BORAK LOKASI: Pengacara Perlu Lebih Menyerlah

16 Apr

Rap
MENJEJAKKAN kaki ke lokasi Ewah Ewah, penonton bagaikan berada dalam satu alam atau era lain kerana satu perkara menarik mengenai ‘game show’ ini, setiap episod mempunyai tema tertentu.

Contohnya, menerusi blok pertama, 20 episod yang diterbitkan mengetengahkan tema seperti ‘scary movie’, ’50’s classic’, disko, pontianak dan Aloha.

Blok kedua pula memberi cabaran kepada Eksekutif Penata Gaya, Aizurawaty Mohd Nawi (Aety), 24, mengilhamkan pakaian daripada pelbagai karakter antaranya kartun zaman batu, Flinstone dan Masquerade. Tidak dilupakan batik yang mencerminkan budaya dan kebanggaan rakyat negara ini turut diangkat sebagai tema.

“Memperkenalkan tema berbeza dalam setiap episod antara tarikan yang membuatkan penonton sentiasa ingin menyaksikan program ini selain penampilan istimewa selebriti popular serta permainan disediakan.

“Justeru, di sini sebagai orang yang bertanggungjawab menentukan gaya pengacara program, Raja Azura dan Nabil, saya berhadapan cabaran untuk mereka pakaian bersesuaian tema dengan peruntukan sederhana.

“Bagi mengurangkan kos, ada pakaian dibuat sendiri. Pun begitu, dari segi rekaan tidaklah susah kerana konsep untuk 20 episod sudah dibincang dan ditentukan dari awal. Malah, saya diberikan masa untuk membuat kajian serta menyiapkannya.

“Namun, seperkara yang saya rasakan cukup mencabar untuk membuatkan kedua-dua pengacara nampak ‘out standing’ daripada penari. Seperti kita ketahui penampilan penari dari hujung rambut hingga hujung kaki sangat rapi.

“Justeru, saya harus kreatif dalam menata penampilan pengacara, memilih rekaan dan warna yang menyerlahkan gaya mereka selain kerap bekerjasama dengan jurusolek bagi menentukan solekan dan fesyen rambut yang bersesuaian,” katanya.

Dalam melaksanakan tugas berkenaan, graduan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, tidak keseorangan kerana turut dibantu Rohaidi Hashim.

 

 

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: