Aniston Bersedia Jadi Ibu Tunggal

27 Mar


Jennifer Aniston

LOS ANGELES: Pelakon Jennifer Aniston, 40, dilaporkan begitu terdesak untuk memiliki anak sendiri sehingga menyatakan kesediaan menjadi ibu tunggal dengan mengambil anak angkat atau melahirkan bayinya sendiri menggunakan sperma penderma dan persenyawaan di luar rahim.

Bintang Marley and Me yang berpisah dengan pemuzik John Mayer awal bulan ini, juga bimbang dengan usianya semakin meningkat, sedangkan beliau masih bersendirian dan kesunyian.

Sumber yang rapat dengannya berkata: “Dalam dunia yang sempurna Jennifer mampu hamil secara semula jadi, namun jejaka idaman yang bersedia menjadi teman hidupnya belum muncul hingga sekarang.

“Kini beliau bersedia mengambil anak angkat, mencuba kaedah persenyawaan di luar rahim atau penyuburan in vitro (IVF). Beliau sedang menimbang semua kemungkinan, namun suatu perkara yang pasti, Jennifer mahukan anak secepat mungkin. Beliau juga bersedia menjadi ibu tunggal,” kata sumber itu yang dipetik majalah Life and Style Weekly. – Agensi

Berita Harian

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: