Terapi Bunga Britney

28 Apr

LOS ANGELES: Bintang pop Amerika Syarikat, Britney Spears, kini menjadikan aktiviti berkebun untuk mengekalkan tahap kecergasannya.

Penyanyi yang mempunyai sejarah masalah mental itu semakin aktif menghabiskan masanya menyertai program ‘terapi bunga’ yang diasaskan kepada amalan hortikultur.

Tidak cukup dengan itu, Britney turut meluangkan masa menekuni buku untuk mendalami aspek spiritual bagi amalan berkebun sambil menyempurnakan siri konsertnya di AS.

Sumber berkata, Britney mencuba pelbagai jenis terapi, termasuk yoga dan mendapatkan khidmat kaunseling.

 

 

“Malah dia mencuba kaedah mistik, tetapi tiada yang berkesan,” katanya.

Justeru, katanya, kali ini Britney mencuba kaedah lain.

“Britney komited mempelajari sebanyak mungkin ilmu hortikultur dan bagaimana ia memberi kesan kepada kesihatan,” katanya.

Sumber itu berkata, setiap kali kembali ke rumahnya di California, Britney terus ke kebunnya.

Katanya, penyanyi itu bangga dan banyak mengetahui selok-belok ilmu pertanian diceburinya itu.

“Dia tahu setiap pokok yang ditanam dan tumbuh di sekeliling rumahnya,” katanya.

Kaedah terapi bunga menggunakan bau-bauan sebagai sumber memberi keseimbangan fizikal dan mental seseorang.

Ia dianggap sesuai dengan Britney yang melalui banyak pengalaman getir dalam hidupnya, termasuk perceraian dengan suaminya.

Dia kini menjalani ujian dadah dan alkohol secara rawak sebagai syarat mendapatkan hak penjagaan dua anaknya, Sean Preston, tiga, dan Jayden James, dua tahun. – Agensi

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: