Bipasha Belajar Tarian Gelek

10 Apr


Bipasha dalami tarian gelek untuk kepuasan peribadi.

Aktres Bollywood ambil cuti sebulan untuk penuhi impian sejak kecil

MUMBAI: Aktres seksi Bollywood, Bipasha Basu, mengambil cuti selama sebulan daripada industri yang menaikkan namanya untuk memenuhi salah satu impian sejak sekian lama – belajar menari gelek.

“Satu kebetulan peluang bercuti datang apabila jadual memulakan penggambaran filem Lamhaa ditangguhkan selama sebulan kepada 20 April ini. Saya menggunakan sepenuhnya masa terluang ini untuk sesuatu yang saya mahukan sejak sekian lama. Belajar menari gelek.

“Ia bukan untuk menjayakan watak dalam filem. Ia sesuatu yang hendak saya pelajari sejak lama. Saya mahu tenggelam dalam skil tarian ini yang tidak terlalu menekan lutut saya kerana ia tidak begitu baik. Jadi, tarian seperti Salsa bukan pilihan,” katanya.

Beliau juga menegaskan keinginannya mempelajari tarian gelek bukan untuk membuat persembahan peribadi dengan kekasihnya, aktor John Abraham.

“Saya belajar tarian gelek untuk diri sendiri kerana saya cintakan bidang tarian. Sudah tentu saya mahu mempersembahkan tarian gelek di layar perak dan jika kena dengan peranan saya, mengapa tidak,” kata pelakon berkulit hitam manis itu.

Selain memenuhi impian belajar menari gelek, bintang Race itu turut menggunakan masa cuti tidak dijangka selama sebulan itu untuk mengasah kemampuan berenang dan memandu.

“Belajar berenang bukan untuk suka-suka kerana ia adalah bentuk senaman yang baik dan belajar memandu pula untuk membuktikan John salah mengenai pemandu wanita.

“Hari keempat belajar memandu, saya sudah boleh memandu lurus ke kiri dan kanan tetapi belum pandai berundur. Kini, saya kelihatan yakin apabila memandu. Dalam kebanyakan filem, saya ditunjukkan memandu tetapi saya sebenarnya tidak pandai memandu,” katanya.

Bipasha berkata, dia belajar memandu sebagai usaha memperkasakan diri sendiri serta tidak mahu bergantung kepada orang lain membawanya ke mana-mana.

“Saya juga ingin membuktikan kepada John pemandu wanita juga hebat. Selama ini, dia asyik membebel dengan pemandu wanita yang dirasakan tidak boleh memandu dengan baik. Saya beri amaran dia perlu menelan semua kata-katanya pada hari saya belajar memandu,” kata pelakon itu. – Agensi

Berita Harian

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: