Britney Tak Dialu-Alukan

27 Apr

LOS ANGELES: Ibu Chase Benz, penari latar Britney Spears yang dikatakan menjadi kekasih baru penyanyi berkenaan, kecewa dengan laporan itu kerana Benz sudah mempunyai teman wanita.

Ibu Benz, Diane, berang dan memberitahu anaknya, Britney tidak akan dialu-alukan di rumah keluarganya di Tennesse.

“Benz sudah mempunyai teman wanita. Namanya ialah Tessa Campbell. Mereka bercinta sejak tiga tahun lalu dan sebaya. Mereka pasti menjadi pasangan bahagia,” kata Diane.

Britney dilapor menjalinkan hubungan dengan penari berusia 21 tahun itu sejak beberapa minggu lalu dan mereka didakwa melakukan beberapa babak berahi ketika persembahan penyanyi itu dalam konsert jelajahnya, ‘Circus.’

 

 

“Britney cuba memikat Benz sejak mula lagi. Benz cuba mengekalkan profesionalismnya tetapi Britney merumitkan keadaan dengan bertindak keterlaluan. Benz sudah sekian lama bercinta dengan Tessa, rakannya ketika kecil. Seperti ibu Benz, Tessa juga berang dengan laporan mengenai sikap keterlaluan Britney. Diane mengarahkan anaknya menjauhi Britney dan menjelaskan kepada pemyanyi itu bahawa dia tidak dialu-alukan untuk datang ke sini,” kata sumber yang rapat dengan Benz.

Britney mempunyai sejarah bercinta dengan penari. Bekas suaminya, Kevin Federline, juga penari. Britney merampas Federline yang ketika itu tinggal bersama ibu dua anaknya.

uah bar.

Sementara itu, penyanyi itu dilapor berang terhadap bekas suaminya itu selepas Federline mengaku melamar teman wanitanya sekarang, Victoria Prince kerana Britney masih mencintainya.

Britney dan Federline dikurnia dua anak, Sean Preston, tiga, dan Jayden James, dua.

Sumber yang rapat dengan Britney berkata: “Wajah Britney saya apabila Federline memberitahunya dia melamar Victoria. Walaupun Britney bercumbu dengan penarinya, Chase Benz, tetapi dia masih mencintai Federline dan sentiasa berharap mereka dapat hidup bersama sekali lagi.

“Saya tidak terkejut jika Britney sengaja bercumbuan dengan lelaki lain semata-mata kerana mahu membuat Federline cemburu,” kata sumber itu.

Britney yang menceraikan Federline pada 2007 dikatakan begitu bimbang mengenai masa yang akan dihabiskan oleh Victoria dengan dua anaknya.

Sumber itu berkata: “Britney mencemburui Victgoria. Hubungan Victoria dengan anak Britney, Sean dan Jayden begitu akrab dan kanak-kanak itu lebih banyak berdamping dengan Victoria berbanding Britney kerana mereka tinggal dengan Federline. Saya yakin Britney melihat Victoria menjadi ancamannya sejak Federline melamar kekasih barunya itu. Kini, Victoria akan menjadi ibu tiri anaknya dan Britney tidak gembira dengan perkembangan itu.”

Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi pop berusia 27 tahun itu kini berdepan dengan masalah tarian untuk persembahan konsert jelajahnya, ”The Circus Starring Britney Spears.”.

Latihan tarian itu begitu teruk hingga membuatnya muntah.

Satu sumber berkata: “Dalam satu babak, ketika lagu ‘Touch Of My Hand,’ dua penari lelaki bebuai dari siling dan menarik Britney naik dalam keadaan kaki dulu. Itu yang membuat dia tidak tahan. “Dia berputar selama hampir lima minit beberapa malam. Apabila diturunkan, Britney mengadu loya dan pening. Ada beberapa kali dia muntah,.”

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: