Borak Lokasi: Manfaat Pengalaman Dalam Tugas

26 Mar

Rap
TUGAS Pengurus Pentas, Abdullah Ibrahim, 32, sememangnya berdepan pelbagai ujian. Abdullah atau lebih popular dengan gelaran Dollah bukan hanya perlu memastikan penonton memberi kerjasama, malah menjadi rujukan utama ketika rakaman berlangsung.

Dollah yang bertugas sebagai Pengurus Pentas menerusi program Kelab Pop mengakui cukup selesa dengan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Justeru, tidak mustahil jika kebanyakan program hiburan Astro seperti Akademi Fantasia, Raja Lawak dan Sehati Berdansa turut menggunakan khidmatnya sebagai Pengurus Pentas.

“Bagi mereka yang baru hendak memulakan tugas ini agak rumit memandangkan perlu berkomunikasi dengan jelas dan mengikut ketetapan ketika proses penggambaran berlangsung. Sebagai Pengurus Pentas, saya perlu memastikan penonton bekerjasama dengan memberi sorakan kepada peserta selain mengikut jadual yang ditetapkan.

“Selain itu, saya juga berperanan sebagai rujukan kepada pengacara dan peserta dengan menunjukkan di mana kamera yang berfungsi. Saya juga perlu menguruskan studio dengan teratur supaya program berkenaan berjalan lancar.

“Memandangkan program ini membabitkan selebriti, justeru, saya tidak berdepan banyak masalah sangat untuk mengarahkan apa yang perlu dilakukan mereka. Saya juga melaksanakan tugas berdasarkan pengalaman mengendalikan program hiburan sebelum ini,” katanya.

Sepanjang penggambaran program berkenaan dia mengakui tidak berdepan banyak kesukaran memandangkan mempunyai pengalaman dalam bidang itu.

Menurutnya, masalah ketika rakaman jarang berlaku, malah disebabkan mahu menutup kesalahan yang berlaku atau mengikut permintaan pengarah, dia beberapa kali tampil di depan kamera.

“Tugas kadangkala menjadi sukar disebabkan penggambaran membabitkan beberapa episod. Disebabkan terlalu mengejar masa untuk memenuhi rakaman, kadangkala kami berdepan masalah kecil seperti keliru dan melakukan beberapa kesilapan seperti sebutan dan sebagainya.

“Penonton pula tidak berdepan banyak masalah dan sering memberi kerjasama ketika rakaman berlangsung kecuali penonton yang baru pertama kali hadir menyaksikan program berkenaan. Di sana, pasti timbul beberapa masalah membabitkan penonton.

“Bagaimanapun sebagai pengurus pentas, saya sentiasa memberi tip dan panduan kepada penonton untuk berhibur menyaksikan rakaman yang dijalankan. Jika bukan saya, pengacara juga memainkan peranan penting untuk meniup semangat penonton yang hadir menerusi pujian dan lawak jenaka spontan,” katanya.

 

 

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: