Pertaruhan Julia

4 Apr

Susunan Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Rap

SELEPAS berehat panjang untuk menjadi ibu dan suri rumah sepenuh masa, kemunculannya dalam Charlie Wilson’s War dua tahun lalu gagal menyerlahkan kembali namanya. Kini, Julia Roberts, 42, mempertaruhkan pula filem terbarunya, Duplicity berganding dengan Clive Owen.

Bagi pemerhati Hollywood, langkah Julia berehat seketika daripada dunia lakonan tidak dapat membantunya untuk kembali menjadi tumpuan. Kehadirannya kini dikatakan di belakang Angelina Jolie, Reese Witherspoon dan Jennifer Aniston sebagai primadona filem.

Apabila ditanya perasaannya kembali menjayakan majlis permaidani merah untuk tayangan perdana filem terbarunya di London baru-baru ini, Julia mengakui, ia detik yang teruk dan menakutkan.

Katanya, keadaan di luar panggung memang menakutkan dirinya, tetapi pada waktu sama dia gembira dengan sambutan diberikan. Malah Julia mengakui gementar dengan pilihan pakaiannya pada hari itu.

“Saya mencuba tiga baju berbeza sebelum datang ke sini,” katanya.

Akui Julia, kembali menjadi tumpuan media dan jurugambar bukanlah sesuatu yang diinginkannya. Katanya, dia juga tidak mengharapkan banyak tawaran berlakon.

“Apa yang saya harapkan ialah tawaran membintangi filem hebat dan peluang menjayakan watak yang tidak selalu datang dalam hidup,” katanya.

Ternyata Duplicity berjaya membawa bintang Pretty Woman ini kembali ke lokasi, tetapi bukan mudah bagi Owen kerana perlu memujuk Julia untuk berganding dengannya.

Kata Owen, dia mengajak Julia keluar makan malam dan memaklumkan kepadanya mengenai satu skrip yang baru saja dibacanya. Ia mempunyai watak yang cukup dinamik dan mengatakan alangkah bagusnya kalau mereka berdua dapat berlakon sama.

“Ketika itu dia mengandung dan saya perlu menunggu selama setahun sebelum dia bersedia membaca skrip dan bersetuju untuk berlakon,” kata Owen.

 

 

Owen dan Julia pernah berganding dalam Closer pada 2004. Untuk Duplicity, mereka turut melakonkan aksi panas. Julia mengakui, babak cium dengan Owen paling membuatkan dirinya tidak selesa ketika di lokasi.

“Ia menjadi sukar apabila anda saling mengenali satu sama lain dengan rapat kerana membuat anda saling berpandangan dan mengatakan ia sesuatu yang sangat tidak selesa.

“Tidak cukup dengan itu, di lokasi juga ada anak saya, Henry yang sentiasa memerhatikan saya dari satu sudut. Memang agak teruk situasinya ketika itu,” katanya.

Apa yang lebih membimbangkan ibu tiga anak, Phinnaeus, Hazel dan Henry ini ialah perasaan malu untuk mendedahkan tubuhnya di depan kamera untuk babak panas itu, tidak lama selepas dia melahirkan anak.

“Sejujurnya saya mengakui agak panik ketika itu. Saya baru saja melahirkan anak dan sepatutnya berada di rumah dengan memakai seluar khas untuk mengembalikan bentuk badan.

“Untuk babak itu memang mencabar kerana kami ketawa sepanjang masa. Agak malang buat pengarah Tony Gilroy berhadapan situasi itu dan terpaksa bersabar dengan kami. Babak panas itu menjadi detik melucukan buat kami berdua,” katanya.

Mengenai pembahagian masa antara kerjaya dan tiga anak hasil perkahwinan dengan Danny Moder, Julia mengakui tidak menghadapi masalah kerana mendapat sokongan yang sangat baik daripada anak dan suami.

“Agak mengejutkan kerana semuanya berjalan dengan mudah. Saya bertuah mempunyai anak yang baik, suami yang hebat dan mereka memberi sokongan penuh terhadap kerjaya saya.

“Saya sangat bahagia apabila menjadi ibu sepenuh masa dan berada jauh daripada kehidupan gemerlapan bintang di Hollywood. Kehadiran anak-anak dan suami tidak akan membuatkan hidup saya bosan.

“Saya dan Danny pernah bercakap apa yang akan kita lakukan dengan masa yang kita ada. Sebabnya sebelum itu saya tidak tahu hinggalah apabila saya melaluinya sendiri, ternyata masa berlalu dengan cepat,” katanya.

Sejak berkahwin dengan jurugambar Daniel Moder dalam majlis rahsia pada 4 Julai 2002, Julia memilih untuk menyepi dari Hollywood untuk mencapai impian menjadi ibu. Ia perkahwinan kedua Julia selepas bercerai dengan Lyle Lovett pada 22 Mac 1995.

Kelahiran kembar Hazel dan Phinnaeus pada 28 November 2004 diikuti Henry Daniel Moder pada 18 Jun 2007, melengkapkan hidup Julia.

Kata Julia, kunci kebahagiaan keluarga dan perkahwinannya ialah perasaan kasih sayang. Katanya, perkara penting yang dilakukan apabila mempunyai anak ialah menyayangi kehadiran satu sama lain.

“Saya menjadi wanita paling bertuah sekarang,” katanya.

Walaupun berjaya mengumpul kekayaan hasil lakonan dan meraih kegemilangan ketika usia 30-an, era Julia dikatakan mula malap sejak lapan tahun lalu bermula 2001 apabila berlakon Ocean’s Eleven.

Malah filem ini tidak boleh disifatkan filem Julia kerana menggandingkan nama besar, George Clooney, Brad Pitt dan Matt Damon. Lakonannya menerusi empat filem selepas itu, Full Frontal, Confessions Of A Dangerous Mind, Closer dan Mona Lisa Smile tidak mampu mengangkat kembali namanya sebagai pelakon yang punya tarikan pecah panggung.

Ini berbeza dengan zaman kegemilangannya selama empat tahun pada 1997 melalui My Best Friend’s Wedding, Conspiracy Theory, Stepmom, Notting Hill, Runaway Bride, Erin Brokovich, The Mexican dan America’s Sweethearts. Filem Erin Brokovich juga memberi Oscar kepada Julia pada 2000.

Pesona bintang kelahiran Georgia, Amerika pada 28 Oktober 1967 itu mula ‘dilihat’ selepas membintangi Pretty Woman bersama Richard Gere pada 1990. Tapi kini sudah hilang dan era kegemilangannya berakhir ketika usianya 33 tahun.

>Profil

Nama sebenar: Julia Fiona Roberts

Tarikh lahir: 28 Oktober 1967

Tempat lahir: Smyrna, Georgia, Amerika

Tinggi: 175 sentimeter

Status: Berkahwin (4 Julai 2002)

Suami: Daniel Moder

Anak: Kembar Hazel dan Phinnaeus, Henry Daniel Moder

Kerjaya: Pelakon:

Filem: Duplicity (2009), Fireflies In The Garden (2008), Charlie Wilson’s War (2007), Ocean’s Twelve (2004), Closer (2004), Mona Lisa Smile (2003), Full Frontal (2002), Confessions Of A Dangerous Mind (2002), Ocean’s Eleven (2001), America’s Sweethearts (2001), The Mexican (2001), Erin Brockovich (2000), Runaway Bride (1999), Notting Hill (1999), Stepmom (1998), Conspiracy Theory (1997), My Best Friend’s Wedding (1997),

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “ENTERTAINMENT”;
innity_zone = “154”;
innity_width = “250”;
innity_height = “220”;

Harian Metro

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: