Rihanna Terdesak Dapatkan Barang Kemas Dari Polis

26 Apr


Rihanna

LONDON: Penyanyi Rihanna terdesak mendapatkan semula barang kemas pinjam yang kini berada dalam simpanan Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) untuk dijadikan bukti dalam siasatan dakwaan dia dipukul teman lelakinya.

Empat syarikat yang meminjamkan barang kemas bernilai AS$1 juta (RM3.6 juta) kepada penyanyi kelahiran Barbados itu pada malam dia dilaporkan dipukul penyanyi Chris Brown kini mendesak barangan mereka dipulangkan.

Sejak Mac lalu, Rihanna, 21, cuba mendapatkan semula barang kemas pinjam itu dari LAPD, lapor laman web people.com.

“Disebabkan tiada nilai bukti untuk terus menyimpan barang kemas itu, kami dengan hormat meminta mahkamah mengembalikan harta itu kepada Rihanna tanpa bertangguh lagi,” tulis peguam penyanyi itu, Donald Etra dalam permohonan kepada mahkamah awal minggu ini.

Barangan itu digambarkan sebagai dua anting-anting kuning dengan batu putih, satu cincin kuning dengan pertama putih dan hijau dan dua cincin kuning dengan batu putih.

Dalam perkembangan terbaru, Rihanna mengecewakan keluarga dan rakan-rakannya apabila dilaporkan sudah memaafkan Brown kerana menyakiti dia malah ingin kembali ke pangkuan bintang R & B itu.

Seorang rakan penyanyi lagu ‘Umbrella’ itu mendedahkan Rihanna ingin menyambung semula percintaannya dengan Brown tetapi mahu merahsiakan hubungan itu buat masa ini.

“Malangnya, Rihanna masih mahukan Brown dan berkata kepada kami semua, ‘Tenangkan diri. Saya bersamanya, jadi, terima kenyataan itu. Dia memberitahu akan merahsiakan cinta mereka untuk sementara,” kata sumber kepada akhbar Chicago Sun-Times. – Agensi

Berita Harian

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: