Jackson Mahu Tunggang Gajah Di Konsert

26 Mar

LONDON: Michael Jackson dilaporkan mendesak penganjur konsertnya di Britain supaya menyediakan seekor gajah bagi membolehkannya menunggang untuk berjalan masuk ke pentas sebagai memenuhi tema hutan ketika konsert terbabit.

Bintang pop itu yang bakal membuat persembahan di arena O2, London juga dilaporkan meminta penganjur menyediakan seekor harimau kumbang, ular, burung-burung tropika dan tiga ekor monyet sebagai set hutan dan memenuhi tema sarkas.

Penyanyi itu berharap dapat menggunakan khidmat 100 wira Masai untuk persembahan beliau Julai depan, kata satu laporan dalam The Mirror.

Satu sumber memberitahu akhbar itu: “Beliau berharap dapat membuat persembahan paling mengagumkan. Bagi segmen hutan, beliau mahu menunggang seekor gajah Afrika dengan diketuai harimau kumbang dalam sangkar emas. Burung kakak tua dan burung lain akan terbang di belakangnya. Rancangan berkenaan jika terlaksana akan kelihatan amat menakjubkan.”

Pihak penganjur difahamkan tidak dapat memenuhi permintaan bintang terbabit sambil menyifatkan ia membabitkan insurans yang tinggi dan undang-undang kebajikan binatang terbabit yang melarang penggunaan haiwan bukan tempatan dalam persembahan. – Agensi

Berita Harian

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: