Dengarnya… Pacai Dapat Anugerah Kedoktoran Terapi Muzik

28 Apr


Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil Al Attas

NAMPAKNYA hari ni Cik Normah hanya nak hidangkan cerita baik saja. Janganlah pula pembaca asyik ingat Cik Normah jahat gara-gara suka menghentam artis dalam kolum Normah Becok ini. Kalau ada cerita baik mengenai anak seni, Cik Normah tak lupa untuk berkongsi dengan pembaca.

Tadi Cik Normah berkongsi cerita gembira mengenai penyertaan Aizat ke Festival Muzik Pop Antarabangsa. Ini ada satu lagi khabar gembira yang Cik Normah ingin kongsi, iaitu mengenai kejayaan Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil Al Attas. Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah dia? Syed Ahmad Faizal sebenarnya lebih dikenali sebagai Pacai iaitu seorang komposer hebat.

Dia ini juga bekas anggota kumpulan Ekamatra. Pacai bukan calang-calang komposer, sesiapa yang dengar lagu sentuhannya memang boleh tangkap leleh macam lagu Perpisahan dendangan Anuar Zain, hah lagu tu sentuhan siapa lagi kalau bukan Pacai.

Cik Normah sebenarnya nak mengucapkan tahniah juga kepada Pacai kerana menerima Anugerah Kedoktoran Dalam Terapi Muzik yang diberikan oleh Fakulti Universal Sains Warna bersama The Open International University For Complementary Medicines (WHO dan Unesco).

Penyampaian anugerah itu diadakan semalam sempena World Congress Of Integrated Medicines yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Pencapaian itu diberikan kepada penerima berdasarkan pencapaian selama perkhidmatan mereka dalam bidang tertentu.

Baguslah, nampaknya semakin banyak pihak yang mula mengiktiraf mereka yang berada di belakang tabir industri hiburan tempatan. Cik Normah berharap lebih banyak lagi anak seni akan mendapat pengiktirafan seperti ini. Kalau anugerah yang sudah komersial biasanya artis yang selalu dapat nama, orang-orang di belakang pula biasanya tak ada siapa yang peduli.

Dengan adanya anugerah seperti ini kehebatan orang di belakang tabir akan lebih menyerlah lagi dan setidak-tidaknya orang di luar dapat mengenali mereka yang hebat yang berjaya menaikkan nama artis.

Berita Harian

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: