Borak Lokasi: Juwita Bantu Peserta Hilang Tekanan

23 Apr

Rap
BUAT pertama kali untuk musim ini produksi OIAM3 memperkenalkan tenaga pengajar yang dipanggil mentor. Empat personaliti popular dunia hiburan tempatan dipilih untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta bagaimana hendak beraksi setiap minggu.

Paling utama adalah Mentor Keseluruhan Persembahan yang dikendalikan Juwita Jalil, yang turut berpengalaman sebagai peragawati, pengacara majlis, produser konsert dan pengurus artis.

Turut dipilih menjadi Mentor Persembahan Pentas, Pat Ibrahim dan Mentor Vokal, Ning Baizura.

Kata Juwita sewaktu dilihat sedang menjalankan satu sesi pada petang itu, dia ditawarkan untuk menjadi mentor kepada para peserta bermula Disember lalu.

“Waktu itu produksi sedang menjalankan pemilihan 20 peserta dan peringkat awal mereka menjemput saya untuk memberikan khidmat nasihat bagaimana hendak membina keyakinan diri.

“Apatah lagi dalam kapasiti saya yang pernah melakukan hampir semua kerjaya membabitkan dunia hiburan ini, jadi produksi berasakan saya mampu memberikan sesuatu kepada peserta.

“Saya pada mulanya menganggap sesi dilakukan untuk sehari saja sebaliknya selepas memilih 12 peserta layak produksi menawarkan saya untuk menjadi Mentor Keseluruhan Persembahan. Bidang tugas utama harus saya lakukan adalah membina keyakinan kepada peserta ini agar mampu melakukan persembahan dengan baik.

“Keyakinan ini pula perlu dibina kepada peserta dari pelbagai sudut, tidak kira sama ada ia membabitkan corak persembahan sehinggalah kepada penghayatan, maksud lagu yang perlu mereka nyanyikan dan bagaimana mahu menyebut lirik dalam bahasa Inggeris dengan betul,” katanya

Selain itu sebagai Mentor Keseluruhan Persembahan, Juwita juga perlu mengatur beberapa aktiviti yang dapat memberikan peserta ini ilmu membabitkan seni persembahan dan keyakinan. Paling penting program yang dilaksanakan itu dilakukan dalam keadaan santai, mudah difahami dan tidak membosankan.

“Dalam membina keyakinan paling penting adalah motivasi diri dan untuk itu saya perlu merangka beberapa aktiviti, sebagai contoh apabila peserta ini menyanyi saya meminta rakan lain mengganggu mereka yang sedang menyanyi bagi melihat sejauh mana peserta dapat memberikan tumpuan terhadap persembahan.

 

 

“Pernah juga apabila, Pat Ibrahim membawa mereka menonton teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL), apabila pulang saya meminta mereka membuat tugasan menghasilkan lagu muzikal hasil ciptaan mereka sendiri,” katanya.

Hubungan Juwita antara peserta tidak terhad sebagai tenaga pengajar, malah dia cuba bertindak sebagai kakak mahupun ibu kepada mereka.

“Tidak dinafikan apabila berhadapan dengan peserta yang masih muda ini mereka mempunyai pelbagai ragam. Terutama apabila menerima berita paling menyedihkan iaitu disingkirkan daripada rancangan ini. Apabila tersingkir sudah tentu mereka sedih dan untuk itu saya cuba menceriakan mereka dengan menyediakan apa saja kek yang mereka gemari.

“Selain itu saya cuba bersikap terbuka agar peserta boleh menceritakan apa saja masalah termasuk berkaitan peribadi, keluarga mahupun cinta. Maklumlah apabila berjauhan daripada keluarga dan berada dalam pertandingan membuatkan mereka mudah tertekan.

“Pernah beberapa kali saya dikejutkan wakil produksi di awal pagi untuk datang ke hotel tempat peserta OIAM3 menginap bagi menenangkan mereka yang berhadapan dengan tekanan perasaan,” katanya menceritakan pengalaman sepanjang membantu produksi mengendalikan rancangan realiti itu.

innity_pub = “c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5”;
innity_cat = “NEWS,MALAY”;
innity_zone = “194”;
innity_width = “260”;
innity_height = “230”;

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: