Archive | September, 2009

Panel TV: Program Impian Jadi Realiti Simply Fabulous Di 8TV

30 Sep

PERNAH bermimpi untuk memiliki butik, menjadi pereka kasut atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi? Apa pun impian anda ini, Maybelline bersama 8TV menjadikan ia menjadi kenyataan dengan kehadiran sebuah rancangan realiti Simply Fabulous yang sudah disiarkan dalam sesawang saluran TV ini sejak 7 September lalu.

Simply Fabulous sebuah program realiti untuk mengubah penampilan diri. Rancangan menarik ini diformat menjadi sebuah program realiti online yang juga dikenali sebagai dream maker. Program ini disertai oleh 10 orang peserta perempuan yang dipilih melalui sesi uji bakat yang menarik perhatian lebih 1,200 orang. Peserta yang hadir ke siri jelajah Simply Faboulous dan secara online berpeluang untuk menyertai rancangan realiti ini.

Rancangan ini mempunyai 18 episod mini selama lima minit yang akan berlangsung selama tiga minggu. Episod pengenalan peserta Top 10 disiarkan secara online pada 7 hingga 11 September lalu. Rakyat Malaysia perlu melayari laman sesawang http://www.8tv.com.my/simplyfabulous untuk mengikuti aktiviti harian kesemua peserta.

Malam kemuncak bagi program ini akan disiarkan di saluran 8TV dan secara online selama 30 minit pada 18 Oktober depan jam 10 malam. 10 peserta yang terpilih ialah Calista Wei Fen Leah Liew (22), Kimberley Cham Siang Fen (24), Susilawati Mohd Ariff (23), Steffanie Vanessa Schubert (19), Nalinder Manoharan (27), Preeta Sharenia Nithianantham (21), Zhareen Anshary (18), Ng Bei Shan (22), Nik Syifa Unnur Nik Aziz (22) dan Nurdiana Ashraf Abu Bakar (25).

Pengurus Besar 8TV, Lam Swee KIm berkata, ini adalah kali pertama 8TV menghasilkan rancangan realiti secara ‘online’ dan pihaknya sangat teruja dengan rancangan ini.

“Kami berharap rakyat Malaysia akan menyukai rancangan ini kerana ia bukan saja sebuah program berteraskan mengenai kecantikan malah program ini turut mengajar kita perihal keyakinan diri, kreativiti dan semangat berpasukan.

“Kami sudah menjumpai 10 peserta perempuan yang terbaik sebagai peserta rancangan realiti ini tetapi kami memerlukan pertolongan rakyat Malaysia untuk menentukan siapakah yang terbaik dan impian siapa yang sepatutnya kami tunaikan lagi. Rakyat Malaysia boleh mula mengundi pada 28 September ini hingga 13 Oktober,” kata nya.

Pada peringkat akhir Simply Fabulous disiar secara langsung di 8TV pada 18 Oktober jam 10 malam dan di http://www.8tv.com.my/simplyfabulous. Pada peringkat akhir, pemenang akan dipilih menerusi 30 peratus undian secara online dan 70 peratus undian daripada juri.

Pemenang akan pulang dengan wang tunai RM 10,000, tajaan percutian ke New York dan juga jemputan ke Minggu Fesyen New York. Bukan itu saja pemenang juga akan membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM 50, 000.

Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 Astro anda!

Berita Harian

Advertisements

Mahu Adakan Rumah Terbuka

30 Sep

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

AARON di samping isteri, Diyana dan dua anak mereka, Danish dan Ariana.

SEPERTI selalu, aktor Aaron Mustapha Aziz pulang ke Singapura apabila tibanya pada 1 Syawal lalu untuk menyambut Aidilfitri bersama isteri, Diyana Halik serta dua cahaya mata, Danish, 5, dan Ariana, 3, serta kedua ibu bapa mereka.

Walaupun berasakan suasana sambutan hari raya di Singapura tidak sama dengan kemeriahan di negara ini, Aaron setia pulang ke pangkuan orang tuanya di negara seberang tambak itu.

“Saya pernah meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur. Tetapi, keadaannya lebih sunyi apabila kebanyakan penduduknya pulang beraya di kampung. Begitupun, secara umum, sambutan hari raya di Malaysia lebih meriah kerana saya dapat lihat bagaimana orang ramai masih memasang pelita, bermain mercun dan sebagainya.

“Di Singapura, sambutannya kurang sentimental, berbanding Malaysia yang suasana kampungnya masih cukup terasa setiap kali tibanya Syawal,”

Claire Danes, Hugh Dancy Wed

30 Sep

LOS ANGELES – MY SO-CALLED Life actress Claire Danes and Confessions of a Shopaholic actor Hugh Dancy have married.

Danes’ spokesman Jodi Gottlieb says the 30-year-old Danes has married the 34-year-old Dancy more than two years after the couple met while filming Evening.

Gottlieb would not provide any additional details about the nuptials.

The couple announced their engagement in February.

Dancy played a man with Asperger’s syndrome earlier this year in Adam. — AP

Straits Times

Palin's Memoir Out Nov 17

29 Sep

NEW YORK – THAT was fast.

Object of fascination
MRS PALIN, who abruptly resigned as Alaska governor over the summer with more than a year left in her first term, has been an object of fascination since Senator John McCain, the Republican presidential candidate in 2008, chose her as his running mate, making an instant celebrity out of a once-obscure public official.

Although Democrat Barack Obama easily won the election and Mrs Palin was criticised even by some Republicans for being inexperienced, she remains a favourite among conservatives and is a rumoured contender for 2012.

… more
Mrs Sarah Palin, the former Alaska governor and vice-presidential candidate, has finished her memoir just four months after the book deal was announced, and the release date has been moved up from the spring to Nov 17, her publisher said.

‘Governor Palin has been unbelievably conscientious and hands-on at every stage, investing herself deeply and passionately in this project,’ said Mr Jonathan Burnham, publisher of Harper. ‘It’s her words, her life, and it’s all there in full and fascinating detail.’

Mrs Palin’s book, her first, will be 400 pages, said Mr Burnham, who called the fall ‘the best possible time for a major book of this kind’.

The book now has a title, one fitting for a public figure known for the unexpected – Going Rogue: An American Life.

Harper, an imprint of HarperCollins, has commissioned a huge first printing of 1.5 million copies.

Senator Ted Kennedy’s True Compass, published by Twelve soon after his Aug 25 death, also had a 1.5 million first printing.

As with the Kennedy book, the digital edition of Mrs Palin’s memoir will not be released at the same time as the hardcover.

Going Rogue will not be available as an e-book until Dec 26 because ‘we want to maximise hardcover sales over the holidays’, Harper spokesman Tina Andreadis said Monday.

Publishers have been concerned that e-books, rapidly becoming more popular, might take away sales from hardcover editions, which are more expensive. — AP

Straits Times

Serasi Bersama

29 Sep

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

Nora Danish dan Ryzal makin bersefahaman sejak digandingkan dalam Sumpah Bunian

SESI fotografi membabitkan dua pelakon, Ryzal dan Nora Danish, berlangsung dalam suasana cukup ceria. Kedua-duanya bukan saja mudah memberikan kerjasama, sebaliknya mereka sendiri begitu akrab. Keadaan itu membolehkan situasi lebih spontan dapat dirakam.

Kononnya, dalam drama sebabak mereka petang itu, Nora teringin sekali menikmati suasana Aidilfitri di kampung pada tahun ini. Menyedari impian Nora, Ryzal yang berasal dari Alor Star, Kedah, tanpa ragu-ragu mengundang rakannya beraya bersama keluarganya di sana.

Pelakon drama bersiri Puteri itu juga terpikat dengan jemputan berkenaan, lalu bersiap sedia untuk berangkat dengan keretanya ke kampung halaman Ryzal.

Pada hakikatnya, Nora hanyalah menyambut 1 Syawal lalu bersama keluarga serta anak lelakinya, Putera Raiqal Ramli di Kuala Lumpur.

“Sebenarnya raya ini, saya tidak ke mana-mana. Kami anak-beranak duduk di rumah saja. Apatah lagi inilah kali pertama kami beraya bersama Raiqal. Dia cucu pertama keluarga bekas suami. Jadi, masing-masing hendak meluangkan masa bersamanya nanti,” kata Nora tersenyum.

Sambung wanita berusia 27 tahun itu, lagipun, ketika ini wabak H1N1 masih lagi berleluasa. Justeru, dia berasakan lebih baik mereka beraya di rumah.

Begitupun, akui Nora, Aidilfitri tahun ini tentu paling menyeronokkan apabila kehadiran Raiqal membawa sejuta kebahagiaan kepada dirinya sekeluarga. Kata Nora, dia insan yang amat beruntung apabila dikurniakan oleh Tuhan seorang anak lelaki yang begitu disayangi ramai.

“Paling tidak, sepanjang Hari Raya, tidak syak lagi Raiqal orang yang mempunyai paling banyak baju raya kerana semua orang berebut-rebut membelikan pakaian baru untuknya,” cerita Nora yang rapat dengan keluarga sebelah bekas mentua.

Keseronokan serupa turut dirasa Ryzal apabila dia pulang beraya di Alor Star kerana pada tahun ini, bilangan anggota keluarganya bertambah iaitu dengan kehadiran cahaya mata adik lelakinya. Bayi berkenaan juga muncul anak saudara pertama Ryzal.

“Tahun ini kali keempat saya beraya sebagai artis. Namun, ia lebih bermakna apabila pada Syawal tahun ini kami beraya bersama anak saudara pertama dalam keluarga. Jadi, suasananya tentulah sedikit berbeza dengan kehadiran si kecil yang menjadi penyeri Aidilfitri ini. Apatah lagi apabila kami juga beriya-iya menyediakan pakaian raya yang comel untuknya.

Sebagai anak sulung, Ryzal sememangnya tidak lupa membelikan persalinan baru untuk kedua-dua ibu bapa, selain sudah menyediakan sedikit peruntukan untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama keluarganya.

Nora seronok jadi wanita bunian

BERMULA 29 September ini, peminat akan dapat menonton siri lakonan Ryzal dan Nora dalam siri berjudul Sumpah Bunian. Drama itu turut dibintangi Elly Mazlein, Dian P Ramlee, Qazem Nor, Mubarak Majid dan Mahmud Ali Basah.

Antara lain, drama arahan Adam Hamid itu mengisahkan Hawa (Nora) seorang gadis bunian yang sejak dari kecil mencintai Adam (Ryzal). Namun, mereka terpisah apabila Adam berpindah ke Kuala Lumpur. Hanya selepas 18 tahun, kedua-duanya bertemu semula.

Bagaimanapun, tidak seperti mana Hawa yang dapat melihatnya, Adam pula sebaliknya tidak boleh melihat gadis bunian berkenaan.

Lalu, apabila Hawa tiba-tiba bertemu semula lelaki impiannya, dia sanggup mengejar lelaki itu walaupun akhirnya terpaksa melupakan keluarga sendiri. Namun begitu, Hawa mula sedar, apabila dia memasuki alam manusia, dunia yang disangkanya indah bukanlah seperti yang diimpikan. Kehidupan Hawa di alam nyata mula berubah wajah.

“Inilah pengalaman pertama bergandingan dengan Nora. Bekerja dengannya amat menyeronokkan. Namun, ketika menjayakan drama ini tidak terlepas daripada cabaran. Kami baru saja menamatkan penggambaran yang mengambil masa lebih dua bulan lebih.

“Apabila penggambaran sebanyak 19 episod ini memasuki bulan puasa, cabarannya makin hebat. Lebih-lebih lagi, watak yang saya bawa itu agak berat. Pada satu aksi, saya dikehendaki melakonkan babak menangis,” cerita Ryzal sambil memberitahu, dalam siri berkenaan, watak Adam lakonannya mempunyai dua isteri apabila isteri pertama gagal melahirkan zuriat.

Nora pula memberitahu, sebagai Hawa, dia diperlukan untuk memakai tudung dalam drama yang bersiaran selama sejam setiap minggu itu.

“Saya memang suka watak bertudung kerana ia lebih memudahkan. Iyalah, paling tidak, banyak masa boleh dijimatkan kerana saya tidak perlu mendandan rambut,” katanya yang mendapat tajaan butik Ratu bagi koleksi tudung dipakainya dalam drama berkenaan.

Selain fesyen tudung serkup pelbagai warna yang mudah digayakan, Nora juga turut memakai tudung ala Datuk Siti Nurhaliza dalam drama terbabit.

Selain mulai kembali sibuk di lokasi penggambaran, Nora kini turut bergelar pengacara apabila dilamar mengendalikan program Bolly 10 untuk saluran Astro B4U. Episod pertama rancangan berkenaan ditayangkan pada musim perayaan ini.

“Program berbentuk carta lagu popular Hindustan ini muncul pengalaman pertama saya sebagai hos. Nasib baiklah saya memang peminat lagu Hindi. Cuma, lagu terkini saja kurang saya ikuti, berbanding lagu malar hijau mereka daripada tahun-tahun terdahulu. Jadi, peluang ini membolehkan saya kembali mendekati irama popular dari negara berkenaan,” ujar Nora yang mendakwa, tugas sebagai pengacara agak mencabar buat orang baru sepertinya.

Selain Sumpah Bunian, Nora juga membintangi telefilem Bila Mama Pakai Celana untuk TV3 dan siri Tiga Serumah tayangan Astro Mustika, selepas kembali aktif di bidang lakonan.

INFO: Ryzal
Nama: Mohd Shahrizal Jaafar
Tarikh Lahir: 2 Januari 1982
Tempat Lahir: Alor Star, Kedah
Pendidikan: Diploma Komunikasi Visual dari MIIM
Profesion: Pelakon, Pengacara, Model
Drama: Jelatang, Dunia Baru, Sumpah Bunian, Platun Satria, Issandra, Bara Yang Ku Genggam
Filem: CE1

INFO: Nora Danish
Nama: Nora Danish Mohd Hanif
Tarikh Lahir: 7 Mac 1982
Tempat Lahir: Kuala Terengganu, Terengganu
Pendidikan: SPM (Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang)
Profesion: Pelakon, Pengacara, Model
Drama: Puteri, Pendekar 5, Ejen 016, Gadis Cuci, Bila Mama Pakai Celana, Tiga Serumah
Filem: Gila-Gila Pengantin Popular, Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita.

Berita Harian

Dengarnya…: Selamat Pengantin Baru Damian

25 Sep


DAMIAN sah bergelar umat Islam Ogos lalu.

SEKALUNG tahniah Cik Normah ucapkan kepada bekas anggota kumpulan VE, Damian Mikhail Seet, 31 yang akan melangsungkan hari bahagianya pada musim raya ini. Tak silap Cik Normah, Damian dan bakal isterinya, Nadia Dayana Mohd Yahya akan bernikah pada raya pertama ini. Bagaimanapun, majlis persandingan akan diadakan pada 26 September.

Mengikut kad undangan yang diterima di meja Hip, majlis persandingan akan diadakan di sebuah lokasi menarik di Cyberjaya. Mungkin konsep perkahwinan di tepi pantai yang akan dipilih pasangan memandangkan lokasi yang dipilih memang sesuai benar untuk merealisasikan konsep sebegitu.

Buat Damian dan bakal isterinya, Cik Normah doakan semoga ikatan perkahwinan yang bakal terjalin kelak akan terus mengukuhkan ukhuwah dan kebahagiaan sesama anda. Insya-Allah, kalau ada kesempatan, Cik Normah akan ke majlis perkahwinan itu. Tapi, Cik Normah cuti raya dua minggu.

Mungkin teman sepejabat Cik Normah yang sudah mula bertugas pada raya kedua dan seterusnya tengok-tengokkan siapa yang akan membuat liputan majlis ini. Tapi Cik Normah pun malas nak ganggu mood kawan sepejabat yang nak pulang beraya. Biar raya puas-puas dulu dan kemudian baru fikir mengenai kerja.

Cik Normah difahamkan Damian yang tampil dengan lagu single Jelita bertunang Ogos lalu pada bulan yang sama jejaka kacak ini memeluk Islam. Bertambah lagi saudara baru di negara kita dan Cik Normah harap agama Islam akan terus menjadi pegangan Damian buat selama-lamanya. Insya-Allah.

Sebelum terlupa, Insya-Allah kalau jadi, Ahad ini kita akan beraya dan kepada yang pulang ke kampung itu dengan kenderaan awam ataupun sendiri, diharap akan sentiasa berhati-hati di jalan raya. Jangan sampai ada khabar duka yang singgah hingga meleraikan kebahagiaan dan keindahan sambutan Syawal. Kalau makan ketupat dan rendang itu, jangan lupa Cik Normah di sini ya!

Berita Harian

Rumah Terbuka Nona, WHI

25 Sep

Oleh Zaidi Mohamad

NORA dan Noraniza Idris menghulurkan duit raya kepada anak yatim.

Bagaikan sebuah keluarga besar, TV3 rai mereka yang kurang bernasib baik di Restoran Seri Melayu

MENJADI tradisi sambutan lebaran, yang bersendirian tanpa insan tersayang tetap diraikan. Begitu juga yang tidak bernasib baik masih mampu berkongsi nikmat indah saat bergema Syawal. Temasya sebagai tanda kemenangan sebulan berpuasa ini akan tetap diraikan.

Tidak kira tua, muda, miskin atau kaya, sambutan Aidilfitri tetap memberi dimensi kesyukuran kepada kita. Lalu, mengulangi sejarah tahun lalu, program majalah popular TV3, Nona bergabung lagi dengan program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI) mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri.

Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay sekali lagi menjadi premis pilihan untuk menyaksikan memori indah itu bersemi lagi dalam satu jalinan ukhuwah yang tiada prejudis. Rakaman program ini diadakan 19 Ogos lalu sebelum ketibaan Ramadan Al-Mubarak dalam suasana penuh tawa dan riang.

Menjadi kelaziman, kehadiran 100 orang anak yatim dari Selangor, Rumah Amal Limpahan Kasih dan Rumah Anak Yatim Al-Ijabah mendapat layanan istimewa dari pihak produksi, termasuk rakan artis dan personaliti WHI serta Nona. Memecah kesunyian dan syahdu di hati, dendangan lagu raya daripada artis yang diundang menyentuh kalbu.

Menurut penerbitnya, Hartina Ayu Harun, gabungan artis baru dan lama seperti Hail Amir, Datuk A Rahman Hassan, Datin Azizah, Noraniza Idris, Ito Blues Gang, Jay Jay, Ramlah Ram, Nora, Farawahida, Farhan, Hafiz AF7, Hazama dan Farah Asyikin menceriakan suasana kala enak menjamu selera hidangan wajib di pagi raya.


FIZA, Azizah Ariffin dan Shira antara penyeri program WHI.

“Dalam keghairahan umat Islam membuat persediaan menyambut kedatangan Syawal, golongan yang kurang bernasib baik tidak pernah terlepas pandang. Lalu, pihak kami mengambil ruang waktu yang ada untuk menghiburkan hati mereka yang menyambutnya tidak seperti kebiasaan.

“Seperti kebiasaan kita akan memaparkan beberapa segmen menarik khusus kepada penonton setia dua program ini meliputi kisah realiti kehidupan manusia. Dalam ada yang bergembira menyambut hari kemenangan, masih ada segelintir insan yang berduka dan berhak untuk merasai cahaya Aidilfitri,” kata Hartina.

Menariknya, pengacara WHI dan Nona, Azizah Ariffin, Ifa Raziah, Siti Hasfizza Aswaty Sabjahan (Fiza), Suraya Yeop Jr, Nursyahirah Ayob (Shira) dan Norish Karman bukan saja mengacara sebalik hadir bersama keluarga masing-masing. Bagi Fiza yang bertuah mengacarakan kedua-dua program, dia yang beraya di Klang, Selangor melihat apa yang dilakukan TV3 ini sebagai satu usaha yang terpuji.

“Gabungan kedua-dua program ini sebenarnya menampilkan satu kolaborasi yang baik, apatah lagi ia ditonton golongan wanita. Dalam usaha kita mengejar rating, program sebegini tidak pernah melupakan tanggung jawab sosial untuk memberi sedikit kegembiraan kepada mereka yang lebih memerlukan.

“Kiranya ini satu bonus kepada penonton setia WHI dan Nona. Kalau tak sempat menonton Nona kerana sibuk beraya, boleh menunggu waktu siaran WHI. Begitulah sebaliknya. Raya, raya juga tapi kita kena ingat di sebalik apa yang kita kecapi, masih anda yang tidak sesempurna kita,” katanya yang sudah bersama Nona sejak dua tahun.

Acara ini turut berlangsung dengan menyaksikan penyerahan duit raya daripada Tabung Bersamamu dan penaja lain kepada anak yatim yang diundang. Antara penaja yang berbesar hati memberi sumbangan ialah Biodex, Unza, Mi Sedap dan One Drop Perfume.

Berita Harian