Archive | August, 2009

19-Aug-2009 | Oleh: Razif Rosdi Lagu 1Malaysia: Siti, Tomok, Jac Berentap!

19 Aug

Teks oleh Razif Rosdi

KUALA LUMPUR, 19 OGOS 2009:  Pertandingan Mencipta Lagu 1Malaysia kini semakin hampir ke penghujungnya apabila 10 lagu terbaik telah pun dipilih. Dari bilangan penyertaan tersebut, nama artis popular seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Maya Karin, Jaclyn Victor, Faizal Tahir dan Tomok memberi saingan kepada bakat baru yang menyertainya.

Pertandingan yang diilhamkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak itu memberi peluang rakyat untuk memilih sendiri lagu yang terbaik dan bersesuaian dengan laungan semangat 1Malaysia berdasarkan undian yang dijalankan di laman web rasmi 1Malaysia.

Keputusan lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai juara akan diumumkan pada sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia menjelang 31 Ogos 2009 ini.

 
“Saya menyeru rakyat Malaysia agar memesrakan diri dengan semangat 1Malaysia ini. Undilah lagu kegemaran anda di laman web 1Malaysia sekarang. Saya mahu lagu yang dipilih nanti menjadi satu lagu yang benar-benar menjelma dari hati rakyat biasa Malaysia,” kata Datuk Seri Najib.

“Penyertaan amat membanggakan apabila kebanyakan peserta akhir pertandingan ini terdiri daripada kumpulan yang pelbagai dan ia sangat mengagumkan. Malah ada penggubah lagu yang terkenal menyertainya selain muka baru yang masih belum dikenali.

“Semangat 1Malaysia itu jelas sekali berada di hati rakyat Malaysia dan saya harap semua orang akan memilih satu lagu yang dirasakan benar-benar dapat memberikan pengertian 1Malaysia kepada mereka,” ujar beliau.

Difahamkan, dalam tempoh 9 hari sahaja, lebih 350 penyertaan diterima dan ia mencerminkan keharmonian kesemua masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Sementara itu, pemenang pertandingan mencipta lagu ini bakal menerima hadiah wang tunai dan penerbitan sebuah muzik video untuk lagu berkenaan.

Berikut adalah 10 calon Pertandingan Mencipta Lagu 1Malaysia:

1.  Lagu: Satu
Artis: Tomok
Komposer: Shazee Ishak
Lirik: Shah Shamshiri

2.  Lagu: Sehati Sejiwa
Artis: D.Gerard Singh
Komposer: D. Gerard Singh
Lirik: D. Gerard Singh

3.  Lagu: Keranamu Hatiku Malaysia
Artis: Manis
Komposer: Lead
Lirik: Lead

4. Lagu: Satu Malaysia
Artis: Dato’ Siti Nurhaliza
Komposer: Aubrey Suwito
Lirik: Dato’ Siti Nurhaliza

5.  Lagu: Nyanyikan Lagumu
Artis: Maya Karin
Komposer: Ng Ching Ching/ Wong Seng Jinn
Lirik: Ng Ching Ching

6.  Lagu: Lagu Rakyat Satu Malaysia
Artis: Rida
Komposer: Norm Aidid
Lirik: Norm Aidid

7. Lagu: Inilah Malaysia
Artis: Jaclyn Victor & Arch Little Danielle
Komposer: Taja MUH
Lirik: Tun Teja

8.  Lagu: Perpaduan 1Malaysia
Artis: Alex
Komposer: Alex
Lirik: Alex

9.  Lagu: Kami Anak Malaysia
Artis: Noh Hujan, Lah Ahmad, Shila
Komposer: Ashroff Shariff
Lirik: Eka Shariff

10.  Lagu: Malaysia Satu
Artis: Faizal Tahir
Komposer: Audi Mok
Lirik: Nur Fatima

Anda boleh mendengarkan kesemua calon lagu 1Malaysia di http://www.1malaysia.com.my

Murai

Advertisements

Kami Masih Bersama – Almy Nadia

18 Aug

Ditulis oleh Nonie
  
Selasa, 18 Ogos 2009 11:46   

“Saya pun tak nak ambil tahu apa orang cakap mengenai kami kerana yang penting kami masih bersama,” nafi Almy mengenai keretakan hubungannya dengan Fizz Fairuz.

 

Walaupun telah bersama lebih daripada tiga tahun, namun Almy mengakui mereka belum lagi mempunyai perancangan untuk bertunang mahupun mendirikan rumahtangga.

“Memang kami tak plan apa-apa kerana takut tak menjadi nanti diri sendiri yang malu.

“Apa yang penting sekarang, saya nak cari duit dulu dan bila sudah sedia untuk pikul tanggungjawab, barulah saya akan fikirkan semua itu,” ujar Almy yang lebih gemar membicarakan soal kariernya.

Almy kini sibuk di lokasi Senandung Si Dayang memegang watak utama sebagai Puteri. Cerita rakyat ini pernah dipopularkan Datuk Sarimah Ibrahim dan kini diversikan dalam bentuk moden.

“Saya memegang watak Puteri, seorang yang happy go lucky tetapi dikongkong oleh bapanya kerana bimbang dicemuh oleh masyarakat disebabkan kulitnya yang hitam bagaikan arang,” kata Almy yang belum menerima sebarang tawaran berlakon filem selepas Skrip 7707 dan Rasukan Ablasa.

 

Mangga Online

Cinta Ustaz

18 Aug

Oleh Zaidi Mohamad dan Zul Husni Abdul Hamid
zaidim@bharian.com.my, zhusni@bharian.com.my

‘Lantaklah apa orang nak kata’

TIADA prejudis dalam soal cinta kerana ia hak sesiapa saja waima wanita bertudung seperti Waheeda sekalipun. Seperti wanita lain juga penyanyi yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan sebaik saja bergelar isteri, ingin dicintai.

Namun ada kalanya dengan imej Islamik yang ditonjolkan penyanyi yang popular dengan lagu Wassini ini, jika salah percaturan dia juga sering menjadi bahan cercaan dan hentaman.

Beberapa siri cintanya yang terdahulu juga berakhir dengan kekecewaan. Malah pernah satu ketika pemilik bernama penuh Norwahidah Abdul Wahab ini tidak mahu terlalu berharap dengan kisah sisi peribadinya. Katanya, dia hanya mampu berserah untuk memikirkan soal kahwin hingga mahu saja urusan pilih menantu diserahkan saja kepada ibu.

Tetapi berbeza dengan kisah kontroversi yang melandanya dengan Ustaz Akhil Hayy, 40, sejak tahun lalu kerana kesudahannya berlainan sekali. Kelmarin, status duda yang dipegang Akhil selama sebulan berakhir apabila bekas penyanyi kumpulan rock D’Riyadh itu memilih Waheeda sebagai isterinya.

Mereka diijabkabulkan di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru tepat jam 12 tengah hari. Hakikatnya, pasangan ini seperti hampir kebanyakan pasangan kekasih selebriti lain yang memilih jalan selamat untuk terus berselindung dan menafikan sesuatu yang dirasakan benar. Mahu atau tidak, ketika artikel ini dibaca, pasti ada yang mula menyumpah seranah mengenai pengakhiran ceritera atau ‘sandiwara’ mereka selama ini.

“Penamat ini membuatkan saya nampak kebesaran Tuhan. Pakar motivasi Datuk Dr Fadzilah Kamsah pernah cakap setiap dugaan besar yang ditanggung kita, nescaya akan ada lagi perkara besar yang akan terjadi di kemudian hari. Saya harap pernikahan kami akan menjadi penutup kepada kontroversi yang kencang menghambat hidup kami.

“Saya tahu, perkahwinan ini bukan tiket untuk orang di luar sana terus berdiam diri dan memeluk tubuh tanpa terus mencari alasan untuk menghentam kami. Terpulanglah. Lantak apa orang nak cakap. Saya tak mampu untuk menutup mulut mereka. Ini fasa baru hidup kami,” katanya yang akan tinggal bersama Akhil di Kota Damansara buat sementara waktu.

Bergaya sedondon dengan rona putih, kemunculan Waheeda itu adalah kali pertama selepas dikatakan ‘bersembunyi’ menanggung penderitaan sakit dek buatan orang dan tekanan hidup yang dihadapinya gara-gara berkawan dengan Akhil. Ketika majlis itu diadakan, Waheeda sebenarnya masih dalam proses untuk memulihkan penyakit yang dialaminya.

Majlis yang pada mulanya hanya mengundang beberapa wartawan tertentu saja akhirnya turut disertai wartawan lain yang dapat menghidu majlis pernikahan mereka. Malah, biarpun sudah rasmi sebagai pengantin baru, sudah mula ada cerita kurang enak singgah kononnya majlis ini dipercepatkan kononnya Waheeda sudah berbadan dua.


PASANGAN pengantin bersama tetamu dan dua anak Akhil.

Paling teruk, pasangan ini dikatakan sudah berkahwin sebenarnya dan majlis yang diadakan itu sebagai syarat untuk menghebahkan kepada masyarakat. Tidak setakat itu, ada yang menganggap perkahwinan terbabit turut tidak direstui keluarga Waheeda terutama bapanya, Abdul Wahab Yusof.

“Saya hanya menjemput rakan wartawan yang baik saja dengan saya untuk majlis ini. Bukan kerana berat sebelah tetapi wartawan inilah yang selama ini sentiasa berada bersama saya ketika jatuh dan naik. Jadi sebagai balasan wartawan ini berhak untuk diberi keistimewaan menerima jemputan hari perkahwinan saya.

“Orang di luar sana boleh terus membuat andaian. Kalau mereka masih ada masalah dengan kami, teruskan dan selesaikan apa yang patut. Kalau tidak ia akan terus menjadi isu di sini. Saya sendiri tidak mampu memuaskan hati mereka. Tetapi kalau kami meninggal dunia sekalipun bukan mereka yang akan uruskan jenazah.

“Dari dulu orang cakap saya sudah mengandung. Tapi hingga sekarang pun perut di badan saya masih belum nampak. Biasalah manusia cepat berprasangka negatif. Sebagai contoh apabila bapa saya enggan ditemubual wartawan, ada pihak yang mengandaikan dia tidak sukakan Akhil. Kalau tidak restu, kenapa saudara mara keluarga kami sanggup turun menghadiri majlis?” katanya sambil memberitahu bapanya yang teringin bermenantukan Akhil.

Sedia pikul gelaran ‘ibu segera’

MENURUT Waheeda, perkahwinan ini sebenarnya simbolik kepada penyatuan dua keluarga. Sambil berseloroh, dia memberitahu belum terfikir soal anak dan berbulan madu kerana yang paling penting ialah untuk terus mengukuhkan ukhuwah sesama keluarga kami.

“Selain bergelar isteri kepada Akhil, saya juga secara tidak langsung sudah menjadi ibu ‘segera’ kepada dua orang anak yang dijaga Akhil kini. Mahu atau tidak, saya harus bersedia membiasakan diri dan alhamdulillah mereka (Siti Nur Maisarah dan Mohd Syarif Idayatullah) menerima saya seadanya.

“Biarlah saya uruskan mereka sampai ke satu peringkat, mungkin selepas itu barulah kami memikirkan soal anak lagi. Dengan ini juga, saya juga secara rasmi mengumumkan persaraan di dalam bidang seni. Lalu, fokus saya juga kini hanya kepada rumah tangga dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Biar kami berkenal-kenalan dulu sesama sendiri,” kata Waheeda yang memberitahu ibu bapanya juga sudah mempunyai cucu ‘segera’.

Sementara itu, Akhil Hayy yang ditemui menyifatkan tanggungjawabnya kini lebih berat apatah lagi menerima kehadiran isterinya dalam keadaan menghadapi tekanan dan masalah hingga sakit. Paling manis juga, pernikahan itu disempurnakan kawan baik Akhil sendiri yang bertindak sebagai Pendaftar Nikah Cerai & Rujuk Hulu Selangor, Zulkhairi Jaid.

Mengimbas kembali detik persahabatan mereka sejak dua tahun lalu, Akhil sendiri dalam kenyataannya sebelum ini cukup menyenangi sikap isterinya itu. Malah alasan yang terus merapatkan mereka apabila disahkan mempunyai ikatan bau-bau bacang sesama sepupu.

“Ini takdir yang tertulis. Sekalipun jika dia (Waheeda) bukan jodoh saya. Mungkin juga jodoh saya dengan orang lain. Sebagai hamba-Nya, saya hanya berserah kepada Tuhan. Saya juga tidak boleh menidakkan ikatan ini tidak mustahil akan tercerna tanpa rasa cinta. Hati saya terbuka untuk memilihnya sebagai isteri.

“Apa yang terjadi juga ibarat doa rakan wartawan yang seperti mendoakan kami disatukan sebagai pasangan suami isteri sebelum ini. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan dan harapnya selepas ini tidak akan ada lagi isu yang terus mengaibkan kami. Sama-sama kita tutup buku lama dan buka buku baru. Amanah saya kian membesar untuk membimbingnya dan sama-sama ke jalan yang diredai,” kata Akhil yang sewaktu ditemubual enggan memberi komen berkaitan bekas isterinya.

‘Saya doakan mereka bahagia’

PERKAHWINAN antara penyanyi nasyid serta pendakwah bebas, Ustaz Akhil Hayy dengan penyanyi, Waheeda tidak mengejutkan bekas isterinya, Maizawati Zainal kerana sudah menjangka hubungan mereka pasti berakhir dengan ikatan pernikahan.

Biarpun pada permulaan agak berat untuk memberi komen kerana enggan lagi dikaitkan dengan bekas suaminya, namun Maizawati, 33, akur serta reda dengan ketentuan Ilahi. Tidak tercalit perasaan terkilan atau terluka, sebaliknya ibu tunggal empat cahaya mata itu memohon supaya semua pihak mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

Tenang berbicara dan sesekali berlucu, Maizawati berkata, dia hanya mengetahui mengenai pernikahan itu selepas dihubungi beberapa teman bertanyakan kesahihan berita yang didengar.

“Saya cuma tahu tadi (pagi Ahad). Andai itu yang ditakdirkan untuk bekas suami, saya doakan kebahagiaannya dan semoga pilihannya itu ialah yang terbaik untuk dirinya,” katanya tenang.

Pernikahan Akhil dan Waheeda barangkali pada pandangan masyarakat akan menutup segala spekulasi dan kontroversi yang menyelubungi pasangan itu tetapi tidak kepada Maizawati.

Baginya, masyarakat bebas membuat apa saja andaian namun keutamaannya kini adalah bekerja keras demi masa depan dirinya dan anak-anak.

Semalam yang pahit katanya, sudah lama ditinggalkan dan biar semua itu terbang menjadi kenangan yang tidak ingin diimbas atau diingati kembali.

“Hidup perlu diteruskan dan rasanya tidak perlu lagi saya menoleh ke belakang. Hubungan kami sebagai suami isteri pun sudah berakhir, jadi dia bebas membuat apa saja keputusan.

Pernikahan ini juga adalah haknya. Sebagai bekas isteri, saya cuma memohon kebahagiaan akan sentiasa bersamanya,” kata Maizawati.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah menyimpan dendam atau marah dengan apa yang berlaku kerana akur laluan hidup tidak sentiasa membentangkan jalan yang indah.

“Allah Maha Berkuasa, jadi saya serahkan hidup ini kepada-Nya. Untuk apa saya terus berfikir perkara yang tidak lagi menjadi hak saya. Barang yang lepas untuk apa dikenang. Daripada saya memikirkan perkara itu, lebih baik saya merancang masa depan.

“Saya tidak bersendirian sebaliknya ditemani empat anak yang diberikan Tuhan sebagai amanah untuk saya jaga dengan baik. Membesarkan mereka lebih penting daripada memikirkan perkara tidak berfaedah,” katanya.

Hidup kata Maizawati, perlu sentiasa reda dengan ujian Allah dan dia percaya setiap dugaan pasti membentangkan kebahagiaan pada hari muka.

“Sudah rezeki bekas suami saya dia bertemu jodoh dulu.

Soal jodoh semua itu ketentuan Tuhan. Sebagai hamba, saya tidak mahu berburuk sangka. Namun saya percaya, Tuhan menyediakan sesuatu yang baik untuk saya dan anak-anak andai kami gigih berusaha,” katanya.

Maizawati berkata, untuk meneruskan hidup dia kini mengusahakan perniagaan abaya, tudung dan kek coklat menggunakan namanya sebagai jenama.

“Saya sedang mencari ejen di seluruh negara untuk mengembangkan perniagaan ini. Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 019-6450814 untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya,” kata Maizawati.

INFO: Majlis pernikahan Tiada wang hantaran sebaliknya digantikan dengan senaskhah al-Quran di samping mas kahwin berjumlah RM80 serta tujuh dulang hantaran rombongan pengantin lelaki dibalas dengan 11 dulang hantaran daripada pihak perempuan.

Menurut Waheeda, pemilihan al-Quran sebagai ganti wang hantaran disifatkannya sebagai pelengkap segala-galanya.

Majlis pernikahan sepatutnya diadakan pada 21 Ogos ini sempena menyambut kedatangan Ramadan bagaimanapun atas beberapa sebab ia terpaksa dipercepatkan demi memudahkan saudara mara meluangkan masa menghadiri majlis ini.

Majlis bertandang sebelah pengantin perempuan akan diadakan pada 31 Oktober ini di Dewan Bukit Jelutong, Shah Alam dan seminggu selepas itu akan diadakan majlis sebelah pengantin lelaki di Gopeng, Perak.

Kata ibu Waheeda, biarpun gosip hebat melanda anaknya dan Akhil sebelum bernikah, dia yakin jika Akhil kuat sebagai jodoh anaknya, maka teruskanlah. Katanya lagi, mereka sekeluarga berharap Akhil dan Waheeda akan terus bahagia menjadi suami isteri dan kekal hingga ke akhir hayat.

Bapa Waheeda tidak mahu ditemubual.

Dua anak Akhil Hayy, (Siti Nur Maisarah, 12, dan Mohd Syarif Idayatullah, 11, sempat diusik beberapa orang rakan wartawan mengenai panggilan apa yang akan digunakan kepada Waheeda kelak. Ketika ini, mereka membahasakan Waheeda sebagai Auntie Wawa (panggilan manja Waheeda).

Kronologi ‘cinta’ Waheeda dan Akhil Hayy: Awal 2008: Sudah mula tersebar gosip kencang mengaitkan kononnya Waheeda dan Akhil Hayy menjalinkan hubungan cinta. Malah paling teruk ada yang mengandaikan mereka berkahwin secara diam dan tinggal serumah di Damansara.

April 2008: Waheeda pernah memberi kenyataan kepada Hip untuk melupakan dunia hiburan buat selama-lamanya. Bagaimanapun tindakan itu akuinya tiada kena mengena dengan gosip cinta yang membabitkan dia dengan Akhil Hayy. Katanya lagi, apa terjadi persaraan itu akan terjadi pada 2008 juga (dalam masa terdekat).

Mei 2008: Kemenangan Waheeda di Anugerah Industri Muzik (AIM15) terus membuatkan penyanyi ini berbelah bagi sama ada mahu terus kekal dengan keputusannya untuk bersara atau tidak. Bagaimanapun sehingga awal hingga pertengahan 2009, Waheeda masih aktif memenuhi tawaran seni.

Julai 2008: Akhil Hayy juga tegas dengan pendiriannya menafikan gosip yang dia dan Waheeda sudah berkahwin. Penafian itu dibuatnya ketika pelancaran album Akhil Hayy Nasyid Lagenda 2.

Awal 2009: Paling memuncak hingga menjadi isu panas yang cukup menggelegak ialah mengenai kisah laporan portal Murai.com yang mendakwa Waheeda dan Akhil menonton wayang bersama di sebuah pawagam di Petaling Jaya.

14 Januari 2009: Waheeda tampil memberikan kenyataan di dalam Hip. Katanya, mereka menonton wayang pada sebelah malam dan rancangan itu dilakukan pada saat akhir. Waheeda sepatutnya ditemani kawan baiknya, Naurah. Namun, Naurah tidak dapat datang pada saat akhir. Menurut Waheeda lagi, mereka menonton filem berbeza dalam berlainan panggung. Akhil pula menonton filem IP Man pada jam 11.55 malam, manakala

Waheeda menonton filem KM 31 jam, 12.10 tengah malam

Mac 2009: Sewaktu menghadiri sidang media pelancaran drama bersiri TV9, Nana Tanjung, Waheeda menitiskan air mata kerana terus-terusan dihentam dek gosipnya dengan Akhil. Kata Waheeda, dia suka bersama dengan Akhil, namun belum sampai ke tahap bercinta.

Mei 2009: Mengejutkan apabila Waheeda akhirnya menjadi isteri kepada Akhil. Bagaimanapun, itu hanya tuntutan watak yang dipegangnya dalam program Cafe Akhil Hayy yang disiarkan di Astro Oasis. Bulan ini Maizawati (bekas isteri Akhil ketika itu) mula bangkit untuk menuntut cerai.

Jun 2009: Pada 2 Jun lalu, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, membenarkan penangguhan kes tuntutan perceraian Maizawati dengan Akhil selepas kedua-dua pihak bersetuju berunding dan

menyelesaikan kes itu secara baik sehingga 15 Julai ini.

Julai 2009: Maizawati dan Akhil sah bercerai talak satu pada 15 Julai di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh melalui proses rundingan secara sulh. Ketika itu, Waheeda terus dilabel sebagai perosak rumah tangga mereka. Waheeda dikatakan orang ketiga yang menjadi punca kepada keruntuhan mahligai perkahwinan itu.

Pada bulan ini juga, Akhil yang ditemui Hip ketika majlis rakaman program Mega Raya Astro membela dan meminta supaya dihentikan menjatuhkan hukuman kepada Waheeda. Malah ketika ini, juga ada yang meramalkan Akhil dan Waheeda akan berkahwin. Tetapi, Akhil masih memberikan jawapan selamat mengenai perkara terbabit.

16 Ogos 2009: Akhirnya Akhil dan Waheeda disatukan sebagai suami isteri pada tarikh ini.

–>

Berita Harian

Mesra Pelajar

17 Aug

Tabloid i3 dan
Gen G ‘bersatu’
sebagai bahan inspirasi remaja

Oleh
Haryani Ismail Dan Muhammad Hafiz Salleh

APAKAH zorbing, aktiviti yang membuatkan anda terkejar-kejar seperti tikus belanda dalam bebola? Siapakah Master Wann, pelajar aliran Normal (Teknikal) yang pakar dalam bidang teknologi maklumat dan kini mengemudi siaran radio laman web Habbosoup?

Jawapannya terletak pada beberapa lembaran rencana yang akan dimuatkan dalam akhbar pelajar bersaiz padat yang buat masa ini dipanggil i3 (disebut i cube), terbitan Kelab Obor, Berita Harian.

Menyedari bahawa arus kemodenan membawa bersamanya saingan dari media baru seperti blog, podcast dan vodcast, Kelab Obor akan mengorak langkah menghasilkan akhbar pelajar yang lebih segar dan santai dalam saiz padat yang dijangka dilancarkan Januari tahun depan.

i3 bergabung dengan edisi akhbar untuk sekolah rendah yang dipanggil Gen G atau Generasi Geliga. Sebanyak 16 halaman diperuntukkan dengan dua halaman tentang pengetahuan am mengenai dunia yang boleh dimanfaatkan pelajar kedua-dua peringkat.

Pengumuman tentang akhbar yang dirancang menggantikan halaman Obor dan Tunas ini telah disampaikan Editor Berita Harian, Encik Guntor Sadali di acara Forum Guru Berita Harian di auditorium Singapore Press Holdings (SPH), kelmarin.

i3 yang persis formula Matematik membawa maksud inspirasi, inovasi dan idea. Ini memandangkan terdapat berita-berita inspirasi tentang remaja dan juga sekolah dengan program tukikan mereka, laporan mengenai inovasi terkini serta idea-idea baru dalam bidang penulisan atau aktiviti yang boleh dicuba pelajar.

Gen G pula dimuatkan dengan butiran maklumat tentang pengetahuan am, dunia sains dan teknologi, teka-teki, teka silang kata, pekerjaan menarik, kata-kata lucu si cilik dan sumbangan karangan dan puisi murid.

Reka hias i3 diberi suntikan kesegaran artis infografik BH, Cik Nur Amanina Ismail, manakala reka hias Gen G pula adalah hasil kreativiti wartawan infografik, Encik Mohd Samad Afandie.

ISU SEMASA

Setiap minggu, i3 dan Gen G akan mengupas isu sosial yang menjadi keprihatinan guru dan pelajar. Berlandaskan tema ‘kembali ke sekolah’, i3, misalnya, menyorot tentang kerenah pelajar yang membingitkan guru pada minggu pertama sekolah dibuka. Sesetengah pelajar didapati terlupa mewarnakan rambut mereka semula. Namun, ada juga kes yang jauh lebih membimbangkan – pelajar yang disangka ponteng sekolah kerana suka-suka tetapi rupa-rupanya hamil dan takut memberitahu sesiapa tentang kehamilannya.

Gen G pula mengupas kajian tentang mangsa buli.

MESRA REMAJA

Selain menganggap akhbar ini bak pucuk dicita ulam mendatang, beberapa guru mengulas penampilan i3 tampak segar dan jauh beza daripada norma penampilan akhbar dan ruangan Obor.

Faktor ‘mesra remaja’ menjadi matlamat akhbar ini agar pelajar tertarik membacanya dan ‘melekat’ padanya hanya dengan sekilas menatapnya.

Bahkan, topik berat disesuaikan dengan gaya penulisan dan paparan yang lebih santai untuk tidak membebankan fikiran pelajar. Misalnya, di dalam i3, segmen ‘inovasi’ dimuatkan dengan laporan tentang mendiang Michael Jackson dan kebangkitannya di alam siber melalui penciptaan klip video menggunakan permainan The Sims 3. Panduan langkah demi langkah menghasilkan klip video muzik The Sims turut diberikan.

‘Saya difahami bahawa proses percetakan akhbar pelajar ini memerlukan tenaga kerja yang banyak. Bagaimanapun, saya harap ada berita terkini dan laporan ‘mesra remaja’ yang akan menarik minat pelajar membacanya. Misalnya, perihal bola sepak dan trend fesyen terkini.

‘Topik berat juga boleh disisipkan tetapi pastikan ia ditulis dengan gaya yang tidak membosankan,’ kata Syed Abdillah Syed Ali, 25 tahun, guru pelatih di Institut Pendidikan Nasional (NIE).

PANDUAN PELAJAR/GURU

Kami juga menyediakan tip pembelajaran bahasa Melayu atau penulisan karangan. Semoga i3 dan Gen G memenuhi cita rasa anda.

AKAN DATANG: GEN G & i3

Akhbar pelajar Berita Harian setebal 16 halaman dijangka dilancarkan pada 2010. Ia menyatukan bahan bacaan murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Buat masa ini, ia dikenali sebagai Gen G untuk sekolah rendah dan i3 (disebut i cube) untuk sekolah menengah. Ia diterbitkan sebanyak 40 isu setiap Isnin dan dijual bersama akhbar utama, BH, tanpa bayaran tambahan.

Dengan akhbar tersebut diterbitkan, ia menggantikan ruangan Obor setiap Isnin dan ruangan Tunas setiap Selasa.

Pasukan editorial yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang menganggotai Kelab Obor akan dibentuk, dengan editor bertugas dari peringkat maktab rendah.

i3 mengandungi kisah inspirasi mengenai remaja, cerpen, idea tentang aktiviti baru yang wajar dicuba, inovasi melibatkan perkembangan teknologi maklumat, isu semasa dan perihal sosial, tip guru dan panduan peperiksaan.

Gen G atau Generasi Geliga pula diisikan dengan pandangan si cilik tentang sesuatu isu, pengetahuan am tentang sains dan haiwan, pekerjaan menarik, latihan pelajar, teka-teki dan permainan uji minda serta sumbangan karangan atau pantun murid sekolah rendah.

Harga senaskhah ialah 30 sen untuk 7,000 naskhah atau lebih (sekolah menengah) dan 3,000 naskhah atau lebih (sekolah rendah); 40 sen senaskhah untuk antara 3,000 hingga 6,999 naskhah (sekolah menengah) dan di bawah 3,000 naskhah (sekolah rendah); 50 sen untuk kurang dari 3,000 naskhah (sekolah menengah).

Untuk langganan Gen G dan i3 tahun depan, hubungi David Tan di talian 6319-1005 atau e-mel cirschool@sph.com.sg/davtan@sph.com.sg untuk keterangan lanjut.

Cyberita

Maksud Peribahasa Sedalam Air Lautan

17 Aug

SESUATU peribahasa itu mungkin tampak singkat tetapi mengandungi maksud yang mendalam.

Amati beberapa peribahasa berikut dan selami maksudnya.

Ada air adalah ikan

Peribahasa ini bermaksud ‘setiap negeri mempunyai penduduknya sendiri dan adat resamnya’.

Berdasarkan pengertian peribahasa ini, kita dijelaskan bahawa pada setiap tempat di dunia ini ada penduduknya, sama ada golongan manusia sebagai penghuninya mahupun binatang yang umumnya diketahui mendiami kutub utara dan selatan.

Kesemua ini adalah untuk meyakinkan kepada manusia bahawa Tuhan yang menjadikan alam semesta ini bersama makhluk-makhluknya.

Peribahasa ini mengajak kita mengakui kekuasaan Tuhan.

Tebu airnya ditelan, hampasnya dibuang

Peribahasa ini amat bermakna dalam kehidupan seharian kita. Ia bermaksud dalam setiap perkataan yang kita dengar daripada mulut seseorang itu, hendaklah kita pilih atau tapis – antara yang baik dengan yang tidak.

Kita tidak mampu mendengar dan mempercayai segala-galanya tanpa kita bijak menapis atau menyaring apa yang disampaikan. Maklumlah, tidak semuanya boleh dijadikan manfaat kepada diri kita.

Banyak orang memang banyak ragam dan kerenahnya. Justeru, kita harus tahu membezakan antara kaca dengan permata.

Sumber: Peribahasa Warisan (Suradi Parjo)

Cyberita

Pilih Kasih: Rosyam Kecewakan Peminat

17 Aug

Ditulis oleh Rosli Manah
  
Isnin, 17 Ogos 2009 10:47   

Program realiti Pilih Kasih sudah menemui juara sulungnya, Iqbal Mazlan. Sesuai dengan nama  programnya Pilih Kasih, juara benar-benar mengikut selera pilih kasih Rosyam Nor. Rosyam mengangkat peserta yang paling tidak digemari oleh pengudi sebagai juara.

Ke manakah juara yang tak popular ini akan Rosyam bawa? Berjayakah Rosyam mengangkat juara tak popular ini  menjadi pelakon yang digemari suatu hari nanti? Iqbal secara perbandingan dengan peserta lain boleh dianggap peserta yang tak digemari kerana mendapat tempat tercotot undian penonton.

Sememangnya pilihan Rosyam menghampakan pengundi kerana peserta yang mendapat undi tertinggi, Reza Hasbi hanya menduduki tempat kedua kerana tidak mendapat markah yang baik daripada Rosyam.

Sememangnya itulah format Pilih Kasih yang hanya memberi kuasa separuh sahaja kepada pengundi dan separuh lagi di tangan Rosyam. Kalau Rosyam suka, mereka akan dapat markah banyak dan boleh menjadi juara walaupun undian daripada pengundi tidak memihak kepada mereka.

Inilah yang berlaku kepada Iqbal yang menduduki tangga tercorot yang kurang daripada 1 peratus tetapi apabila diambil kira markah Rosyam, dia berjaya memintas Reza yang mendapat lebih 50 peratus undian penoton berbanding peserta lain. Nampaknya pilihan pengundi tidak menyamai apa yang Rosyam suka.

Rosyam khilaf?

Ada yang berpendapat Rosyam membuat kesilapan apabila mengangkat peserta yang tak popular. Apatah lagi Iqbal juga bukanlah pelakon terbaik pada pentas akhir kerana pemarkahan juri profesional memilih Sofian Bujang sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pentas akhir.

Pada majlis memperkenalkan peserta akhir Pilih Kasih minggu lalu, Rosyam ada berkata, projek filem Kekasih yang dirancangkan tidak akan dimulakan dalam masa terdekat kerana dia bimbang pelakon yang dibawa daripada peserta Pilih Kasih belum mampu menarik penonton ke pawagam. Mereka belum cukup tahap populariti.

Itu bermakna Rosyam mengakui pentingnya populariti dalam menarik penonton ke pawagam. Tapi dalam membuat pilihan juara, Rosyam tidak membawa kepercayaan itu.

Nama yang popular juga menjadi pilihan media kerana sama seperti sesebuah filem, majalah atau akhbar mahu menghidangkan apa yang dimahukan oleh pembaca. Pembaca pasti mahu mengetahui kisah orang popular sahaja.

Sebab itu bintang popular sering mendapat peluang dan publisiti meluas berbanding pelakon yang kurang popular. Nampaknya Rosyam dan teamnya kena bekerja keras mempromosikan Iqbal agar lebih diminati oleh peminat. Mungkinkah kejuaraannya boleh meningkatkan populariti?

Reza mungkin lebih mudah dipromosikan kerana sepanjang program itu berjalan, dia sudah berjaya menarik perhatian pengundi dan sering mendapat undian tertinggi sehingga ke pentas.

Rosyam mungkin ada sebab tersendiri mengapa memilih Iqbal sebagai juara. Mungkin dia nampak sesuatu yang peminat tidak nampak dalam diri pelakon yang pernah gagal dalam percubaan menjadi penyanyi melalui Akademi Fantasia musim kelima lalu.

Lahirkan bintang pelapis

Di sebalik kritikan itu, program Pilih Kasih juga patut diberi pujian kerana menyediakan tapak untuk melahirkan bintang baru. Banyak bakat baru yang mempunyai minat namun tidak tahu bagaimanakah caranya.

Melalui program sedemikian mereka boleh menonjolkan bakat untuk dipandang oleh penerbit atau pengarah filem dan drama. Sememangnya itulah hasrat Rosyam apabila tercetus idea menerbitkan Pilih Kasih.

Rosyam tidak mahu asyik menampilkan wajah yang sama sahaja. Apatah lagi industri lakonan memerlukan wajah baru dengan keperluan watak-watak remaja dalam drama dan filem. Pelakon sedia ada semakin melepasi tahap usia remaja.

 

 

 

 

 

 

Mangga Online

Pitt Laughs Off Run For Mayor

14 Aug

NEW ORLEANS – BRAD Pitt is laughing off the idea he should run for mayor of New Orleans. Pitt told NBC television’s Today show on Thursday that he has seen the ‘Brad Pitt for Mayor’ T-shirts that many New Orleans residents have been sporting for at least two months. But when asked if he has considered running,