program seperti telefilem Demi Kasih, Airmata Buaya, Genggam Tak Iris dan Kasih Zahra.

Siri dokumentari pula antaranya Minda dan The Other Sides of Food manakala drama bersiri seperti Bara Yang Kugenggam, Lara Noktah Pilu yang dijadualkan siarannya April ini.

Jelajah Kasih menampilkan pelakon terkenal, Haliza Misbun sebagai pengarah dan perantara memaparkan kisah hampir 30 kanak-kanak yang mengidap HIV/Aids.

Setiap episod memaparkan kisah sedih kanak-kanak terbabit. Kru penerbitan menjelajah hampir seluruh negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Bagi Haliza peluang membabitkan diri dalam program realiti bercorak kebajikan seperti itu sememangnya dinantikan.

Malah, secara tidak langsung ia mengajarnya menjadi lebih matang menjalani kehidupan pada masa akan datang.

“Memang saya sentiasa mengintai peluang untuk terbabit dalam program seperti ini. Ia berbeza daripada lakonan mahupun dokumentari yang pernah dirakamkan sebelum ini.

“Saya sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru. Selepas mendapat tawaran daripada Eurofine, tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju mengarahkan program berbentuk sebegini,” katanya.

Sementara itu, pengasas Pusat Perlindungan Pernim, Nurlina Alawi menyambut baik usaha dilakukan Eurofine dan RTM dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik itu.

Katanya, sejak menubuhkan pusat berkenaan pelbagai iktibar diperoleh membabitkan kanak-kanak itu.

“Kami amat terharu dengan usaha dilakukan penerbitan dalam membela nasib anak-anak ini yang tidak bersalah. “Sejajar dengan penubuhan pusat pemulihan ini iaitu memberi perlindungan dan sebagai keluarga besar kepada anak yatim, anak yang kematian ibu bapa disebabkan HIV/Aids serta anak terbiar dan gadis teraniaya.

“Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dalam membantu memikul tanggungjawab menguruskan segala keperluan anak di Pernim,” katanya.

Menurut rekod, Pernim yang beroperasi di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur mempunyai lebih 60 penghuni.

Mereka yang ingin membantu dan mendapat maklumat lanjut layari laman web http://www.pernim.com atau hubungi 03-42950775.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: