Britney Jadikan Berkebun Terapi

28 Apr


Britney Spears

LOS ANGELES: Bintang pop yang sering mencetuskan kontroversi, Britney Spears dilaporkan menjadikan hobi berkebun sebagai satu bentuk terapi baru untuk dirinya.

Britneys, 27, yang mengalami pelbagai masalah pada 2007 sebelum ini dilaporkan mencuba pelbagai cara untuk membantu dirinya termasuk khidmat kaunseling, mengamalkan yoga dan pelbagai perkara mistik.

Bagaimanapun, semua itu dikatakan gagal untuk memberi kesan terhadap dirinya sehingga beliau mendapati aktiviti bercucuk tanam atau ‘terapi bunga’ dilihat sesuai dengan penyanyi yang bermasalah itu.

Britney dikatakan mendapat banyak ‘kelegaan’ daripada buku Chicken Soup for the Gardener’s Soul oleh Jack Canfield.

“Beliau ingin belajar sebanyak mungkin mengenai pertanian dan bagaimana ia memberi kesan kepada sikap anda. Apabila beliau pulang ke kediamannya di California, beliau akan terus melakukan kerja-kerja berkebun,” kata satu sumber kepada akhbar The Sun.

“Beliau amat bangga dan mengetahui apa yang beliau tanam dan apa yang tumbuh di sekitar rumahnya.”

Britney perlu menjalani ujian rambang dadah dan alkohol di bawah perjanjian hak penjagaan anaknya, Sean Preston, tiga tahun dan Jayden James, dua tahun.

Beliau kini dalam siri jelajah Amerika Syarikat dan Kanada bersama kumpulan Pussycat Dolls.

Bagaimanapun penyanyi kumpulan terbabit, Ashley Robert baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa mereka tidak bersosial dengan Spears.

“Kami tidak mempunyai banyak masa untuk keluar bersama. Saya melihatnya melalui kawasan dewan tetapi beliau terus menyendiri dan begitu juga dengan kami,” kata Roberts. – Agensi

Berita Harian

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: