CAK: Linda Hamil Tiga Minggu?

29 Mar

Rap

DALAM rancak CAK berbual hal gosip dengan rakan sepejabat petang Jumaat lalu, tiba-tiba CAK dihubungi teman lama yang kini menetap di Jengka, Pahang.

Kalau nak tahu, di sekolah dulu dia memang terkenal kerana selalu menjadi orang terawal menghidu gosip.

Kalau tahu satu cerita, habis dicanang satu sekolah. CAK rasa kalau dia jadi wartawan hiburan, pasti namanya popular seantero Malaya. Maklumlah, cerita artis mana yang dia tak tahu. Sebut saja nama, semua dalam poketnya.

Contohnya ketika dia menyampaikan satu berita kepada CAK ini. Dalam nada kecoh dia bercerita keseronokan bertemu Que Haidar dan Ako Mustapha di acara Kembara TV3 yang berlangsung di Jengka, Khamis lalu.

Selepas Jengka, Kembara TV3 bergerak ke Maran dan bernoktah di Jom Heboh Kuantan. Acara ini bertujuan merapatkan lagi hubungan stesen TV popular itu dengan masyarakat.

Katanya, bukan main ‘sporting’ lagi dua aktor itu melayan penduduk Jengka. Macam-macam program menarik dianjurkan TV3, termasuk sukaneka, malah orang ramai berpeluang bergambar dengan artis pujaan mereka itu.

Namun ada berita lebih menarik. Dalam sibuk melayan pengunjung, Que dengan mesra memberitahu sepatutnya dia ditemani isteri tercinta, Linda Jasmine.

Bagaimanapun, guru tari popular itu tidak dapat hadir kerana perlu berehat di rumah memandangkan dia kini hamil tiga minggu.

Rakan CAK apa lagi, sepantas kilatlah dia menghubungi talian panas CAK. Katanya, biar dia jadi orang terawal yang menyebarkan berita mengejut itu.

Pada kesempatan ini, CAK ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Que dan Linda kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Nampak gayanya impian Que untuk memiliki anak secepat mungkin akhirnya tercapai.

 

 

Kepada Linda pula, doa CAK moga sihat dan ceria sepanjang proses kehamilan. Segala aktiviti lasak perlu dikurangkan demi menjaga bayi dalam kandungan. Sekali lagi tahniah diucapkah kepada pasangan romantik ini.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

One Response to “CAK: Linda Hamil Tiga Minggu?”

  1. farhana April 17, 2009 at 12:43 pm #

    salam sejahtera dari saya , kpd que n linda

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: